As salam, hello readers...
Alhamdulillah, pagi Jumaat (12.04 pagi) sempat jugak aku jenggah blog aku yang satu ni. Baru selesai makan malam bersama rakan di dalam alam maya di area Subang dekat Big Plate. Memang sedap makanan ala barat (steak).
Service yang diberikan tidak menepati piawaian seperti yang aku jangka. Agak lambat serve walau air sekalipun. Tekak dah kering, perot dah lapar. Ikutkan hati memang panas juga, tetapi bila kesabaran mengatasi segalanya, maka tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Dalam sambil berborak dan makan-makan bersama rakan, aku dalam kepala ligat berputar mencari idea-idea baru untuk aku ketengahkan dalam tahun 2012 ni. Dalam Plan Tindakan 2012 (untuk personal) sudah ada 5 major yang perlu aku selesaikan.
2 telah selesai. Tinggal 3 belum lagi terlaksana. Aku memberikan timeframe terhadap diri aku sendiri, paling tidak 5 major plan ini siap sepenuhnya pada bulan Ogos paling lewat. Melihat pada SWOT, aku mampu mencapainya dalam masa terdekat.
Itu antara langkah-langkah aku dalam mencapai matlamat untuk jangka masa pendek. Untuk jangka masa panjang, selalunya orang buat dalam 5 tahun sekali ye tak? Aku suka pecah-pecahkan matlamat aku tu seperti cebisan-cebisan sandwich yang kecil dan enak dimakan dengan sardin!
Stop sampai sini. Aku perlukan masa untuk "bertenang". Assalamualaikum..