Showing posts with label successful. Show all posts
Showing posts with label successful. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

(success story) Pengasas Tao Kae Noi bercerita disebalik kisah hidup di dalam mini pocket book! by shahroll

Sunday, October 20, 2013



As salam, hello readers...

2 hari berada di kampung halaman bersama keluarga. Online di Facebook juga sangkut-sangkut. Maklumlah, dapat signal "G" dan "E" saja, walaupun menerima notification, hanya mampu membaca. Sedih kan? huhu...

Hari Sabtu aku, banyak aku habiskan membaca buku kecil yang aku dapat semasa aku membeli rumpai laut berperasa pedas di pasaraya. Sebenarnya memang aku nak buku tu je sebab nak baca kisah CEO Tao Kae Noi yang memegang title "Billionair" dalam usia muda, sekitar 25 tahun!

RM5 lebih harga dia. Kos termasuk buku kecik ni sekali.. HAHA!

Secara ringkasnya, Tob bukan berhasrat nak buka perniagaan rumpai laut pun. Dia asalnya berniaga chestnut bersama Uncle Tuang. Kiranya dia membantu Uncle Tuang tu lah. Waktu itu umurnya baru 19 tahun! Kira muda-muda dah kerja keras la.

Perniagaan chestnut dia maju. Sangat maju sebab ada lebih 30 cawangan di daerah dia duduk. Lepas tu satu hari, semasa dia ambil awek dia balik dari kolej, ternampak awek dia tu khusyuk makan rumpai laut yang beli dari kedai sekitar situ. Dia pun berfikir dan merasai rumpai laut tu juga. SEDAP! memang sedap sampai dia suruh awek dia beli dengan banyaknya!

Sampailah suatu hari, dia merasakan baik juga membuka perniagaan makanan rumpai laut tu sebab setiap peringkat umur mahu dan suka dengan makanan ringan itu. Dia pun mula membuat kajian dalam Google pasal rumpai laut.

3 tahun dia bekerja keras membangunkan Tao Kae Noi tu. Kawan-kawan pun dia dah lama tak jumpa. Paling manis bila dia dah mampu buka kilang sendiri dan mempunyai pembekal rumpai laut dari Korea kepunyaan Tob. Maknanya, dia membuat rumpai laut tu dengan menjadi pembekal di Korea sebab ramai pembekal rumpai laut tak mampu menanggung permintaan dari Tob.

Aku banyak skip cerita ni. Korang boleh beli la buku tu dan dapat seaweed yang sedap dengan pelbagai perasa.

kisah yang difilem "The Billionaire" 

"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure" - Bill Cosby 

enjoy!


Saturday, March 24, 2012

Kata-kata pembakar semangat untuk hidup! by shahroll

Saturday, March 24, 2012


As salam, hello readers...


Setiap manusia yang hidup memerlukan sokongan dan dorongan dari insan yang rapat dengan mereka. Kata orang, dapat memotivasikan diri itu bagus, tetapi dapat memotivasikan orang lain, jauh lebih bagus!


Jom layan kata-kata pembakar semangat yang boleh meningkatkan motivasi korang hari ni;




Seorang pemenang tidak akan mudah mengalah tetapi seorang pengalah tidak akan pernah menang. 
(Vince Lombardi)


Kejayaan berkait rapat dengan tindakan. Mereka yang berjaya akan terus mara ke hadapan. Mereka membuat kesilapan tetapi tidak pernah berputus asa.
(Conrad Hilton)


Bekerjalah seperti anda tak perlukan wang. Mencintailah bagaikan anda tidak pernah disakiti. Menarilah bagaikan tak seorang pun yang sedang menonton anda.
(Mark Twain)


Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.
(James Thurber)


Untuk membahagiakan orang lain, isilah tangannya dengan kerja, hatinya dengan kasih sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa depannya dengan harapan dan perutnya dengan makanan.
(Frederick E. Crane)


Kita seharusnya diajar untuk tidak menunggu inspirasi untuk memulakan sesuatu. Tindakan selalu melahirkan inspirasi. Sedangkan inspirasi jarang diikuti dengan tindakan.
(Frank Tibolt)


Tidak banyak gunanya memberitahu orang lain tentang kesulitan anda, separuh dari mereka tidak peduli, sedang separuh yang lain hanya senang mendengarnya.
(Brenda French)


Ujian bagi seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, tetapi kesabarannya pada waktu dia menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.
(David J. Schwartz)


Bagi beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan waktu yang berlalu ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang menderita akibat penyakit ini kerana tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan.
(Peter McWilliams)


Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapat melihat bahawa bukan kebahagiaan yang membuat kita berterimakasih, tetapi rasa terima kasihlah yang membuat kita bahagia.
(Albert Clarke)


Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri.
(John Mccloy)


Keinginan manusia adalah umpama duit syiling kecil yang dibawanya di dalam sebuah beg. Semakin banyak yang dimilikinya semakin ia memberatkan.
(Satya Sai Baba)


sumber: cute chipmunk blog


enjoy!

Friday, August 05, 2011

Theory #1: Lets do BPSF, what is it? by shahroll

Friday, August 05, 2011


As salam and hello readers!


Selamat pagi rakyat Malaysia. Dah masuk hari ke-5 kita menunaikan ibadah puasa. Bagaimana lah? masih mampu berpuasa? Alhamdulillah pada korang yang masih lagi boleh berpuasa dan pada yang "raya awal" jangan lupa ganti balik k =D


So, what story ya pepagi ni? Owh, just nak share my theory actually. Takde dalam buku nota pasal ni, memang 100% asli datang dari kepala sendiri. Mana part yang korang rasa tak sesuai ke apa, just leave it k? Enjoy! =D


Teori BPSF #1

Gambar diatas kredit penuh kepada iluvislam.com. Cuma gambar saja aku ambil untuk membuat asas teori ini. Bagi aku, ke-4 elemen mesti ada pada setiap orang.

1) Bersemangat
Nak buat apa saja kena bersemangat. Apa pun. Hatta nak makan sekalipun, kena bersemangat. Dengan semangat itu lah, bila kita melakukan apa juga pekerjaan kita merasa seronok dan puas. Semangat bercampur pula dengan motivasi yang tinggi, mampu melonjakkan prestasi baik dalam pekerjaan, pembelajaran dan kehidupan.

2) Patuh
Patuh ni nak cakap macam mana ya? Mungkin aku boleh ambil dari segi alam pekerjaan. Setiap apa yang ketua kita arahkan atau apa saja kerja yang disuruh, haruslah patuh. Prinsip biasa dalam hierarki dalam satu-satu organisasi. Ketidakpatuhan membolehkan seseorang pekerja diambil tindakan tatatertib. Itu pun kalau tak melanggar polisi tempat kita bekerja lah. Sama juga dalam agama (Islam). Patuh lah pada kedua ibubapa selagi tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan (ref:HERE)

3) Seimbang
Seimbang dalam segenap segi. Maksud aku, korang tentu menjadi anak kepada seseorang, ayah kepada anak korang,isteri kepada seseorang dan apa saja gelaran yang anda pegang punyai keseimbangan yang baik. Contoh, anda seorang isteri kepada suami si A dan pada masa yang sama anda masih mempunyai ibubapa di kampung dan masih lagi belajar separuh masa. Ada 3 tanggungjawab di situ. Pada suami,ibubapa (jika perlu) dan pembelajaran. Seimbangkan antara ketiga-tiga perkara itu dengan melakukan pendekatan " where is my priority?

4) Fokus
Point yang last but not least, fokus. Walaupun ni point yang last, tapi ianya sangat penting. Bagi aku, perkara fokus bermula dari kita menunaikan solat. Jika korang fokus, itu dinamakan Khusyuk. Dan dari segi pekerjaan, fokus memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju korang dan juga kejayaan dalam kerja korang. Kalau tak fokus maksud kerja dibuat samada main-main, sambil lewa, dan lebih teruk lalai! Jangan abaikan kuasa fokus ni.

Dari pengalaman aku sendiri, bila aku start buat assignment ataupun kerja editing photo misalnya, semua perkara yang mengganggu aku untuk siapkan tugasan, aku tinggalkan. Fokus satu satu. Jika boleh fokus 3 perkara dalam 1 masa, aku salute, sebab aku tak boleh. Lagi best aku tengok, sambil buat kalkulus boleh sumbat telinga dengan ipod dengar lagu, respect!

Thanks korang baca theory BPSF aku ni. Yang betul dari Allah dan yang salah dari aku sendiri. Ada idea pasal teori ni lagi, aku update for #2 pulak k? Insyaallah. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari =)