Saturday, December 12, 2009

Blogger- Kod etika?? by shahroll

Salam to all readers...

Celik bangun pagi, belum sempat sarapan,minum teh tawar, roti bakar & etc, SH tak sabar pulak rasanya nak UP pasal " Kod Etika bagi Penulis Blog" ... hah?? peke bende nyer tuh? hee~Ok, semalam SH lawat laman web Perdana Menteri kita dan di dalam blog beliau menyatakan kod nie la... so antara isi kandungan nyer adalah..


Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

1) Yeahhh!! PM kita sentiasa prihatin dalam isu perkembangan yang dijana melalui laman sesawang atau pon yg popular nyer sekarang ni blog lah.. So, nak tak nak Perdana Mentari (PM) kita pon mengambil inisiatif membina laman web/blog beliau sendiri untuk mendekatkan diri dengan komuniti blogger.


2) Laman web beliau http://www.1malaysia.com.my juga SH merasakan satu medium yang baik untuk kita ( para blogger) meluahkan atau menyuarakan pendapat di dalam alam maya sekaligus dapat diambil perhatian oleh PM kita pandangan/kritikan/bantahan secara terus!


3) Dengan adanya etika ini, SH juga merasakan tanggungjawab sosial oleh para blogger juga akan semakin baik. Dengan wujudnya blog2 yang memusnahkan nilai2 murni dan keharmonian dalam negara kita, patut lah kita hapuskan sama sekali. Nie pandangan peribadi SH je lah.. :)


4) Setiap perkara yang dibangkitkan di dalam blog anda, seharusnya memiliki fakta yang betul lagi tepat. Penting kerana ianya dapat mempengaruhi khalayak ramai dengan membaca blog anda, jika maklumat itu salah, maka akan ada bahaya yang menanti.


5) " Penulisan itu lebih tajam dari pedang"


wassalam...

No comments: