Wednesday, August 24, 2016

Bagaimana teknik menjual di Facebook personal by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu-ilmu yang aku boleh kongsikan dengan pembaca blog. Hari ni aku nak kupas topik, bagaimana teknik menjual dalam facebook personal. Best tak tajuk? HEHE!

Bagi mereka yang ada facebook personal, banyak kelebihan yang ada bila nak menjual di wall facebook korang tu. Sebab kat situ ada ramai kawan-kawan yang kenal korang secara dekat diluar dan yang banyaknya pasti rakan maya facebook korang yang pelbagai latar belakang, betul? Dalam 5,000 kawan tu, takkan semua ko kenal, kan? HUHU!

Aku bagi case study aku dulu kat bawah;

dari akaun facebook personal aku

Apa yang dapat korang perhatikan gambar diatas? Ada sekeping gambar kan? OK, then lihat caption yang aku buat kat atas. Ada unsur-unsur menjual secara keras (Hard Selling) tak? Takde kan. So, ini dinamakan "Teknik Berkongsi Cerita (TBC)"

Dalam TBC, korang boleh update secara natural, tanpa melibatkan unsur hard selling. Bagi permulaan untuk produk baru yang korang keluarkan, biar korang cerita produk tu dengan style macam ni. Lebih dekat dengan bakal pembeli.

Paparan kat atas, aku mendapat hampir 52 mereka yang menyukai (LIKE) dan lebih dari 5 komen yang berkongsi cerita dengan aku di dalam wall post ni. Ini yang kita mahukan, bagi mereka "involve" dengan cerita yang kita bawa (engagement)

Kadang-kadang benda ni menjadi, kadang-kadang tidak. Ikut pada cerita yang dikongsikan kat wall korang.

enjoy!



2 comments:

nurmisnan said...

ohh wow.. cpayion simple tapi memang menarik pelanggan lagi2 bab makanan. gambar juga memainkan peranan.. pasti org suka dan nak cuba

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nur Misnan:
Betul tu kak, gambar menarik salah satu faktornya =)