Showing posts with label satayvip. Show all posts
Showing posts with label satayvip. Show all posts

Friday, June 07, 2019

satayVIP nak buka outlet pertama? by shahroll

Friday, June 07, 2019



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk syawal ke-3 hari ni dan aku masih ada lagi di Antara Gapi dan InsyaAllah akan berangkat pulang ke Shah Alam lewat petang sikit. Dan untuk petang ni, aku nak share tentang idea pembukaan kiosk SATAY VIP dengan pembaca blog semua.

Macam yang korang tahu, bisnes satay memang satu bisnes yang senang masuk dalam pasaran Malaysia. Tak kurang juga yang banyak "kalah" dalam game bisnes satay kan?


Perancangan bisnes satay VIP untuk kiosk satay (doakan ye!)

Selama setahun dari satay VIP tidak ada apa-apa, maksudnya dari KOSONG sehingga sudah ada customer dan pelanggan, satay VIP menyediakan perkhidmatan membekalkan satay mentah kepada peniaga satay Business To Business (B2B) dan juga Business To Customer (B2C) terus.

Tapi fokus setahun lepas memang kita berikan tumpuan penuh kepada pembekalan satay mentah untuk peniaga satay sekitar Lembah Klang.


satay mentah satay VIP (satay daging)

Dan bila nak masuk ke tahun ke-2, aku rasakan perlu satu usaha yang lain untuk melonjakkan nama dan jenama satay VIP ke peringkat seterusnya iaitu dengan menjual satay ini kepada pelanggan secara terus. Dan, aku juga ada beberapa idea untuk mempelbagaikan makanan klasik Malaysia ini sebagai "satay fusion" supaya mereka yang datang dapat merasai satay yang berlainan sedikit dari yang biasa.

Apakah itu? HAHA! aku boleh bagi hint la eh, nanti ada pula tiru idea aku ni. satay yang ada unsur negara tertentu, then satay yang ala-ala mat salleh dan satay klasik seperti korang nampak sekarang ni la. So ada 3 jenis menu utama dalam kepala aku sekarang ni.

Tapi aku kena buat validasi dulu terhadap menu-menu satay tu dulu sebelum aku terus buat untuk mass market. Kalau tak buat, rugi je kalau tak dapat sambutan, kan?


satay sedap dan berjus!

Berbalik pada perancangan membuka kiosk tu, aku masih membuat kira-kira dan lokasi yang sesuai. Aku dah berjumpa dengan otai-otai satay yang mengatakan 85% kejayaan bisnes satay ni adalah disebabkan lokasi yang ramai orang. Lain-lain faktor adalah kecil berbanding dengan lokasi.

Selain tu, aku juga study dengan melihat pesaing-pesaing di dalam online. Disebabkan aku nak tackle online market, aku kena pastikan pesaing aku mesti dibawah par yang aku telah tetapkan. Tapi Alhamdulillah, setahun berlalu memang banyak leads dalam online aku dapat terutama dari blog dan juga Instagram satay VIP.

setakat tu dulu aku update. Ada masa aku update bila dah bebetul nak membeli peralatan macam stall, panggang satay etc tu ye.


salam syawal!


Sunday, May 05, 2019

Satay VIP untuk tempahan raya 2019? by shahroll

Sunday, May 05, 2019



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat juga meng-update blog shahrulhairy.com ni walaupun sendu-sendu nak update, aku tetap nak update sebab blog ni dah lama jadi tempat aku meluahkan idea dan pendapat waima tentang bisnes aku dari dulu sampai la sekarang.

Bisnes terbaru aku, walaupun dah setahun aku cuba bangunkan iaitu brand SATAY VIP yang aku develop pada 3 Feb 2018. Alhamdulillah, pet projek aku mendapat sambutan dari mereka yang sentiasa mencari rasa satay yang sedap dan terbaik!


TEMPAHAN LIVE GRILL SATAY VIP

Dengan kerjasama antara SATAY VIP dan mereka yang pakar dalam perihal satay dan industri satay, jenama SATAY VIP terus memecut laju walaupun setahun jagung dalam "line satay" ini. Aku juga yakin dengan potensi bisnes satay setelah melihat pasaran Malaysia yang tidak lekang dengan pelbagai pilihan makanan termasuk bisnes satay.

Tempahan untuk open house dibuka sekarang dan SATAY VIP ke tempat anda samada di rumah, dewan atau di pejabat pada 12hb JUN 2019. Ingat ye, pada 12hb JUN 2019 kita mula livegrill satay. Sebelum tarikh tersebut, masih dalam mode cuti raya.

Tempahan satay boleh wasap di nombor 012-3437359 (shahroll)



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1440H | 2019


Friday, April 06, 2018

Pembekal satay mentah Klang dan Shah Alam by shahroll

Friday, April 06, 2018



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat lagi update dalam blog aku ni. Last update pada 2017, memang busy sungguh 2018. Serba sedikit aku bagitahu, kesibukkan adalah disebabkan kerja-kerja meningkatkan brand-brand company orang lain (Social Media Manager) dalam SH Network Media, dan juga perniagaan yang baru aku ceburkan diri, pembuatan satay!

Mesti korang tak percaya kan? HAHA!


memperkenalkan: SATAY VIP

Alhamdulillah, idea untuk buat satay ni, mungkin Allah SWT yang berikan kekuatan dan aku dan juga isteri walaupun tiada latarbelakang menjual satay, apatah lagi buat satay frozen. Tapi bagi kitorang, passion makanan adalah kuat. 

satay size biasa: RM0.70 sebatang (mentah)

satay size custom: Harga boleh runding dengan team satayvip =)

Percubaan demi percubaan membuat perapan satay dimulakan seawal bulan Februari 2018. Peringkat awal, memang rasa satay tu pun kelaut! Tak rasa la satay yang biasa kita makan tu. Ibaratnya, satay peringkat awal just "try and error" buat kami berdua.

Seterusnya, aku sebagai Lead team satayvip, mula mencari rahasia-rahasia yang ada dalam pembuatan satay. Research and Development (RnD) memang tak pernah berhenti selagi satay tak mencapai standard ke-satay-an Malaysia.
Aku mula adun resepi Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Rujukan utama aku haruslah Indonesia, sebab kat sana banyak jenis satay/sate boleh didapati.

SATAY VIP (terbaharu)

Gambar satay yang korang tengok kat atas ni, ini merupakan stage yang terkini. Satay VIP sudah pun mendapat tempahan bagi membekalkan satay-satay premium untuk cafe/restoren/kopitiam mereka. Aku ulang sekali lagi, satay PREMIUM ya, sebab? sataynya size yang BESAR =) *rujuk gambar satay size custom kat atas*

FOOD TESTING @ SUBANG PARADE

Pada 2 April 2018, kami telah pun berjumpa dengan pemilik restoren yang terletak di Subang Parade bagi sesi ujirasa satay VIP. Alhamdulillah, mendapat reaksi positif dan ada beberapa adjustment bagi memenuhi kehendak mereka yang menjual makanan standard kopitiam. Dan mereka juga telah memesan 100 cucuk satay VIP (size custom!) untuk bekalan mereka.

PEMBEKAL SATAY MENTAH @ KLANG/SHAH ALAM

Bagi korang yang mahu berjinak-jinak untuk berniaga satay, tapi tak tahu nak ambil bekalan satay mentah dengan siapa, boleh berunding dengan team SATAYVIP untuk kitorang beri pakej-pakej menarik untuk permulaan biznes korang ya?

InsyaAllah, dari segi kualiti rasa dan kesegaran ayam biar kami yang jaga. Anda keluarkan modal sedikit bagi menyenangkan urusan biznes anda! =)


Boleh wasap: 0123437359 (shahrul) untuk sebarang urusan berkaitan dengan satay. 


Terima kasih