Saturday, December 26, 2009

Etika seorang JURUGAMBAR? by shahroll

Salam to all readers...


Selamat pagi Sabtu! wahh, agak awal SH bangun hari ni.Entry nie pon dah lama pending actually, mengumpulkan maklumat dan analyz sumber2 dan data2 yang ada supaya tak menyimpang apa yang nak SH sampaikan nanti... :)




Ok u olz,just straight to the point, apakah pendapat anda tentang seorang jurugambar or bahasa "glam" nyer photographer yang telah berjaya menawan hati para pelanggan pada awalnya tetapi dalam membuat assignment,ada kata2 kurang manis dari sanak saudara dan yang lebih malang sekali dari pelanggan itu sendiri... so HOW?




SH ingin membincangkan isu etika ini bukan untuk para "peng-capture" saja, untuk semua lapisan masyarakat. yes, untuk semua.So, sila baca dengan dada yang lapang.. hehe, Aite, kita teruskan lagi. Apa yang kurang manisnya itu? SH cuba listingkan beberapa permasalahan yang sering pelanggan TIDAK MAHU kan...




1) LEWAT. untuk seorang photog yang sememangnya bekerja sepenuh masa,isu ini tidak timbul kerana masa yang diperuntukkan memang cukup untuk sesuatu tugas.Bagi yang freelancer2 seperti SH, cuba ELAKKAN mende nie jika anda ingin berjaya dalam bidang pengimejan digital. Ia tidak akan membawa anda sebarang produktiviti jika anda seorang yang "lewat"!




2) IMEJ YANG SALAH.Satu elemen yang sangattttttttttttt lah penting di dalam apa-apa majlis/ event. Jika majlis perkahwinan, pakai yang sesuai dan selesa untuk membuat kerja.Untuk majlis2 sepeti makan malam bersama raja ke,sultan ke sure ada protokol dan kod etika pakaian untuk istana kan? haaaa tu diaa...Jangan ikutkan keselesaan anda tapi "menyakitkan" mata orang lain disekeliling majlis itu. Walaupun anda seorang yang powerrr  sekalipun dan menghasilkan gambar2 bermutu, 20% promosi anda akan down jika imej tidak sesuai dengan majlis.




3) INTERAKSI YANG HAMBAR. Pelanggan anda adalah manusia, bukan robot!so, berkomunikasi dengan kadar yang kerap tetapi bukan selalu. Maklumlah dalam majlis kan, kalau selalu sangat, karang rimas pulak tetapi itulah cabaran namanya... huhuh~ jika muka ketat sekalipon, anda seboleh2nya membuatkan mereka ketawa dengan natural dan bukannya dibuat2.. dengan "natural smile" akan terakam didalam foto dan hasilnya.. superb!






Actually, dalam pemerhatian SH ada banyak listing tetapi jika dirangkumkan ia menjadi 3 point ini saja. Fuhh~ 3 je rupanya tetapi selalu "miss-look" oleh para peng"capture" baik mana2 golongan photog sekalipun.Dan untuk pengetahuan, di dalam Parlimen Malaysia dalam Akta 332 ( Law of Malaysia) copyright act 1987 ada menyatakan tentang etika ini. Rujuk di SINI




have nice read, wassalam... :)

No comments: