Thursday, February 06, 2014

Penang menjadi pusat tumpuan dunia tentang makanan? by shahroll





As salam, hello readers...

Tahniah aku ucapkan kepada Pulau Pinang yang telah menjadi "landmark" kepada pelancong luar negara sebagai pusat makanan tumpuan dunia. Aku akui, pelbagai makanan disana adalah kebanyakkannya street food dan mempunyai kepelbagaian dari segi hidangan, rasa dan persembahan.

Dan aku sendiri pernah jejakkan kaki ke Pulau Pinang melihat makanan yang ada. Tidak lupa juga jeruk sebagai buah tangan yang paling laris dijual.

Antara makanan yang mempopularkan Penang adalah (setakat yang aku tahu);
#1- Char Kue Tiaw


#2- Rojak Mamak (Pasembor)

gambar ehsan: miszirni blog

#3- Asam Laksa Penang

gambar ehsan: 119cafe blog

#4- Ali Nasi Lemak

gambar ehsan: Best Penang Food blog

Inilah antara empat makanan atau menu yang popular di Pulau Pinang. Lain-lain menu korang boleh google sendiri atau lihat pada pautan link-link blog yang aku sediakan di setiap gambar.

Aku lihat promosi pelancongan ke Pulau Pinang selalu ada di kaca TV. No wonder kerajaan negeri di sana boleh mengaut keuntungan dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan yang tertera pada iklan mereka. Tak habis disitu, tarikan utama pelancong dari luar negara juga gemar makan makanan Malaysia yang bermacam-macam jenis.

Tempat korang, makanan apa yang best?


No comments: