Salam all! =D
Dah lihat video kat atas? Jika anda menghayati apa yang disampaikan oleh Sultan Muzaffar, tentu korang dah boleh build-up semangat korang untuk terus menulis di blog korang.
Siapa yang tak kenal Sultan Muzaffar (SM)? Tipuuuu la, kalau dalam arena blogger nie ada yang cakap tak kenal. Kalau tak, korang bukan blogger lah. =D. Aku pun budak baru dalam arena nie, so baru kenal jugak. Dan yang bestnya pasal SM nie, blog beliau pakai medium blogspot.com saja. Tak caya? nie LINK beliau.
Beliau bermula dengan dunia blogger (industri hiburan) sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Katanya lagi:-
" ...Sebelum blog, saya kurang berbicara dengan orang lain, cuma dengan teman-teman rapat, namun setelah adanya blog, saya mempunyai keyakinan dan banyak berbicara dengan orang lain..." (video duration: 0.53)
Dari sini korang nampak eh, macam mane SM start dulu. Dalam andaian aku, sebelum nie SM kurang berkeyakinan terhadap blog untuk berbicara di dalamnya. Tapi, setelah mempunyai blog sendiri, keyakinan tu ada dan boleh berikteraksi dengan orang ramai khasnya peminat beliau di blog tersebut. SM, if i'm wrong please correct me! =D
Bagaimana SM menjadi seorang PRO-blogger?
"... Dalam tahun 2005, saya ditawarkan bekerja di Astro sebagai pengendali laman web Akademik Fantasia, secara rasmi. Dan daripada situ, saya mengorak langkah ke Astro Awani sebagai wartawan hiburan ..."
(video duration: 1.23)
Tu dia. Bekerja beb. Bukan part timer berblog mahhcam aku nie. Haha~ aku berblog tuk suka-suki, but for PRO blogger, its job ok. Kalau korang tengok blog SM nie pun, memang "niche" untuk hiburan/artis semata-mata. Ada SM sebut or posting yang bukan related dari hiburan? korang carik lah sendiri dalam blog SM. Kalau blog aku, mahhhcamm2 adaa.. hahahtagline Astro aku pinjam! =P
Apa lagi SM kata?
"... Update blog boleh dimana-mana saja, asalkan dapat men-update blog dengan seberapa pantas yang boleh..."
Aku leh huraikan yang nie memang dah tahap PRO. Seberapa yang pantas tu. So, hard-core blogger muuustii kena ada broadband (4G Wiggy i suggest.. from P1) dan juga Laptop! So, aku kena beli 1 broadband and laptop lah jugak nie.. sebab pe?? kena PANTAS!!
Dan, part nie lebih penting. Bagaimana nak "stand-out" untuk menjadi seorang blogger yang bagus. Ini jawapan SM:-
".... Untuk menjadi seorang yang bagus, sebenarnya TIDAK SUSAH. Kita hanya perlu tahu apa yang ingin kita tuliskan. Kita perlukan niche topik, iaitu seperti saya yang master dalam dunia hiburan, maka itu niche yang saya pilih..."
Lagi. ".. untuk menjadi blogger juga, kita kena mempunyai etika-etika untuk jadi seorang blogger yang ada KREDIBILITI. Dan, menjadi blogger yang ada kredibiliti ini LEBIH PENTING dari seorang blogger yang popular... "
Terima kasih pada SM yang berkongsi pendapat dan idea beliau untuk blogger2 baru macam aku nie. So, aku kena pastikan niche aku pada yang mana samada photographer,student life, personal blog or online business blog... huhuh~ kalau rangkum jadi 1 blog ok kot? =D SM, comment please! =D
Ok, selamat berblogging bloggers.. salam!
8 comments:
fuhyoo.. aku sokong bro..
alamak..nape sy baru tahu pasal SM ni? ok2, skrg gak mahu terjah blog SM..
jum baca entry terbaru bARdbOO:
Outdoor 13 Jun 2010
Anak Kecil Itu tak Mengerti
Bersedekah amalan mulia, jum join
Hamzah:
Sokong aku? ke SM? gyahahahahha`~
Barboo:
Baru tahu? tak pe skang ko dah taw kan.. =D
Terima kasih atas pujian yg diberikan. Kebanyakan fakta adalah tepat. FYI. Saya sudah pun berhenti dari ASTRO dan Akan memulakan tugas baru di www.Gua.com.my media Prima tidak lama lagi.
Sultan Muzaffar:
TERIMA KASIH banyak2 kepada PRO-Blogger Malaysia datang untuk komen dalam blog marhain ini! THANKS BRO SM!
You rockz lah! even blog saya tak seberapa, dtg jugak bagi komen.. =D
owh terbaik nasihat2 ini..:)
KancilBiru:
yeahh! betol tu.. =D, jumpe anda ptg nanti.. hueheu Ayam Pehyet! =P
Post a Comment