Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Honeymoon @ Melaka part #1 by shahroll

Wednesday, December 21, 2016




As salam, hello readers...

Baru dapat update pasal bulan madu di Melaka. Bulan madu? ahaaa.. jangan terkejut ye! Abam SH dengan Kak Hanis lepak di Melaka selama 2 hari 1 malam untuk merealisasikan bulan madu kitorang di Melaka. Alhamdulillah, hampir nak masuk 1 tahun baru dapat bawa isteri jalan-jalan tengok negeri orang =)

Kitorang menginap di Hotel Hallmark Crown melalui booking dot com. Harga untuk menginap sahaja RM330 sahaja termasuk dengan makan pagi (breakfast)

makan pagi di Hotel Hallmark Crown

Walaupun dalam web, hotel dia macam "gah" tapi sebenarnya biasa-biasa je. Tapi yang best, toilet dia syok! Aircond dia pun not bad la. Sesejuk gitu. Ada swimming pool kat roof top hotel (level 5)

Lepas breakfast, destinasi pertama kitorang ke Bandar Hilir!

yeay! Dah sampai... HAHA!

Panas betul rasanya cuaca kat Melaka sampai kena beli topi weh! Kitorang jenjalan area sini sampai la ke Kota A Famosa. Agak pack untuk hari pertama ni sebenarnya kalau nak tahu. Sebab apa? Jom!


Rice Ball Chicken Rice @ Eei Ji Ban!

Makan tengahari kitorang kat sini la untuk hari pertama. Kak Hanis kita nak sangat makan kat sini, so abam SH pun penuhi permintaan. Tapi makan kat sini korang tak perlu la risau sebab ianya HALAL! Dan ramai juga rakyat Melaka berbangsa Melayu lepak makan kat sini.

Kitorang ambil 20 ketul nasi (sorang 10 ketul sahaja) dengan ayam separuh. Lepas tu air pulak teh cina dengan lemon ais beserta dengan sweet potatoes goreng. Lazzooottt!! Jangan lupa sup ayam yang ada bebola ikan! Habis dalam RM49 semua sekali.

Lepas tu kitorang pergi ke KLEBANG! Cuba teka cari apa??

COCONUT SHAKE KLEBANG ORIGINAL!!

yummehhh!!

Nak pergi ke sini kemain la payah. Al-maklum lah, berpandukan pada sistem waze je sebenarnya. Sampai round 1 Melaka rasanya sebab tersasar je Bukit Rambai smapai le ke Kampung Tengah Melaka. Walaupun camtu, kitorang sampai jugak destinasi yang dituju! Alhamdulillah...

Tak lama pun kat sini. Lepas minum 2 gelas coconut shake, kitorang cari Kueh Keria Antarabangsa yang orang sibuk dok viral kena beratur kalau nak beli? wahhhh menarik!


sambung ke part #2.....





Tuesday, September 15, 2015

Jerebu di Shah Alam, teruk! by shahroll

Tuesday, September 15, 2015



As salam, hello readers...

Jerebu kat Shah Alam semakin teruk! Aku yang berulang-alik ke tempat kerja, sesak nafas dengan keadaan persekitaran kurang sihat macam ni. Ternampak laporan indeks pencemaran udara di Shah Alam mencatatkan bacaan 191 (tidak sihat) dan lebih mengejutkan, Banting mencatat bacaan sangat tidak sihat (IPU: 201)

jerebu di Shah Alam.
gambar: shahrollphoto

Simptom yang dah terkena kat aku ada 2. Batuk dan pedih mata. Pedih mata bila berada diluar rumah/pejabat dan hanya memakai mask untuk perlindungan paru-paru. Memula ok lagi tak pakai mask, tapi dah sampai tahap jerebu teruk gila macam ni, gila kau tak pakai? HUHU!

Lepas tu, korang kena banyak minum air putih (mineral) sebab, macam aku batuk sebelum jerebu (batuk biasa) lepas tu bertambah sakit dan perit lepas jerebu melanda.

Apa pun, jerebu kali ni lebih teruk dari jerebu tahun lepas. Aku harap pihak berkuasa Indonesia dapat kenalpsti, syarikat mana yang telah menyebabkan pembakaran terbuka di Sumatera yang membawa jerebu teruk di Malaysia dan Singapura.

Ada solusi lain, mungkin?




Monday, August 31, 2015

#sehatisejiwa by shahroll

Monday, August 31, 2015




SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2015
MERDEKA 58!

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta




Saturday, May 23, 2015

Makan Pizza Hut: Signature series by shahroll

Saturday, May 23, 2015



As salam, hello readers...

Minggu lepas aku sempat makan malam di Pizza Hut Kota Damansara sementara menunggu mak andam dari Aleen Anuar Butik untuk hantar popia simpul cinta dari Hanis Pastry.

Aku order pizza BBQ Bang!


Signature series: Barbecue Bang

Harga untuk set tanpa service caj ini hanya RM12 sahaja! Murah dari kebiasaannya dan aku menambah air minuman fuzzy lemon sebagai pelengkap hidangan. Total damage cost semua adalah RM15 camtu. Makanan malam yang seimbang antara exclusive place and food!

Review:

1) Smoky pizza dengan sos BBQ yang lazzzzzaaat! Tak tebal sangat dan tak berpaa nipis sangat. Ngam-ngam soi!

2) Untuk size XL, boleh makan sorang. Tapi aku size XL gak, tapi boleh makan untuk 2 orang.

3) Dengan 8 kepingan sederhana ini, cukup mengenyangkan sampai esok pagi!

Pizza Hut Malaysia: Signature series by Nik Michael



Tuesday, September 03, 2013

Kenaikan harga minyak RON95 RM0.20 bermula pada 3 September

Tuesday, September 03, 2013



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Baca penuh: Astro Awani blog

 Tinjauan sekitar Bayu Perdana, Klang. SESAK!

Begitu juga di PETRONAS

Saturday, August 31, 2013

Pagi merdeka depan PC buat Macromedia Director MX? OMG! by shahroll

Saturday, August 31, 2013



As salam, hello readers...

Selagi boleh buat kerja, time merdeka pun santak dengan pelbagai kerja yang menjerut. Esok ada kelas kat Puncak Alam macam biasa BEL313. Aku dari semalam sampai ke hari ni, dah 3 hari mengadap software Macromedia Director MX 2004 untuk buat assignment. Bukan aku punya lah. Ini paid job punya. HAHA!

Aku dah familiar dengan timing, frame dan so on dalam video editing. Cuma tambahan dalam Director, dia ada tempo untuk laju atau slow kan pergerakkan. Lepas tu ada transition macam dalam powerpoint. Semua ini bergantung kepada korang punya Cast yang korang masukkan dan blend semua tu dengan tools yang ada.

Untuk yang pertama kali dan nak fahamkan benda ni, agak payah sikit. Kenali tools dulu dan boleh explore sikit-sikit.


senang je sebenarnya...

Gerakan gambar, tulisan tu biasalah. Cuma bila nak masukkan button untuk jump to another key-frame kena pakai Lingo script. Script simple je. Macam frame yang nak di link kan tu frame yang ke 30, so just letakkan script tu macam ni "go to 31" dalam menu script.

Korang boleh layari Youtube untuk dapatkan tutorial part by part.

enjoy!

Wednesday, April 11, 2012

MENJUNJUNG KASIH, MERAFAK SEMBAH, DAULAT TUANKU!

Wednesday, April 11, 2012
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke XIV

Hari ini Malaysia cuti umum bersempena dengan Pertabalan Agong ke-14. Giliran Sultan Kedah menerajui Kerajaan Malaysia selepas Agong yang terdahulu, Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu).

"RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA! DAULAT TUANKU!"

Saturday, October 30, 2010

Inspiring Innovators part #1 @ PJ Hilton by shahroll

Saturday, October 30, 2010
Salam all! =D


Saya telah dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri satu majlis dimana majlis ini boleh lah kiranya saya katakan seperti memberikan semangat/inspirasi kepada peniaga baru dan sedia ada. Ramai yang hadir ke majlis nie. Beberapa blogger seperti Zaid, Suresh (blog under maintain), Joshua dan Tian Chad turut hadir sama.


**sempat jugak snap cermin besar kat PJ Hilton**

** My first shoot masa dalam Ballroom Kristal**

** Bloggers and Nuffies**

Masa dewan belum dibuka pada orang ramai, kami minum2 dulu kat luar sebagai pemanas badan. Saya datang awal, dalam 7.30 pagi (takut jammed sebenarnya) dan telah berserapan di kedai berhampiran.

** Sudah masuk ke dalam dewan dan slideshow 
acknowledge sedang dimainkan**

** Yeahhh!! Nuffnang as partner Social Media** -wink-

** That's Nicholas! Why use Gandhi hat??**

Dalam majlis nie, ada 2 speaker jemputan iaitu Mr. Manish Tripathi dari Dabbawala Foundation, yang begitu menarik sekali penyampaian beliau tentang inovasi penyampaian makanan tengahari di India. Semua orang seronok mendengar ucapan umum beliau. Dan seorang speaker lagi adalah, Mr. Azran Osman, CEO of AirAsia X dengan ucapan beliau yang bertajuk How High You Can Fly, itu saya akan masukkan dalam part #2 nanti.

Berikut adalah sedikit introduction oleh Mr. Manish, enjoy! =)




** Mr. Manish bersama audience**

Overall, Dabbawala Foundation adalah company delivery yang unik business structure. Dengan tiada kos minyak, tiada penggunaan moden teknologi, dan yang lagi unik, tiada menggunakan medium pengiklanan. WOW! =D

** Cool kan?** no wonder mereka famous sehingga
Prince Charles pon turun ke India**

** BIG CLAP for u Mr. Manish!!** =)

Apa yang aku dapat belajar untuk 1st session nie adalah, apa yang kita buat mesti bersungguh-sungguh dan berdisiplin. 2 element nie sangat lah penting. Lagi, semangat esprit de corp (semangat kekitaan) juga memainkan peranan, kalau tak mana mungkin 5,000 Dabbas dapat dihantar, betul tak? =D

Monday, August 30, 2010

The true meaning of independence for me! by shahroll

Monday, August 30, 2010
Salam all! =)


Tinggal beberapa jam untuk kita menyambut detik Merdeka. Seperti biasa, anak-anak muda-mudi ghairah untuk menyambutnya dengan penuh semangat. bagus sekali, tetapi hanyalah sekadar "jeritan" dan "laungan" yang "KOSONG". Faham?


Mungkin ada yang kurang pasti, faham atau tidak mengenai apa yang aku tulis nie. Anggap aku "klise" ngan kenyataan nie, up to you. Aku just shout what in my mind dan stereotype yang selalu berlaku pada bulan Merdeka nie.


Apa yang menjengkelkan aku? ikut list kat bawah:-


1) Remaja naik motor, pasang Jalur Gemilang sampai cecah tanah. Aku cukup tak suka dengan cara nie. Aku bukan nak hina mat-mat motor ke apa, aku salute korang, semangat dah ada, cara pulak tak kena. Ada tu, sampai "koyak" bendera tu sebab korang biarkan cam tu. Merdeka?


2) Nak bagi keseronokan maksimum di malam detik Merdeka, dok pakat-pakat ngan member pergi tempat ramai orang berkumpul tuk sambut Merdeka. bagus, aku puji tapi.... dok usung anak dara orang/bini orang/bini kawan/awek kawan dan sebagainya bawak dok tengah2 malam buta sampai lah awal pagi sebab untuk jadi peneman. Merdeka?


3) Mula cantik, bersih lepas tu caca-merba,hancoq! Apa dia? Tempat yang korang hok sebok laung ..." Merdeka...Merdeka..Merdeka.." jadi medan per-sampahan yang nyata maha jelas! Mana sensitiviti yng kononya nak jadi Negara Maju, but minded class ke-3? Merdeka?


4) Merdeka disambut dengan botol arak ditangan. Syabas! Anda memang "merdeka".


5) Tak kenal pon tokoh-tokoh kemerdekaan. Tanya siapa Tun Hussein Onn,kalut.. tak reti jawab. Sebab beliau tak sepopular Linda Onn! Merdeka?


Owhh.. dah banyak sangat aku bagi point, terima? kalau tak korang leh shout lam comment aku, and give me why if u against me.. deal?


Sebelum aku terlupa, apa yang sebenar2nya maksud kemerdekaan bagi aku, simple je:-


... ' Jadi bangsa yang boleh menjadi bangsa yang flexibel, liberal dengan bangsanya tapi bukan pada agama,bersedia menghadapi situasi sukar pada masa kan datang, mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap perkara, jujur dengan bangsanya,mengamalkan kuat budaya serta asal usul.." -SH-


Kan? yeah! Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 53! 1 Malaysia?



Friday, August 20, 2010

Apa yang BEST nya dunia artis?? by shahroll

Friday, August 20, 2010
Salam all! =D


Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari. alhamdulillah masih bernafas secara percuma ( hidup la tu..) kat dunia nie lagi. Esok? Entah.. kalau masih berUpdate, makanya aku hidup lagi lah. =D. Aku baru habis baca posting terbaru oleh Selambakodok ( siapa? Afdlin Shauki lah..) yang menyatakan "kesedihan" beliau tentang dunia glamerezz sebagai anak seni.


So now baru aku tahu yang dunia artis tu sama je ngan bidang-bidang lain. Dan, politik dalam arena seni jugak aku rasa (this my point) sama dengan politik kat pejabat, sekolah dan sebagainya. Korang leh baca luahan AS di SINI


**SelambaKodok (AS) bersama isteri dan anak-anak

Siapa nak mencuba bidang lakonan ataupun aliran seni tanahair tak salah, tapi sebelum tu korang boleh menimbang2kan apa yang disampaikan oleh AS. AS yang dah TOP lagi GAH dalam arena seni boleh "kecewa" dengan industri seni sekarang, apatah lagi yang baru menginjak naik? fikir-fikirkan lah ye.. =D

salam!

Thursday, August 19, 2010

Sebentar : Pesanan khidmat Masyarakat by shahroll

Thursday, August 19, 2010
#6 Mati

Tiada siapa tahu bila tarikhnya,
esok, lusa, kelmarin pun belum tentu,
Ketentuan adalah dari-Nya,
Siapkah kau dengan Malaikat Maut?
Siapkah kau dengan Sakaratul Maut?
Dunia alpha dengan semua ini....


Bukan dunia, bahkan seisi alam,
Bergolak walaupun aman,
Berkocak walaupun bahagia,
Apakan daya, kuasa yang menentukan,
Bukan kita....

Kita menumpang, menumpang di pentas ini,
Pentas dimana akan dibawa perhitungan 
satu masa nanti,
Kau tunggulah saat itu, tiada siapa mengenal mu,
Walaupun pertalian darah sekalipun..


Siapkan kainmu,
ambillah wudhuk,
Basahkan wajah kamu dengan sinar,
Sinar Nur yang tiada galang gantinya.



p/s: Pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui cerita diatas, lihat isu-isu semasa sekarang =(

Monday, August 31, 2009

NEGARAKU ke-52 by shahroll

Monday, August 31, 2009


** Sila BANGUN untuk menghormati lagu NEGARAKU





Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


Salam to all readers... ...

Alhamdulillah.. sudah masuk ke 52 tahun NEGARA kita yang terchenta ini MERDEKA.. Panjatkan kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t kerana masih lagi memelihara negara kita yg kita sayangi ini di dalam ruang lingkup Rahmat-Nya.. alhamdulillah....

Jika ada manusia yg menjangkau usia 52 tahun, apa lagi yg anda boleh harapkan dengan usia yg sebegitu?.. adakah masih mengharapkan SUMBANGAN nya ataupun kita sebagai yang muda MEMBERI sumbangan terhadap orang yang berusia 52 tahun itu.... yezz.. my points is.. KITA sebagai rakyat boleh dan mampu untuk MEMBERI kan sesuatu kepada Negara kita.. Malaysia...

Jika kita lihat, dengan usia 52 tahun merdeka, sudah byk perubahan demi perubahan yang telah kita kecapi dan kita nikmati. Terasa begitu pesat membangun walaupun kita ada lagi masih dan sedang berakal di level mentality kelas ke-3!.. yup, saya akuinya.. anda?? ermm.. think!

Dari negara berasaskan PERTANIAN hingga mencapai status MSC bukan satu kerja yg mudah.. sangat susah dan memerlukan komitmen dari segenap lapisan rakyat dan masyarakat.. Tegak nya kerajaan dan bagus nya kerajaan terletak pada rakyat itu sendiri... this my point of view.. JANGAN POLITIK kan statement saya.. thanks!!

Masalah SOSIAL di kalangan orang muda ( saya la tu org muda..) masih membelenggu oleh semua orang dan terutamanya kepada kerajaan.. Jika kita hapuskan masalah ini dengan lebih cepat dan pantas, kita boleh kosisten dengan memikirkan hal2 yang lebih penting dari itu... betul kan? Sangat rugi masa dan tenaga untuk selesai kan masalah2 rogol,rempit,ahhh banyak lagi...
banyak sudah kerajaan membantu untuk membanteras sehabis mungkin, akan tetapi mungkin tidak mendapat perhatian oleh kita sendiri sebagai rakyat.. ataupun hanya melepaskan batuk di dapur.. mungkin...

Datuk Seri Najib, Perdana Menteri kita yang baru menyeru kita bersatu padu untuk mengekalkan PERPADUAN di antara rakyat Melayu, Cina, India & kaum2 lain di Malaysia sehingga timbul 1 Malaysia dijadikan teras untuk kita berpaut sesama kita untuk mengecapi kegemilangan Allahyarham Tun Abdul Razak ( Ayahanda DSN) semasa zamanya ketika itu rakyat mula untuk bersatu padu menentang penjajah!!..

Jangan fikirkan mangkuk nasi sendiri.. negara yang kaya nie kita kongsi BERSAMA walaupun MELAYU tuan rumah di negara ini,tetapi kita bersama2 mencari,mengenali dan mentafsir sesama kita untuk kebaikan kita bersama.. Barulah 1 Malaysia itu berhasil..

Sempena HAri Kemerdekaan hari ini, saya mengucapkan " Selamat Hari Kemerdekaan" untuk NEGARA MALAYSIA yang kita kasihi untuk semua blogger2 dari seluruh DUNIA walau dimana jua anda berada.. Perpaduan hari ini, tidak mungkin akan KEKAL jika kita tidak MENGEKALKANnya... insyaallah...


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359