As salam, hello readers...
Seperti yang aku janjikan pada post lepas, aku akan buat full review untuk mempromosikan filem untuk Kumpulan Sepah yang mana kita sedia maklum akan group ini sudah pun secara official, mamat dah keluar dari kelompok SEPAH itu sendiri.
Walaubagaimana pun, komitmen tetap menjadi keutamaan bila mana filem ini akan keluar menemui peminat-peminat SEPAH yang telah berhempas pulas mengundi, mempromote group SEPAH ini sejak dari rancangan Raja Lawak lagi.
Unofficial Movie Poster by SH iMAGE
Bagi penerbit filem ini Hasni Maulod, mengakui yakin filem tersebut mampu dijayakan walaupun kumpulan Sepah telah berpecah. Beliau percaya ketiga-tiga bekas ahli kumpulan Sepah mampu memberikan komitmen.
Filem Sepah The Movie juga bakal dijayakan oleh pelakon Jehan Miskin, Yus Jambu, Asrul Raja Lawak, Anzalna Nasir dan Ramona.
Sedikit sinopsis akan filem SEPAH THE MOVIE:-
Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.
Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.
Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah .
Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.Namun semuanya gagal.
Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?
Nantikan kemunculan filem komedi cinta ini di pawagam berhampiran korang! Jyeahhhh!!
Enjoy!
No comments:
Post a Comment