Showing posts with label montage. Show all posts
Showing posts with label montage. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Corporate Montage: Mana korang boleh hire freelancer? by shahroll

Sunday, May 11, 2014



As salam, hello readers...

Hari Ahad aku terisi dengan satu tujuan yang jelas, iaitu dengan study balik perisian yang pernah aku selongkar 2 tahun lepas, Adobe After Effect. Masa tu aku dah agak mahir menggunakan walaupun masih sangkut-sangkut, tetapi terus tak guna sebab layan Sony Vegas tuk editing video.

perbincangan tahap 1 untuk buat montage korporat...

#1-Kenapa perlu pakai AE?
Bagi aku, AE ni tempat kau generate pelbagai animate untuk text. Lagi-lagi tentang motion graphic memang "mudah" buat dalam AE.


#2-Apa yang perlu dimahirkan dalam AE?
Layer, timing dan keyframe. 3 benda ni kalau korang master, boleh buat duit!


#3-Mana nak belajar AE secara percuma?
Bukak Youtube, cari tutorial yang bersesuaian dengan tahap pemahaman korang. Jangan push! nanti korang hilang mood nak belajar.


#4-Nak buat montage dengan Shahroll boleh ke?
Buat montage untuk apa? final project student? corporate event? company profile? boleh whatsapps shahroll kat 012-3437359 start price RM250/booking

Contoh project;


enjoy!


Tuesday, March 25, 2014

Belajar Camtasia Studio bersama Hafiz Rahman (HR Design) by shahroll

Tuesday, March 25, 2014



As salam, hello readers...

Semalam (24/3) bertempat di Restoren Hakim seksyen 7 Shah Alam bertemu dengan rakan yang agak lama tak jumpa lepak minum. Masakan tidak, masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri dan juga perniagaan yang dibina. Alhamdulillah, syukur!

Hafiz Rahman ni aku jumpa masa event Raya Korban dulu kat banting. Hebat baq ang dia neh. Pandai design bunting, flyers, banner semuanya cantik-cantik. Aku suka design yang kemas dan ringkas. Blog HR Design untuk tatapan korang.

Ok, semalam masa lepak-lepak santai, aku ada suruh dia bawak laptop. Ingat nak sembang pasal video profile syarikat untuk aku jadikan portfolio. Last-last kalih topik jadi belajaq pasai software "Camtasia Studio"

senang belajar perisian ni. Tak sampai sejam tak boleh buat sendiri

Dok sembang pasal buat montaj menarik yang bukan saja boleh dibuat dalam Sony Vegas 10, tapi aku nak cuba dengan perisian lain. Boring gak kadang tu. Sesekali kena la cuba dan cari ilmu baru kan?

Dekat kedai mamak pon jadi wehh...

Gambar atas tu Hafiz sedang ajaq aku macam mana nak guna mende alah ni. Pehtu aku tinju dia dengan soalan-soalan macam-macam. Sampai member menguap lah! HAHA! Tapi dia ok, sporting baq ang! Tengok gaya dah taw dak? HEHE...

Lepaih 15 minit lebih kurang, aku cuba sat. Memula kekok sket pehtu dah ok. Senang gila kot? Tak yah masuk kelaih leh pandai dah. Semua dah tersedia dalam tu, cuma pepandai hang la nak buat kasi cantik.

bereh dop?

enjoy!


Sunday, October 23, 2011

Finally i'm DONE! by shahroll

Sunday, October 23, 2011


As salam, hello readers...


Basah. Habis berpeluh badan. Bukan pergi ber-jogging pun, duduk hadap PC je. Happy sangat sebab dah siapkan montage KPP untuk event besar nanti pada bulan Nov. Amanat yang dipertanggungjawabkan kat aku akhirnya tercapai.


Dengan peng-exploran aku terhadap Sony Vegas 10 tak sia-sia. Bagus juga editing di dalam SV. Ingat aku nak modulkan dan boleh ajar pada kawan-kawan yang lain. Don't worry, aku boleh ajar step paling simple! HAHA.


interface SV 10

Aku tak render lagi montage ni dan aku akan load kan ke dalam Youtube (channel shahroll) selepas event selesai. Right now just mintak pandangan Timbalan Presiden kelab dulu, kalau ok, baru aku render (malas nak render banyak kali) haha...

Now boleh buat benda lain pulak.. kaccchingggg!!

Enjoy!

Sunday, October 16, 2011

Best ke pakai Sony Vegas 10? jawapannya ada disini! by shahroll

Sunday, October 16, 2011


As salam, hello readers...
*Entry ini ada kaitan dengan entry INI*


Dalam masa 2 hari tak update belog, aku banyak "buang" masa untuk mendalami pembikinan montage. Aku jarang buat montage. Memang tak pernah buat pun. Berkat dari membaca tutorial PDF+Youtube, dapatlah aku sedikit ilmu berkenaan dengan montage ni.


Apa itu montage?


a technique which uses rapid editing, special effects and music to present compressed narrative information via Wikipedia

Aku ditugaskan untuk membuat 1 montage untuk event akan datang. Dan sekarang, bahan-bahan untuk membuat montage yang dipinta, belum 100% ada dalam tangan aku. Susah sikitlah aku nak buat.


Dalam masa yang sama, aku terfikir software apa yang best untuk buat montage yang simple+look corporate+professional. So, bila taip dalam Google, dalam Yahoo Answer aku dapat "Sony Vegas 10".


Nak download free dalam website, memang tak dapat lah. Last-last aku pergi beli kat Klang [Centerpoint]. Aku tanya tokey tu pasal software sony tu, terus dia carik dalam rak simpanan. Nah! Settle masalah aku.


Sebelum aku beli, aku dah baca banyak tutor pasal nak guna software tu. Takut dah beli, sia-sia je tak reti nak gunakan. Rasa macam berbaloi beli, aku shoot terus lah. Sebelum ni, aku pernah pakai Pinnacle Studio, Adobe Premier dan tentunya Movie Maker (senang je ni!) HAHA!


work-space in Sony Vegas 10!

Lepas aku beli, timbul masalah pulak nak install. Aduhhh! 6 kali owhh repeat mende yang sama. Aku semacam dah give-up, kenapa crack yang dibagi tak boleh nak guna? Aku baca balik guide yang ada dalam Notepad dalam CD tu, rupanya aku salah letak kat folder lain! Ishhh~ mende kecik cam tu boleh pulak miss look! huhu~

Aku banyak main try and error malam semalam. Sampai lebam lah aku try and keep try. Lepas dah susun track (time-frame) cantik-cantik, timbul satu masalah lain. Nak render montage tu! Aku banyak failed kat sini.

Satu persatu aku cuba render, last sekali aku tengok format VLC media file cukup cun! (format .mp4) Bila dah dapat yang cun punya format, 1 masalah lagi, iaitu ada paparan nama file pulak dalam montage bila di mainkan dalam player.

Aku carik jawapan dalam forum-forum VLC. Sekali dapat jawapan dia! korang nak tahu cam mana dorang hilangkan mende alah tu? ok, ni jawapannya:-

Q:How to remove the file name from VLC window?
A: A following setting works for me:
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - Simple >> Subtitles & OSD: On Screen Display - [] Show media title on video start
or 
Tools >> Preferences (Ctrl+P) >> Show settings - All >> Video: [] Show media title on video sumber:HERE


Dah setel! cam ni lah cara aku belajar sesuatu ilmu baru. Cari tutor then kalau tak paham, tengok je Youtube. HUHU~ Aku dah bikin satu montage contoh untuk tatapan korang. Kalau tak best, sila nyatakan kenapa, dan kalau best pun, nyatakan kenapa. Ye? Boleh aku nak improve lain masa dan projek akan datang =D


Layannnnnn~[untuk versi Youtube, sila ke SINI]