Showing posts with label about life. Show all posts
Showing posts with label about life. Show all posts

Monday, March 05, 2012

80% penjawat awam dibelenggu hutang by shahroll

Monday, March 05, 2012



PUTRAJAYA: Lebih 80 peratus penjawat awam dibelenggu dengan hutang disebabkan gagal mengurus kewangan secara bijak terutama apabila keinginan melebihi kemampuan, ditambah kemudahan pembiayaan yang terlalu longgar.


Malah, ramai di kalangan mereka mengalami krisis kewangan yang lebih teruk sehingga jatuh bankrap, sekali gus menghadapi risiko hilang pekerjaan dan kelayakan mendapat bayaran pencen. 


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Omar Osman (gambar), berkata masalah itu disebabkan penjawat awam mudah mendapatkan pinjaman hingga mendatangkan masalah.


Menurutnya, memang ramai bersikap seperti itu lebih-lebih lagi apabila mendapati dirinya layak mendapat pinjaman.


“Beli kereta pun zero deposit pada penjawat awam. Ini sesiapa pun nak beli.


“Kadang-kadang ada yang menjadi penjamin kepada kawan yang hendak berniaga, sebab penjawat awam ini kalau jadi penjamin memang laku, tak kira gaji berapa, asalkan penjawat awam, boleh.


Original link: MyMetro


************************************


As salam, hello readers...


Bila sebut pasal hutang, aku yakin hampir semua antara kita pernah dan ada hutang kan? tak perlu nak malu lah, sebab pasal hutang. Memang kita perlu berhutang pada benda yang perlu.


Yang menjadi masalahnya sekarang, orang berhutang pada benda yang tak perlu. Kenapa? Desakan hidup? Sukakan barangan mewah walaupun tak MAMPU?


Tepuk dada, tanya selera.



Tuesday, November 15, 2011

Kenapa kadang-kadang kita perlu ulang banyak kali terhadap sesuatu perkara? by shahroll

Tuesday, November 15, 2011


As salam, hello readers...


Aku suka memerhati. Best jadi pemerhati dan memang sifat aku suka memerhatikan lebih banyak dari bercakap. tapi bila dah bercakap, ada jugak orang komplen mulut macam mulut murai. HAHA. Jenis macam ni aku gelarkan "pozer". time sekolah dulu terms ni cukup popular.


kenapa?


Apa yang kena ulang-ulang? ulang tayang? ulang suara? ke ulang makan? banyak benda yang berulang dalam kehidupan kita ni sebenarnya. Contoh, kalau ada kawan kita cakap kita ni seorang yang jahat, jika diulang kerap kali mengatakan si polan itu jahat dan jahat, maka mind-set orang yang mendengar akan "hasutan" itu melekat sehingga tidak mampu untuk membuangnya dalam kepala hotaknya.


lagi?


Khas aku taip untuk pasangan yang tengah hot bercinta. Kenapa ek, si perempuan (mostly) pasti meminta untuk mengungkapkan perkataan-perkataan "sayang" "rindu" "love u" banyak kali? Sebulan sekali tak boleh cakap serupa itu? ke korang tak muak eh?


Bagi aku, cakap saja tak cukup. Takat say "sayang sangat pada kamu, Markonah" sesiapa pon boleh mengatakannya hatta budak darjah 6 sekalipun (eh? HAHA) kenapa perlu itu semua? membangkitkan rasa bahagia? haha, aku tak rasa pon cam tu. totally nonsense!


Aku jugak seorang pembebel dalam kehidupan aku sendiri. Aku suka membebel sendirian dari orang lain membebel tak tentu pasal, sebab aku. Aku tak suka. Cukup tak suka. langsung!


Gambar hiasan jak...

Mungkin pemikiran kita berbeza tapi bukan semuanya sama =)


Enjoy!

Friday, August 05, 2011

Theory #1: Lets do BPSF, what is it? by shahroll

Friday, August 05, 2011


As salam and hello readers!


Selamat pagi rakyat Malaysia. Dah masuk hari ke-5 kita menunaikan ibadah puasa. Bagaimana lah? masih mampu berpuasa? Alhamdulillah pada korang yang masih lagi boleh berpuasa dan pada yang "raya awal" jangan lupa ganti balik k =D


So, what story ya pepagi ni? Owh, just nak share my theory actually. Takde dalam buku nota pasal ni, memang 100% asli datang dari kepala sendiri. Mana part yang korang rasa tak sesuai ke apa, just leave it k? Enjoy! =D


Teori BPSF #1

Gambar diatas kredit penuh kepada iluvislam.com. Cuma gambar saja aku ambil untuk membuat asas teori ini. Bagi aku, ke-4 elemen mesti ada pada setiap orang.

1) Bersemangat
Nak buat apa saja kena bersemangat. Apa pun. Hatta nak makan sekalipun, kena bersemangat. Dengan semangat itu lah, bila kita melakukan apa juga pekerjaan kita merasa seronok dan puas. Semangat bercampur pula dengan motivasi yang tinggi, mampu melonjakkan prestasi baik dalam pekerjaan, pembelajaran dan kehidupan.

2) Patuh
Patuh ni nak cakap macam mana ya? Mungkin aku boleh ambil dari segi alam pekerjaan. Setiap apa yang ketua kita arahkan atau apa saja kerja yang disuruh, haruslah patuh. Prinsip biasa dalam hierarki dalam satu-satu organisasi. Ketidakpatuhan membolehkan seseorang pekerja diambil tindakan tatatertib. Itu pun kalau tak melanggar polisi tempat kita bekerja lah. Sama juga dalam agama (Islam). Patuh lah pada kedua ibubapa selagi tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan (ref:HERE)

3) Seimbang
Seimbang dalam segenap segi. Maksud aku, korang tentu menjadi anak kepada seseorang, ayah kepada anak korang,isteri kepada seseorang dan apa saja gelaran yang anda pegang punyai keseimbangan yang baik. Contoh, anda seorang isteri kepada suami si A dan pada masa yang sama anda masih mempunyai ibubapa di kampung dan masih lagi belajar separuh masa. Ada 3 tanggungjawab di situ. Pada suami,ibubapa (jika perlu) dan pembelajaran. Seimbangkan antara ketiga-tiga perkara itu dengan melakukan pendekatan " where is my priority?

4) Fokus
Point yang last but not least, fokus. Walaupun ni point yang last, tapi ianya sangat penting. Bagi aku, perkara fokus bermula dari kita menunaikan solat. Jika korang fokus, itu dinamakan Khusyuk. Dan dari segi pekerjaan, fokus memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju korang dan juga kejayaan dalam kerja korang. Kalau tak fokus maksud kerja dibuat samada main-main, sambil lewa, dan lebih teruk lalai! Jangan abaikan kuasa fokus ni.

Dari pengalaman aku sendiri, bila aku start buat assignment ataupun kerja editing photo misalnya, semua perkara yang mengganggu aku untuk siapkan tugasan, aku tinggalkan. Fokus satu satu. Jika boleh fokus 3 perkara dalam 1 masa, aku salute, sebab aku tak boleh. Lagi best aku tengok, sambil buat kalkulus boleh sumbat telinga dengan ipod dengar lagu, respect!

Thanks korang baca theory BPSF aku ni. Yang betul dari Allah dan yang salah dari aku sendiri. Ada idea pasal teori ni lagi, aku update for #2 pulak k? Insyaallah. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari =)

Saturday, December 11, 2010

chess game: Are you King or Queen?

Saturday, December 11, 2010
As salam to all,


Still belom lelap kan mata. Baru habes layan cerita "si kendil" kat Tv3. Tak tengok habes pon. Cam tak best pulak malam nie. Tak de mood menonton, malam nie seronok tengok code2 yang aku baru belajar sendiri. Yelah, tak pandai pasal HTML, godeh2 la sendiri.. huhu~


Pasal chess game. Dulu, aku seorang pemain chess dalam kelas. Pantang cikgu tak de, aku open table main chess. Ada sorang student laki, aku ingat lagi nama dia, Raja Hafifi. Bapak teror kot main chess. Ada lagi tak mamat ni? Kalau ko baca blog aku, please drop komen! Aku nak lawan chess ngan kau!
**Picture credit: Google**

Bagi aku, chess bukan sekadar permainan biasa. Jika diungkap kembali pasal chess nie, banyak benda yang kita boleh temui. Tu penting sejarah (matapelajaran paling bosan tahap cipan masa sekolah.. tapi aku score!). Dan, chess juga membawa maksud tersendiri oleh pemain yang memainkan gerakan butir-butir chess yang digerakkan.


Setiap langkah (bukaan buah) bukan sekadar "memakan" lawan, tapi harus diteliti dengan sempurna. Kat sini lah "kepandaian" seseorang itu menyusun strategi perlawanan. Perlu perancangan, teliti dan cekap.


Keadaan kelam kabut dalam merancang sesuatu, akan memakan diri sendiri. Begitu juga dengan chess nie. Kalau korang salah langkah, alamatnya "king" korang akan ditawan musuh dan korang akan kalah! (check-mate). Bodoh kan? status King saja, tetapi hanya boleh melangkah setapak dan setapak.


Queen lain hal nya. Queen "melindungi" king daripada musuh-musuh yang datang dalam permainan chess. Kebanyakkan pemain, akan bergantung harap pada queen ini untuk protect king (last kopek nyer cara).


Konklusi: Chess= Halatuju+Matlamat x perancangan= sukses! Harap korang leh relatedkan dengan kehidupan korang. Sekian.. As salam..