Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Berniaga KAPIT COKLAT & PEANUT BUTTER paling laris! sedap dan rapuh!! by shahroll

Wednesday, October 30, 2013



As salam, hello readers...

Pertemuan aku dengan kawan sekolah lama, membawa aku ke satu perniagaan makanan yang lain. Anda dah tahu yang aku menjual Kerepek Pisang Tanduk LCCT yang diusahakan oleh mak aku kan? Now, aku mula mengorak langkah dengan menjual produk makanan yang lain pula.

Apa itu?

Kapit Coklat & Peanut Butter

Kueh kapit antara kueh tradisional yang dulunya tiada perasa seperti coklat, peanut butter, oren, strawberi, pandan dan lain-lain perasa lagi. Dengan meng-inovasikan makanan ini dapat dikomersilkan seperti sekarang

yang aku jual: Peanut Butter & Coklat

Gambar diatas semasa aku buat sesi "tester" untuk rakan-rakan, dan ramai yang mengatakan coklat lebih sedap! Ok lah, sesiapa pun akan kata coklat lagi sedap dari peanut butter. Masing-masing punya selera kan? Tapi aku ada stock untuk kapit peanut butter juga.

Kapit Coklat review

Harga sebalang (promosi) RM22 sahaja. Selepas harga promosi ni, harga normal adalah RM25. Promosi yang aku buat SAH sampai hujung bulan November ni. Cepat beli!! HEHE...

2 kotak Kapit Coklat & Peanut Butter 

Penghantaran PERCUMA di Klang dan Shah Alam ya! Kalau jauh sikit, aku caj per/kilometer lah (RM2). Dan, sesiapa yang nak jadi pengedar kueh kapit berperasa, boleh WhatsApps aku di: 012-3437359 (shahroll) juga boleh buat part-time business kepada pelajar-pelajar IPTA atau IPTS!

enjoy!


Tuesday, February 07, 2012

Pelakon Vanilla & Coklat (Izara Aisyah) by shahroll

Tuesday, February 07, 2012


As salam, hello readers...


Malam nanti aku ada 'date" dengan Izara Aisyah. Pelakon leletops tu lah dalam cite Vanilla & Coklat. Aku dah miss 1 episod (rasa sgt demm!) gara-gara aku ingat cite ni hari Rabu.


So, malam ni watch out lah! HEHE~


saksikan di slot Lestary jam 9.00 malam

Neelofa pulak terselit.. huhuhu!


Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010




Semua piccah: Google

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. 

Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. 

Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya.

Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi. Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

read more: Admya blog

enjoy!