Sunday, August 29, 2010

Spain style recipes marinate chicken (BBQ) by shahroll

Salam all! =)


Aritu kat posting SINI  aku dah janji ngan korang kan nak share "resipi" ayam perap ala Spain aku tu. kenapa aku pilih Spain kat hujung tu, korang sedia maklum lah kan. Pemenang untuk worldcup aritu,saja aku abadikan kemenangan tu ngan boh nama negara tu dalam masakan aku ni =P


Terus kepada bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat BBQ ni k! Exclusive dari dapur rumah Chef Shahroll! hahaha~


** Bahan-bahan yang aku dah asingkan by mangkuk.. =D

Korang kena ada tomato,bawang merah (kecik),bawang putih,serai, lengkuas, halia,bawang merah besar. Korang boleh buat ikut kadar yang sesuai lah. Kalau banyak ayamnya, lagi banyak kuantiti yang perlu korang guna.

Selain tu, korang kena ada (tiada dalam gambar) Kulit kayu manis, bunga lawang dan sedikit madu yang korang boleh beli kat Tesco. Bahan2 tadi korang blander sikit2, dan tambahkan sedikit air masak. then buat sampai bahan tadi habis.

Selesai korang buat blander tu tadi, letak dalam mangkuk ala2 besar jugak untuk di kacau dengan sebaiknya. Masukkan 1 senduk cili merah (cili boh pon ok..), 1 sudu kecik serbuk kari, sedikit garam,sedikit ajinamoto dan sedikit gula eh.

Hasilnya:-

**bahan-bahan yang korang dah blander dan masukkan beberapa rempah yang dinyatakan diatas tadi =D

Kalau yang tak tahan makan pedas tu, kurangkan sedikit cili merah tu la eh. Aku dah try dan resultnya... perghhh!~ korang nilai sendiri lah.. setakat baca je law tak cuba, tak mendapat le.. =D

Masa korang panggang nanti, sapu ayam ngan campuran minyak+kicap+sedikit madu, untuk jadikan ayam berkilat2 macam kat kedai tu.. fffuaahh~ stop dulu lah, nanti terasa nak panggang malam2 buta nie.. hahah! 

Salam..

No comments: