Friday, August 05, 2011

Theory #1: Lets do BPSF, what is it? by shahroll



As salam and hello readers!


Selamat pagi rakyat Malaysia. Dah masuk hari ke-5 kita menunaikan ibadah puasa. Bagaimana lah? masih mampu berpuasa? Alhamdulillah pada korang yang masih lagi boleh berpuasa dan pada yang "raya awal" jangan lupa ganti balik k =D


So, what story ya pepagi ni? Owh, just nak share my theory actually. Takde dalam buku nota pasal ni, memang 100% asli datang dari kepala sendiri. Mana part yang korang rasa tak sesuai ke apa, just leave it k? Enjoy! =D


Teori BPSF #1

Gambar diatas kredit penuh kepada iluvislam.com. Cuma gambar saja aku ambil untuk membuat asas teori ini. Bagi aku, ke-4 elemen mesti ada pada setiap orang.

1) Bersemangat
Nak buat apa saja kena bersemangat. Apa pun. Hatta nak makan sekalipun, kena bersemangat. Dengan semangat itu lah, bila kita melakukan apa juga pekerjaan kita merasa seronok dan puas. Semangat bercampur pula dengan motivasi yang tinggi, mampu melonjakkan prestasi baik dalam pekerjaan, pembelajaran dan kehidupan.

2) Patuh
Patuh ni nak cakap macam mana ya? Mungkin aku boleh ambil dari segi alam pekerjaan. Setiap apa yang ketua kita arahkan atau apa saja kerja yang disuruh, haruslah patuh. Prinsip biasa dalam hierarki dalam satu-satu organisasi. Ketidakpatuhan membolehkan seseorang pekerja diambil tindakan tatatertib. Itu pun kalau tak melanggar polisi tempat kita bekerja lah. Sama juga dalam agama (Islam). Patuh lah pada kedua ibubapa selagi tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan (ref:HERE)

3) Seimbang
Seimbang dalam segenap segi. Maksud aku, korang tentu menjadi anak kepada seseorang, ayah kepada anak korang,isteri kepada seseorang dan apa saja gelaran yang anda pegang punyai keseimbangan yang baik. Contoh, anda seorang isteri kepada suami si A dan pada masa yang sama anda masih mempunyai ibubapa di kampung dan masih lagi belajar separuh masa. Ada 3 tanggungjawab di situ. Pada suami,ibubapa (jika perlu) dan pembelajaran. Seimbangkan antara ketiga-tiga perkara itu dengan melakukan pendekatan " where is my priority?

4) Fokus
Point yang last but not least, fokus. Walaupun ni point yang last, tapi ianya sangat penting. Bagi aku, perkara fokus bermula dari kita menunaikan solat. Jika korang fokus, itu dinamakan Khusyuk. Dan dari segi pekerjaan, fokus memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju korang dan juga kejayaan dalam kerja korang. Kalau tak fokus maksud kerja dibuat samada main-main, sambil lewa, dan lebih teruk lalai! Jangan abaikan kuasa fokus ni.

Dari pengalaman aku sendiri, bila aku start buat assignment ataupun kerja editing photo misalnya, semua perkara yang mengganggu aku untuk siapkan tugasan, aku tinggalkan. Fokus satu satu. Jika boleh fokus 3 perkara dalam 1 masa, aku salute, sebab aku tak boleh. Lagi best aku tengok, sambil buat kalkulus boleh sumbat telinga dengan ipod dengar lagu, respect!

Thanks korang baca theory BPSF aku ni. Yang betul dari Allah dan yang salah dari aku sendiri. Ada idea pasal teori ni lagi, aku update for #2 pulak k? Insyaallah. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari =)

2 comments:

lizz said...

hebat kau!!! daripada gambar, boleh buat entry macam ni details. kagum. aku sengal sikit bab gambar ni.hahahaa

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

lizz:

Alhamdulillah, my brain berfungsi dengan baik sekali lepas sahur.. ehehhe~