Wednesday, March 01, 2017

Lapan Tip Mendapatkan Hartanah Terbaiknya Seterusnya





Umpama kisah dongeng, penyenaraian hartanah terbaru umpama pari-pari untuk pembeli baru. Membeli hartanah di Malaysia adalah perkara mudah jika anda bergantung kepada laman pasaran seperti PropertyGuru untuk mendapatkan keputusan carian segera berkenaan hartanah yang tepat. 

Bagaimanapun, setiap pembeli baharu pasti akan berdepan pelbagai tekanan semasa memilih rumah yang tepat untuk dibeli. Berikut adalah lapan pengajaran bernilai yang dapat membantu memudahkan carian hartanah anda.


Lokasi Strategik
Sebelum anda mula mencari ejen hartanah, penting untuk anda menentukan lokasi yang tepat untuk hartanah impian anda.  Berikut adalah panduan untuk anda menentukan lokasi terbaik jika anda mahu membeli hartanah.  Untuk memudahkan kerjaya anda, pilih rumah yang berdekatan dengan tempat kerja anda dan pastikan dekat dengan kemudahan seperti pusat membeli-belah, pengangkutan dan lain-lain prasarana penting. 

Menurut CNBC, anda perlu mengehadkan pilihan anda selaras dengan belanjawan sedia ada. Di Malaysia, pembeli rumah kali pertama layak mendapatkan pinjaman perumahan dengan 90 peratus margin , dan anda perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus daripada harga jualan rumah dalam bentuk tunai. Ia akan merangkumi kos perundangan, dokumentasi dan 10 peratus bayaran pendahuluan.


Cari Hartanah “Atas Tanah”
Kepada mana-mana pemilik baru, anda disarankan mempertimbangkan untuk membeli rumah atas tanah terlebih dahulu. Jenis rumah yang anda boleh beli adalah daripada banglo, rumah setingkat atau dua tingkat daripada memilih untuk membeli kondominium atau pangsapuri. Harga rumah atas tanah mungkin agak mahal, tetapi ia pilihan terbaik untuk anda ketika membeli. 

Masa yang lama yang diambil untuk mendapatkan geran strata untuk rumah jenis kondominium atau pangsapuri akan mempengaruhi kewangan anda, jadi pilihlah rumah atas tanah. Pesanan ini juga berguna untuk pembeli rumah yang berpengalaman.


Dapatkan Gadai Janji Yang Fleksibel 
Jika anda mencari rumah untuk memenuhi keperluan, maka mencari hartanah untuk dijual adalah penting. Jika usia anda masih muda, dapatkan pinjaman yang fleksibel dan sesuai dengan situasi kewangan anda. Dan, jika anda pembeli berusia setengah abad, bayar wang pendahuluan dengan banyak  untuk dapatkan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah untuk rumah anda. Dapatkan pinjaman perumahan yang fleksibel supaya anda mampu membayar sambil mengurangkan baki tunggakan dalam jangka masa pendek. 


Ukur baju di badan sendiri.
Kesilapan biasa yang diulangi kebanyakan orang adalah melangkaui belanjawan mereka ikut perasaan. Sebelum mula mencari hartanah, penting untuk anda menetapkan belanjawan anda, jika anda terlalu ikut perasaan, anda mungkin akan menyesal nanti. Bagaimanapun, carilah hartanah yang anda mampu dan bayar tanpa mengganggu rutin anda. Salah satu tanda yang anda sedang maju adalah di saat anda membayar pinjaman anda, anda boleh jalani hidup anda tanpa apa-apa perubahan.


Kajian, kajian, kajian
Bila bercakap tentang hartanah,  jangan hentam kromo semasa membeli. Semua orang akan mahukan wang anda. Jadi, carilah hartanah yang ada pulangan pelaburan. Caranya adalah, jangan menerima nasihat atau pujukan bulat-bulat, tapis maklumat yang sampai kepada anda,  sebelum meneruskan dengan pilihan yang bersesuaian. 

Adalah penting untuk anda dapatkan nasihat daripada ejen hartanah yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi. Elakkan daripada membeli disebabkan oleh khabar angin atau rentak pasaran yang tidak dapat dibuktikan. Kajilah situasi pasaran semasa dan hartanah terbaik di kawasan sekitar anda


Biar Lambat Asal Selamat
Jika anda pembeli rumah kali pertama, menurut BBC, membeli rumah adalah langkah pertama untuk membina kewangan. Bagaimanapun, sebelum membeli rumah, pilihlah rumah yang berada dalam lingkungan belanjawan anda sebelum beralih ke hartanah yang lebih besar; kerana ini adalah pelaburan jangka panjang, anda disarankan melakukan kajian terperinci. Anda boleh bermula dengan pangsapuri atau kondominium sebelum beralih ke rumah yang lebih mewah dengan kadar faedah tinggi.


Kesediaan
Lupakan apa yang anda baca di atas, soalan pantas untuk diri anda, adakah anda benar-benar bersedia untuk membeli? Itu adalah aspek paling penting dalam memilih kondominium atau hartanah yang tepat untuk dibeli..  Memilih hartanah yang berada di bawah kemampuan anda adalah perkara paling penting dalam pembelian rumah. 

Jalan paling mudah untuk mengukur kemampuan anda adalah, jika jumlah hutang tidak melebihi 33 peratus belanjawan anda, maka anda masih dikira mampu. Satu lagi cara adalah memastikan gadai janji anda tidak melebihi 28 peratus pendapatan anda sebelum anda membeli.


Pemeriksaan
Untuk semua bakal pembeli, pemeriksaan adalah aspek yang sangat penting. Gunakan khidmat pakar dalam industri; ini akan menjimatkan kos anda dari segi kos baik pulih mahupun penyelenggaraan. Anda boleh menemani pemeriksa anda ke hartanah pilihan anda dan dapatkan pandangannya sebelum membeli.





No comments: