Sunday, September 08, 2013

Adakah mempunyai blog mampu menjana peningkatan penjualan? by shahroll




As salam, hello readers...

Tajuk dah macam ayat dalam TV. Seriusli. Entah macam mana boleh dapat idea nak letak tajuk tu. Mungkin 2-3 hari ni aku mendapat "ilham" setelah berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Rakan-rakan dalam whatsapps juga banyak membantu dalam penyumbangan idea berkenaan.

Soalan berbentuk begini agak panjang lebar untuk ditulis. Tapi, kalau bercerita dari sisi pengalaman aku sendiri, mungkin boleh jadi korang nyer guideline dalam handling blog dan social media yang lain.

Aku bermula dengan penggunaan Fotopages masa mula-mula memasarkan perkhidmatan fotograpi. Agak lama juga sebelum menggunakan Wordpress dan juga blogspot. Masa tu memang banyak eksperimen dengan site-site yang membantu aku untuk meningkatkan sale.

picture: Google Image

Masa tu Facebook tak popular lagi. Apatah lagi Twitter dan Google Plus.

Maka, inisiatif sendiri untuk push harder dengan apa yang ada. Contoh senang, masa kegemilangan Myspace, ramai menggunakan Myspace untuk market kan music-music Indie, btol? And now kebanyakkan pemusik Indie berpindah ke SoundCloud tak pon Youtube.

Mencari crowd.

Sekarang bila dah naik medium blog, maka fokus dan usaha mula kearah blogging. Seriusli dulu aku rasa macam "entah apa-apa" bila taip post by post tanpa hiraukan statistik. Sekarang, bukan setakat nak naikkan stat je, nak tulis tajuk pon kadang-kadang fikir banyak kali.

Bagi aku, bila menggunakan di tempat medium yang betul, crowd yang ramai Insyaallah sale itu ada tapi tak banyak. Suka aku ingatkan yang benda-benda ni semua hanya "tools" untuk awareness untuk orang ramai tahu perkidmatan dan bisnes korang. Selebihnya terpulang kepada viewers untuk menilai.

"Jika tiada alatan yang sesuai digunakan, hapuskan saja"- SH

enjoy!

No comments: