Thursday, May 09, 2013

Photoshop skill: Latar belakang hijau (Oh Mak Kau) dengan tambahan gambar by shahroll




As salam, hello readers...

Untuk sesi pembelajaran edit mengedit ni kita teruskan dengan gambar yang di shoot berlatarbelakang kan kain hijau atau "green background" yang biasa digunakan untuk menyenangkan para designer untuk mereka bentuk poster filem.

Aku gunakan gambar Syamsul Yusof dari filem OH MAK KAU

Gambar asal

Sebelum nak edit gambar asal diatas, aku nak tanya korang. Apa konsep yang korang nak garap dalam gambar editing korang tu? Apa yang nak ditonjolkan? So, macam aku simple je. Nak buat macam dalam keadaan "Dark" dan "Jahat". Yelah, dalam filem OH MAK KAU, Syamsul ni watak jahat. Dari situ, aku create idea seperti tu.

Bahan-bahan editing kena cari kat Google Image la ye.

Ini antara bahan yang aku gunakan sebagai ganti warna hijau kat belakang tu dan "rencah" lain.

sebagai latarbelakang utama 

yang ini aku ambil warna oren-jingga dia saja

sebagai latarbelakang kedua



Bila bahan dah ada, senang lah nak buat kerja. Buka Adobe Photoshop (aku guna CS3) buka semua file gambar yang korang ada.

Langkah peng-editan cepat dan tangkas!

#1- Gambar asal di lasso kan dengan lasso yang flexibel.
#2- Tarik gambar asal ke tempat lain. Buka "New" dan set kan paper A4
#3- Ambil "Eraser" dan pelan-pelan gosok bahagian yang ada serpihan-serpihan hijau. Last sekali "Blur" kan edge gambar kasi cun.

Siap yang tu, buat yang ni pulak.

#4- Ambil gambar-gambar yang korang nak ubah tu, masukkan ke dalam gambar yang dah clean tadi. Tarik masuk, dan letak kat belakang (background utama)

#5-Mainkan cahaya, warna, level untuk mencantikkan background dengan subjek.

#6-High-pass (2.0) blending dan last sekali "Flattered Image"

Hasil akhir

sebelum dan selepas

enjoy!

2 comments:

Bro Framestone said...

Fuuuhhhh itu je aku boleh cakao

www.broframestone.com

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

hahha~ tq...