Thursday, September 19, 2013

Kedai makan terbaik Shah Alam: Aida Ikan Bakar by shahroll




As salam, hello readers...

Masih ingat dengan Aida Ikan Bakar yang aku post dulu? Kali ni aku datang lagi ke sini sebab teringin gila nak makan ikan bakar dengan pencecahnya yang lazat. Walaupun kedai ni nampak tak berapa "cantik" bagi mereka berstatus "high class" tapi makanan yang disediakan AWESOME woo!

Aku ambil ikan keli bakar dengan ikan kembong bakar. Sekali 2 jenis ikan aku bedal. yummehhh~

pasti mariiiii...

Ketika itu, ramainya orang yang ingin menikmati kelazatan ikan bakar ni terlalu sesak. Nasib dapat tempat duduk. Since kedai ni dah popular di kalangan orang yang bekerja pejabat sekitar Shah Alam, sepatutnya tuan kedai kena memikirkan untuk membesarkan lagi keluasan kedai makannya. Ini membolehkan orang ramai makan dengan selesa =)

Berbalik kepada ikan bakar, aku bayar total RM12 sahaja dengan air Teh Ais. Cukup berbaloi jika korang jenis makan banyak. Yang pastinya, ikan bakar disini belum sempat tuang ke dalam talam, cepat-cepat orang berpusu mengambil ikan tersebut.

Memang berbaloi...


1 comment:

Nadia Johari said...

ikan keli tu..favourite2..nyum2...dekat mana ni