Showing posts with label starbucks. Show all posts
Showing posts with label starbucks. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

3 Usahawan Muda bersantai di Starbucks Coffee, Bukit Tinggi Klang by shahroll

Sunday, October 13, 2013



As salam, hello readers...

Malam minggu aku terisi dengan berjumpa rakan lama sekolah dulu. Tanpa merancang beriya-iya, hanya meng-update status dalam Facebook dan tag nama masing-masing dan hasilnya terus dicapai dengan bersantai di Starbucks Coffee, AEON Bukit Tinggi.

Dari kiri: Azhazul (Pracerita founder), Izar Masuri (Editor Nur Kasih) dan Shahroll (SH Group)

Terima kasih kepada abang Starbucks yang sudi ambil gambar kami. Walaupun nampak santai dalam perjumpaan ini, namun terselit perkara-perkara serius yang diambil kira dalam melestarikan rancakkan ekonomi masing-masing. Apa lah bahasa tinggi sangat ni? HAHA!

Azhazul- Seorang founder untuk company Pracerita. Menjalankan perniagaan fotograpi perkahwinan dan anda boleh berbincang dengan beliau pakej-pakej yang ada. Affordable dan satisfaction gerenti!

Izar- Seorang freelancer editor yang cukup berpengalaman dalam membuat suntingan video. Portfolio beliau juga tidak mengecewakan. Sedia mengambil tempahan dalam video perkahwinan dalam bajet yang bersesuaian dengan kemampuan

Shahroll- Founder SH Group yang mempunyai business fotograpi, social media advertising, trainer dan juga minat dalam videography scene. Juga, pengendali FB pages Kerepek Pisang Tanduk LCCT

Dari Starbucks bertukar tempat ke Restoren NZ Corner di Jalan Lebuh Turi. Di situ, mula mengorak langkah dengan sesi sharing knowledge oleh saudara Izar mencurahkan sebahagian ilmu editing video. Terima kasih kepada beliau sebab tak lokek dengan ilmu yang ada. Alhamdulillah...

Jam menunjukkan jam 2.30 pagi, kami bergerak untuk balik. Mata masih segar, namun perlu berehat untuk hari esok (Ahad)

enjoy!


Tuesday, August 14, 2012

Thank you STARBUCKS!!! by shahroll

Tuesday, August 14, 2012


As salam, hello readers...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger nampak dimana? tak nampak kat mana-mana sebenarnya. Ini namanya rezeki bulan ramadhan. Ya, rezeki. Aku terlihat post di wall Starbucks Malaysia selepas 7 minit admin dorang post satu mini contest.

Senang je contest dia.

Snap gambar Starbucks Card korang dengan creative. Kebetulan, aku teringat ada posting tentang kad yang aku sign up di Starbucks cawangan Bukit Raja. Jadi, aku gunakan gambar tersebut untuk masuk contest tu.

Sekali dengan sedikit caption yang ringkas.


Caption: "..As soon as you sit down to a cup of hot coffee, your boss will ask you to do something which will last until the coffee is cold. But with Starbucks card, I will not it happen!.." -SH http://goo.gl/kHnmU

Admin menjawab: "..You have won an exclusive invite for a Sneak Peek Party with our team, to check out our latest Moon Cake line!.."

Dan, aku ingin buka kepada sesiapa (blogger) untuk turut serta bersama aku dalam party yang dianjurkan. Kerana syarat dia dalam klausa 5 menyatakan;

"..If your entry is selected, you will get an exclusive invite for a Sneak Peek Party with our team, to check out our latest Moon Cake before launching it next month! You would also be able to bring a friend along and you'll receive an awesome goodie back at the party. =).."

Aku belum tahu tarikh dia bila, so skang korang boleh submit entry ringkas korang dalam RUANGAN KOMEN post entry ini. Keperluan bahan yang perlu ada dalam posting korang;

1) Boleh gunakan gambar diatas untuk tujuan posting.
2) Tajuk post: "Starbucks party with Shahroll"
3) Ceritakan sedikit pengalaman tentang minuman/makanan di Starbucks & mengapa anda perlu ikut serta dalam party ini.

Senang kan? Buat posting korang hari ini! =)

enjoy!

Monday, February 13, 2012

Apa dapat selepas register Starbucks Card? by shahroll

Monday, February 13, 2012

As salam, hello readers...

*Sambungan dari posting Starbucks Card*

Bila korang dah register dalam web Starbucks tu, dorang akan reply dalam email korang dalam kadar yang sungguh cepat. Siap bagi complimentary kad lagi untuk korang gunakan (gambar dibawah sekali

tutorial cara-cara nak register kad korang, seperti dibawah;

1) Carik button Starbucks Card. Dan isikan borang seperti di gambar diatas. Mana ade titik merah tu, korang MESTI masukkan data lah. Dah siap semua, scroll bawah sekali tekan butang "next"

2) Setelah dah setel bab #1, korang kena masukkan no.kad korang di bahagian belakang beserta dengan no.pin (gores nak dapatkan no tersebut) dan isikan seperti di rajah.

3) Paparan seperti ini yang korang akan dapat setelah berjaya! Dapat tengok details korang berapa baki yang ada, bila korang guna dan sebagainya lah. Cuma fungsi nak top-up secara online banking aku tak jumpa pon. May be kena bayar manual kat kedai Starbucks.

Dan Starbucks memberi 1 complimentary special tuk pengguna kad mereka. Cute? =D
TERBAEK!!

enjoy!

Sunday, February 12, 2012

Starbucks Reload Debit Card? by shahroll

Sunday, February 12, 2012

As salam, hello readers...

Menjadi seorang dealer, aku lebih pentingkan kepuasan dari segi tempat yang disediakan dan juga produk yang berkualiti. Tempat yang selesa dan santai, kebarangkalian untuk close deal adalah tinggi. This my best practice yang aku buat.

Disebabkan aku seorang kopi-holic, aku memilih Starbucks sebagai tempat untuk berbincang, berborak dan tempat sign agreement. Aku tak duduk kerusi kayu. Lebih selesa sofa.

Dan semalam, ada untuk satu projek bersama Prof (berbincang bersama pelajar beliau) aku ajak lepaking di Starbucks Bukit Raja. Tengah aku nak order air, aku ada nampak 1 kad hijau diletakkan di hadapan kaunter. Ia menarik pandangan aku.

Untuk details, layan gegambo kat bawah ni;

Kad ni berharga RM30. Bukan burn macam tu saja, tapi korang boleh gunakan kembali duit tu untuk beli minuman. Ganti penggunaan wang cash kepada sistem kad.

"Introducing the Starbucks Card"

Antara minuman yang aku pesan semalam...

Ok, ni yang aku cakap tadi. RM30 tadi digunakan kembali untuk beli minuman. So now aku nyer baak dalam kad Starbucks RM3.50 boleh reload dalam kad ni lagi nanti di semua cawangan Starbucks.

Ini bukan kad yang diberikan. Ni kad untuk baca terms & condition mereka.

Besarkan gambar untuk membaca...

THIS! kad yang aku dapat semalam...

Sudut gambar yang berlainan pulak! (saja main condong-condong) 

The best thing is, korang tak payah isi borang ke apa masa di kaunter. Cukup dapatkan kad ni dan bayar. Untuk register korang punya kad, boleh pergi ke laman web Starbucks http://www.starbucks.com.my buat pendaftaran kad. Nice! *serius suka practice cam ni*

Di belakang kad, disertakan PIN KOD untuk buat pendaftaran nanti dalam web

"Treat this Card like Cash"

Amacam? apa pendapat korang bila ada company yang practice kan mende ni? strategi yang baik untuk aku implimen kan dalam perkhidmatan lain? Macam kedai runcit may be? =D

enjoy!