Saturday, March 11, 2017

Dr Hijama: Bekam Professional oleh Doktor bertauliah




As salam, hello readers...

Agak lama aku tak berbekam sejak mendirikan rumahtangga akhir 2015. Masa tu rasanya aku ke Cheras, rumah rakan sepejabat untuk membuang darah kotor dalam badan aku ni. Alhamdulillah, sekarang aku tak perlu lagi pergi jauh-jauh kerana adanya bekam professional yang dekat sikit dengan aku.


rawatan bekam professional dari Dr Hijama


Kenapa perlu bekam?
Bekam mempunyai 1001 manfaat untuk kesihatan tubuh badan terutama dalam aspek pencegahan pelbagai jenis penyakit. Dan ada 10 keadaan badan yang menyebabkan korang perlu berbekam adalah;

1. Kerap sakit kepala @ migrain
2. Sakit @ sengal-sengal di bahagian leher dan bahu
3. Lenguh-lenguh di bahagian belikat/pinggang/pinggul
4. Badan terasa lesu, letih & sering mengantuk
5. Kadar gula melebihi paras normal
6. Kadar total kolesterol & kolesterol jahat (LDL) melebihi paras normal.
7. Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout
8. Tekanan darah tinggi
9. Haid tidak teratur/lancar @ kerap senggugut
10. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda

Ini hanyalah beberapa sebab kenapa anda perlu berbekam. Apa yang lebih penting, kajian ilmiah di HUSM oleh Prof. Dr. Abd Aziz Al-Safi telah menemui bekam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (cardiovascular diseases) atau lebih dikenali penyakit 4 serangkai iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik & tinggi kolesterol. 

Kami di DR Hijama komited membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui pakej-pakej yang kami tawarkan.


Jika anda sihat dan tidak punya penyakit, itu lebih baik untuk anda berbekam sebagai pencegahan & 'maintainance' badan anda. Mencegah lebih baik dari mengubati.


rawatan bekam professional dari Dr Hijama


Siapa DR HIJAMA?
DR Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang diasaskan oleh doktor perubatan. DR Hijama menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara ilmiah dan rawatan yang profesional khususnya rawatan bekam dan resdung.

Pengasas Dr Hijama Bekam Professional Dr Azrinaz, sebelum ni pernah bertugas di Hospital Serdang tapi sekarang dah resign la sebab dah bukak pusat rawatan bekam yang sekarang ni dah ada 2 cawangan. 1 kat Seri Kembangan, dan 1 lagi yang baru bukak kat Meru, Klang. Yang aku pergi buat rawatan bekam aritu kat cawangan Seri Kembangan. Berhadapan  dengan Jusco Equine dan Apartment Zeva, atas MyMydin, sebaris dengan dengan Maulana Bistro
sumber: Adzril blog 


SENARAI SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH DR HIJAMA

BEKAM KLINIKAL DR HIJAMA

Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal, bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit. Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot. Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. 

Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu anda sepanjang tempoh rawatan.


BEKAM KOSMETIK DR HIJAMA

Bekam kosmetik di DR Hijama memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tidak perlu risau dengan kesan lebam bekam kerana kami menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut.

Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik;
1) Mengurangkan masalah jerawat yang teruk
2) Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam
3) Membantu mengurangkan masalah resdung
4) Meransang keanjalan kulit secara semulajadi
5) Menjadikan kulit lebih segar dan berseri


RAWATAN RESDUNG BIOHERBS

Rawatan resdung bioherbs menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung menggunakan herba khas. Ianya sesuai untuk sesiapa  yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat.  

Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1, sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun.

stagnant mucus kalau korang tak mahu buat rawatan resdung! urghhhh...


Antara mereka yang mendapatkan rawatan resdung di Dr Hijama

KELEBIHAN DR HIJAMA

Tak lengkap rasanya, kalau aku tak memberitahu korang, apa yang lebihnya Dr Hijama dengan rawatan bekam yang lain? Tentu ada something special dari Dr Hijama ni kan? Jom baca kat bawah ni;

KONSULTANSI
Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan.

PEMERIKSAAN KESIHATAN
Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula.

MEMENTINGKAN KEBERSIHAN & STERILITI ALATAN
DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas

MENYEDIAKAN PERAWAT LELAKI & WANITA
Kami mempunyai tim perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional.

TEMPAT RAWATAN
Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat.

HARGA YG BERPATUTAN
Harga yang terbaik dan mampu milik untuk setiap pelanggan


team Dr Hijama

Maklumat berbekam dari rakan blogger yang lain, korang boleh lihat di laman blog Adzril (Rawatan Bekam Seorang Doktor) dan juga Dhia Viva Dea (Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah)

Pelanggan Dr Hijama dari pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan rawatan yang terbaik!







Lokasi Cawangan:

Dr Hijama Seri Kembangan
A-9-1 Blok A Jln PP25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, 43300 Serei Kembangan Selangor
(Landmark: atas mymydin,berhadapan Jusco Equine, berhampiran pasar borong selangor)


Dr Hijama Meru
No 21A Jln Meranti Sutera, 1/KU1 10, Pekan Meru, Klang
(Landmark: atas Penko, berhadapan NSK Meru)

Waktu Operasi (by appointment)
Setiap hari 10am-10pm (kecuali selasa)

Hotline
0136245430

Website: drhijama.com

No comments: