Sunday, October 20, 2013

(success story) Pengasas Tao Kae Noi bercerita disebalik kisah hidup di dalam mini pocket book! by shahroll




As salam, hello readers...

2 hari berada di kampung halaman bersama keluarga. Online di Facebook juga sangkut-sangkut. Maklumlah, dapat signal "G" dan "E" saja, walaupun menerima notification, hanya mampu membaca. Sedih kan? huhu...

Hari Sabtu aku, banyak aku habiskan membaca buku kecil yang aku dapat semasa aku membeli rumpai laut berperasa pedas di pasaraya. Sebenarnya memang aku nak buku tu je sebab nak baca kisah CEO Tao Kae Noi yang memegang title "Billionair" dalam usia muda, sekitar 25 tahun!

RM5 lebih harga dia. Kos termasuk buku kecik ni sekali.. HAHA!

Secara ringkasnya, Tob bukan berhasrat nak buka perniagaan rumpai laut pun. Dia asalnya berniaga chestnut bersama Uncle Tuang. Kiranya dia membantu Uncle Tuang tu lah. Waktu itu umurnya baru 19 tahun! Kira muda-muda dah kerja keras la.

Perniagaan chestnut dia maju. Sangat maju sebab ada lebih 30 cawangan di daerah dia duduk. Lepas tu satu hari, semasa dia ambil awek dia balik dari kolej, ternampak awek dia tu khusyuk makan rumpai laut yang beli dari kedai sekitar situ. Dia pun berfikir dan merasai rumpai laut tu juga. SEDAP! memang sedap sampai dia suruh awek dia beli dengan banyaknya!

Sampailah suatu hari, dia merasakan baik juga membuka perniagaan makanan rumpai laut tu sebab setiap peringkat umur mahu dan suka dengan makanan ringan itu. Dia pun mula membuat kajian dalam Google pasal rumpai laut.

3 tahun dia bekerja keras membangunkan Tao Kae Noi tu. Kawan-kawan pun dia dah lama tak jumpa. Paling manis bila dia dah mampu buka kilang sendiri dan mempunyai pembekal rumpai laut dari Korea kepunyaan Tob. Maknanya, dia membuat rumpai laut tu dengan menjadi pembekal di Korea sebab ramai pembekal rumpai laut tak mampu menanggung permintaan dari Tob.

Aku banyak skip cerita ni. Korang boleh beli la buku tu dan dapat seaweed yang sedap dengan pelbagai perasa.

kisah yang difilem "The Billionaire

"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure" - Bill Cosby 

enjoy!


No comments: