Friday, June 07, 2019

satayVIP nak buka outlet pertama? by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk syawal ke-3 hari ni dan aku masih ada lagi di Antara Gapi dan InsyaAllah akan berangkat pulang ke Shah Alam lewat petang sikit. Dan untuk petang ni, aku nak share tentang idea pembukaan kiosk SATAY VIP dengan pembaca blog semua.

Macam yang korang tahu, bisnes satay memang satu bisnes yang senang masuk dalam pasaran Malaysia. Tak kurang juga yang banyak "kalah" dalam game bisnes satay kan?


Perancangan bisnes satay VIP untuk kiosk satay (doakan ye!)

Selama setahun dari satay VIP tidak ada apa-apa, maksudnya dari KOSONG sehingga sudah ada customer dan pelanggan, satay VIP menyediakan perkhidmatan membekalkan satay mentah kepada peniaga satay Business To Business (B2B) dan juga Business To Customer (B2C) terus.

Tapi fokus setahun lepas memang kita berikan tumpuan penuh kepada pembekalan satay mentah untuk peniaga satay sekitar Lembah Klang.


satay mentah satay VIP (satay daging)

Dan bila nak masuk ke tahun ke-2, aku rasakan perlu satu usaha yang lain untuk melonjakkan nama dan jenama satay VIP ke peringkat seterusnya iaitu dengan menjual satay ini kepada pelanggan secara terus. Dan, aku juga ada beberapa idea untuk mempelbagaikan makanan klasik Malaysia ini sebagai "satay fusion" supaya mereka yang datang dapat merasai satay yang berlainan sedikit dari yang biasa.

Apakah itu? HAHA! aku boleh bagi hint la eh, nanti ada pula tiru idea aku ni. satay yang ada unsur negara tertentu, then satay yang ala-ala mat salleh dan satay klasik seperti korang nampak sekarang ni la. So ada 3 jenis menu utama dalam kepala aku sekarang ni.

Tapi aku kena buat validasi dulu terhadap menu-menu satay tu dulu sebelum aku terus buat untuk mass market. Kalau tak buat, rugi je kalau tak dapat sambutan, kan?


satay sedap dan berjus!

Berbalik pada perancangan membuka kiosk tu, aku masih membuat kira-kira dan lokasi yang sesuai. Aku dah berjumpa dengan otai-otai satay yang mengatakan 85% kejayaan bisnes satay ni adalah disebabkan lokasi yang ramai orang. Lain-lain faktor adalah kecil berbanding dengan lokasi.

Selain tu, aku juga study dengan melihat pesaing-pesaing di dalam online. Disebabkan aku nak tackle online market, aku kena pastikan pesaing aku mesti dibawah par yang aku telah tetapkan. Tapi Alhamdulillah, setahun berlalu memang banyak leads dalam online aku dapat terutama dari blog dan juga Instagram satay VIP.

setakat tu dulu aku update. Ada masa aku update bila dah bebetul nak membeli peralatan macam stall, panggang satay etc tu ye.


salam syawal!


No comments: