Wednesday, December 21, 2016

Honeymoon @ Melaka part #1 by shahroll





As salam, hello readers...

Baru dapat update pasal bulan madu di Melaka. Bulan madu? ahaaa.. jangan terkejut ye! Abam SH dengan Kak Hanis lepak di Melaka selama 2 hari 1 malam untuk merealisasikan bulan madu kitorang di Melaka. Alhamdulillah, hampir nak masuk 1 tahun baru dapat bawa isteri jalan-jalan tengok negeri orang =)

Kitorang menginap di Hotel Hallmark Crown melalui booking dot com. Harga untuk menginap sahaja RM330 sahaja termasuk dengan makan pagi (breakfast)

makan pagi di Hotel Hallmark Crown

Walaupun dalam web, hotel dia macam "gah" tapi sebenarnya biasa-biasa je. Tapi yang best, toilet dia syok! Aircond dia pun not bad la. Sesejuk gitu. Ada swimming pool kat roof top hotel (level 5)

Lepas breakfast, destinasi pertama kitorang ke Bandar Hilir!

yeay! Dah sampai... HAHA!

Panas betul rasanya cuaca kat Melaka sampai kena beli topi weh! Kitorang jenjalan area sini sampai la ke Kota A Famosa. Agak pack untuk hari pertama ni sebenarnya kalau nak tahu. Sebab apa? Jom!


Rice Ball Chicken Rice @ Eei Ji Ban!

Makan tengahari kitorang kat sini la untuk hari pertama. Kak Hanis kita nak sangat makan kat sini, so abam SH pun penuhi permintaan. Tapi makan kat sini korang tak perlu la risau sebab ianya HALAL! Dan ramai juga rakyat Melaka berbangsa Melayu lepak makan kat sini.

Kitorang ambil 20 ketul nasi (sorang 10 ketul sahaja) dengan ayam separuh. Lepas tu air pulak teh cina dengan lemon ais beserta dengan sweet potatoes goreng. Lazzooottt!! Jangan lupa sup ayam yang ada bebola ikan! Habis dalam RM49 semua sekali.

Lepas tu kitorang pergi ke KLEBANG! Cuba teka cari apa??

COCONUT SHAKE KLEBANG ORIGINAL!!

yummehhh!!

Nak pergi ke sini kemain la payah. Al-maklum lah, berpandukan pada sistem waze je sebenarnya. Sampai round 1 Melaka rasanya sebab tersasar je Bukit Rambai smapai le ke Kampung Tengah Melaka. Walaupun camtu, kitorang sampai jugak destinasi yang dituju! Alhamdulillah...

Tak lama pun kat sini. Lepas minum 2 gelas coconut shake, kitorang cari Kueh Keria Antarabangsa yang orang sibuk dok viral kena beratur kalau nak beli? wahhhh menarik!


sambung ke part #2.....





No comments: