Tuesday, September 15, 2015

Jerebu di Shah Alam, teruk! by shahroll




As salam, hello readers...

Jerebu kat Shah Alam semakin teruk! Aku yang berulang-alik ke tempat kerja, sesak nafas dengan keadaan persekitaran kurang sihat macam ni. Ternampak laporan indeks pencemaran udara di Shah Alam mencatatkan bacaan 191 (tidak sihat) dan lebih mengejutkan, Banting mencatat bacaan sangat tidak sihat (IPU: 201)

jerebu di Shah Alam.
gambar: shahrollphoto

Simptom yang dah terkena kat aku ada 2. Batuk dan pedih mata. Pedih mata bila berada diluar rumah/pejabat dan hanya memakai mask untuk perlindungan paru-paru. Memula ok lagi tak pakai mask, tapi dah sampai tahap jerebu teruk gila macam ni, gila kau tak pakai? HUHU!

Lepas tu, korang kena banyak minum air putih (mineral) sebab, macam aku batuk sebelum jerebu (batuk biasa) lepas tu bertambah sakit dan perit lepas jerebu melanda.

Apa pun, jerebu kali ni lebih teruk dari jerebu tahun lepas. Aku harap pihak berkuasa Indonesia dapat kenalpsti, syarikat mana yang telah menyebabkan pembakaran terbuka di Sumatera yang membawa jerebu teruk di Malaysia dan Singapura.

Ada solusi lain, mungkin?




No comments: