As salam, hello readers...
Sepanjang aku mengisi masa lapang dengan meng-update blog, sedikit pun tak terlintas untuk mendapatkan keuntungan daripada blog yang terbina. Tetapi selepas hampir 3 melibatkan diri dalam dunia blogging, baru aku terdedah dengan penghasilan pendapatan melalui medium sosial media.
Banyak juga aku lihat company advertising yang berorentasikan pengiklanan di dalam blog. Memang meriah dunia blogging dengan kehadiran mereka. Penjanaan wang semakin mudah!
Lepas tu, di arena Facebook tak terlepas daripada scammer tak sudah pasal wang. Wang memang menjadi daya tarikan utama dalam memperdayakan orang lain untuk turut serta terjebak sama. Aku cukup tak suka bila ada orang 'tag" gambar bersama duit yang yang bertabur atas katil, padahal bukan duit business yang soheh pun.
Berbalik pada sosial media, bagaimana perniagaan kecil-kecil terutama Industri Kecil dan Sederhana boleh memasarkan barangan mereka atau produk mereka di dalam pasaran online? Setahu aku, syarikat yang besar-besar saja yang mampu membuat pengiklanan di ruangan iklan yang besar.
Bagaimana dengan syarikat yang kecil?
untuk company yang kecil, boleh juga pasarkan mereka melalui sosial media yang banyak di dalam Internet. Cuba explore penggunaan 4 elemen terpenting seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Blog. Bila ada 4 elemen ini, tak perlu ruangan iklan di tempat lain lagi, anda mampu membuat marketing sendiri.
sila klik untuk pembesaran
Bagi usahawan yang mahu pelajari selok-belok pemasaran di dalam dunia internet, boleh melihat di ruangan My Coursez Consultant (MCC) untuk butiran lanjut! Selamat membaca.
enjoy!
No comments:
Post a Comment