Showing posts with label KRU studio. Show all posts
Showing posts with label KRU studio. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

29 Februari: budi yang terkena sumpahan! by shahroll

Tuesday, July 10, 2012


As salam, hello readers...


Filem yang dijangkakan akan menemui penonton di pawagan pada 30 Ogos 2012 mengisahkan seorang jejaka bernama Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Tahun lompat la kan?

 Remy di stadium merdeka

Dikatakan filem ini filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia. Dengan kepakaran KRU dalam bidnag CGI yang tiada tolok bandingannya dengan produksi filem Hollywood, aku rasakan banyak kejutan yang bakal ditemui dalam filem ni.

 Remy bersama kekasih hati, Lily (berbangsa Cina)

Sinopsis untuk filem 29 Februari:-

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Peperangan dengan Jepun!


Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.


Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

WHITE ONLY?? Racism!!!

Sunday, June 17, 2012

20 tahun KRU sangat AWESOME! by shahroll

Sunday, June 17, 2012


As salam, hello readers...


Aku bukan nak cerita pasal ulang tahun KRU yang ke-20 baru-baru ni. Bukan. Posting ini berkaitan dengan pengalaman aku yang membesar dengan lagu-lagu KRU sejak aku sekolah menengah. Lagu yang popular masa aku di sekolah adalah lagu "Jangan Lafazkannya"


Kinda jiwang, tapi not bad lah (masa tu)


Penubuhan awal KRU aku tak tahu sangat lah. Sekadar tahu group ni diasaskan oleh 3 orang adik beradik. Norman lead (captain) disusuli dengan Edry & Yusry. Bestnya pasal group KRU, mereka suka ber-experimental dan projek band, sampai sekarang!


Tahu MOJO? itu projek band Edry dengan Aweera. Pernah dengar lagu "Andai Ku Bercinta lagi"? Meletup-letup dekat stesen radio sekarang. Sentuhan Edry sememangnya "gila".




HAPPY SUNDAY!
enjoy!

Tuesday, November 08, 2011

From shahroll for Lisa Surihani! (must watch!)

Tuesday, November 08, 2011

Monday, December 20, 2010

The Malay Chronicles : Bloodline [Hikayat Merong Mahawangsa] by shahroll

Monday, December 20, 2010
As salam to all,


Sudah membaca newspaper online Kosmo today? Dalam segmen hiburan, aku tertarik dengan filem yang akan keluar pada 10 Mac 2011 ini yang dibuat oleh KRU Studio: Hikayat Merong Mahawangsa. Apa yang akan mendorong korang untuk melihat filem nie di pawagam?


superb poster: seperti Hollywood!

CGI. Dengan bantuan CGI, cerita ini menampakkan seperti filem keluaran luar negara, walhal filem yang diterbitkan adalah dari trio adik-beradik KRU, iaitu Norman, Yusry dan Edry (KRU Studio). Selain itu, dengan unsur-unsur / elemen percintaan dan jalan cerita yang menarik, sekaligus memantapkan filem nie. Cool kan? =D

photo courtesy: The Star Online


Kos filem yang menelan belanja sekitar RM8 juta, satu angka yang "kecil" untuk menghasilkan filem yang sebegitu hebat dari anak tempatan ini. Menurut Norman Abdul Halim, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk membawa filem Hikayat Merong Mahawangsa ke festival-festival filem yang sesuai untuk dipertandingkan (quote: Kosmo!).


Aku rasa, kalau dipertandingkan ke peringkat antarabangsa, sesenang je nie leh score award! Opps, terlebih confident kot? HAHA! sama-sama kita nantikan fiem epik Melayu yang terulung ini. =D 


So, what the next? tunggu je lah ye.. HAHA.. As salam...