Tuesday, October 01, 2013

Jom bercuti ke Uzbekistan dan Turki bersama Chef Adu dan Boman Travel & Tours by shahroll




As salam, hello readers...

Pada minggu lepas, bertempat di seksyen 13 Shah Alam telah berlangsungnya satu majlis bersama Chef Adu sebagai spokeperson bagi Boman Travel & Tours atau dengan kata lain sebagai duta bagi agen pelancongan ini. Acara bermula dari jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari di pejabat urusan Boman Travel & Tours.


 Perkhidmatan yang diberikan oleh Boman Travel & Tours


Bagi yang belum pernah mengetahui tentang Boman, ia adalah sebuah syarikat pelancongan yang telah lebih 26 tahun dalam industri pelancongan dan percutian. Kelebihan Boman adalah kerana ia mempunyai tiket stok sendiri, membolehkan ia menyediakan tiket penerbangan secara "in-house"

Pelantikan Chef Adu sebagai spokeperson adalah tepat kerana Chef Adu mengakui yang beliau suka menggembara di setiap pelusuk dunia. Walaupun Chef Adu banyak menempuh pengalaman di rantau Eropah selama 17 tahun, namun untuk menerokai rantau Timur Tengah agak jarang. Dengan itu, satu projek bersama Chef Adu telah di rangka dengan Boman Travel & Tours


Backdrop yang digunakan semasa majlis...

Antara projek tersebut adalah, pada bulan NOVEMBER satu pakej menarik BOMAN/Chef Adu ke Uzbekistan pada 22-29 November 2013 dan TURKI pada 22-30 Disember 2013 telah pun di rancang. 

Apa yang menjanjikan satu pengalaman yang berbeza daripada pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang lain adalah, Chef Adu akan membawa anda melancong termasuk berkongsi pengalaman kulinari eksklusif buat pertama kali kepada mereka yang turut mengikuti percutian ini.



 Chef Adu di iringi oleh CEO Boman Travel & Tours, Puan Hjh. Norila Shaari bersama dengan General Manager Operation, Encik Murad Md. Yasim 


 Antara rakan media yang hadir

Kemuncak majlis, Chef Adu menerima plat dari Boman Travel & Tours 
sebagai spokeperson mereka

Tandatangan di backdrop sambil di saksikan oleh 
CEO Boman Travel & Tours Sdn Bhd

Antara tarikan lain melancong bersama Chef Adu adalah, demo masakan "live" di Uzbekistan dengan pemandangan tanah tinggi serta tasik indah di atas pergunungan Tashkent. Sementara di Turki pula, demo masakan akan diadakan di Masjid Biru. 

Bukan itu saja, Chef Adu akan turut sama berkongsi "tips melancong" dan "travel in style with Chef Adu" dengan peminat yang turut sama dalam pakej istimewa ini sempena Cuti Sekolah 2013.

sesi sidang media untuk pertanyaan lebih lanjut tentang percutian bersama
Chef Adu di Uzbekistan dan Turki bersama media dan blogger

Untuk tahun melawat Malaysia 2014, Boman Travel & Tours menyediakan pelbagai pakej menarik dan akan diwar-warkan di dalam Boman Travel & Tours di Boman Travel website

shahroll & Chef Adu

enjoy!

No comments: