Thursday, July 26, 2012

(How to) Duo-tone editing picture by shahroll



As salam, hello readers...


Duo-tone merupakan salah satu teknik editing yang aku rasa semua orang boleh buat dengan senang dan mudah. Jika bukan dengan photoshop sekalipun, korang boleh dapatkan hasil yang sama.


Disebabkan aku pengguna tegar CS2 photoshop, aku nak ajar korang ilmu yang simple dalam posting kali ni.


Nak tahu pasal lanjut tentang duo-tone, baca kat SINI. Senang cerita, duo ni adalah percampuran antara dua warna asas yang digunakan sebagai latar belakang foto korang.


Contoh?


Aku pakai warna biru campur dengan kuning. Dengan itu, hasil daripada percampuran tersebut dapat dilihat dalam gambar di bawah ini;


warna biru dapat dilihat pada lengan model

Editing aku tak lembut. Masih nampak kasar. So kalau korang nak lembutkan lagi pewarnaan dalam gambar korang, boleh ejas-ejas dalam bahagian [Ctrl+B] ataupun [Ctrl+L]

Cara nak manipulasikan gambar diatas seperti berikut;

1) Buka C2 photoshop. Buka file gambar.
2) Dalam menu bar, pilih> image> Adjustment> Desaturate
3) Selepas tu, sila tekan [Ctrl+J] (untuk copy gambar)
4) Letakkan warna biru (gradient tool) diatas file gambar yang di-copy tadi (opacity 60% - Normal)

5) Compile-kan gambar dengan cara: Layer> Flatten Image
6) Sesudah itu, copy lagi sekali gambar yang sudah diletakkan warna biru
7) Masukkan pula warna kuning (gradient tool) dan opacity 40% - Normal
8) Siap! =)

Selamat mencuba k? Jangan lupa share dengan aku korang nyer hasil kerja.
enjoy!

No comments: