Showing posts with label malays drama. Show all posts
Showing posts with label malays drama. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Teduhan Kasih: Apa kekuatan drama ni? by shahroll

Monday, June 10, 2013



As salam, hello readers...

Lama aku tak wat review drama secara percuma nih. Macam aku cakap dulu, drama yang berkualiti dan bagus saja aku review dalam blog aku. Maka, kalau ada drama yang termasuk dalam blog ni, maknanya? Hah! Pandai! memang berkualiti lah drama yang dihasilkan tu.

Teduhan Kasih.

Apa yang best pasal drama ni? Sebab ada Ady Putra ke? Ada Nabila Huda? atau Liza Abdullah? 

macam poster drama Filipino pulak.. HAHA!

Kalau korang nak sinopsis drama ni, may be boleh Google dalam blog orang lain la eh? Aku cuma cuit sikit-sikit pasal drama Hotlovers ni skang di TV3. Drama ni boleh dikatakan 98% sempurna dari segi plot cerita, pemilihan pelakon, lagu yang digunakan dan lokasi.

Aku tak sentuh pasal sinematograpi sebab biasa je.

Pelakon yang terpilih membawa watak dengan begitu jitu dan berkesan. Watak antagonis yang dibawa oleh Nabila Huda dan Zarina Zainuddin, cukup membuatkan aku meludah depan tv. HAHA! tak lah, acah je. Tak kurang juga watak mak tiri si Effa tu, nak je aku cili-cili kan orang tua cam tu!

Ady Purta sebagai Ehsan memang diakui terbaek lah! Secara realiti, lelaki seperti Ehsan 10001 dalam dunia ni kot? Dah nama drama kan? HAHA. Sherry watak dia slow, dan banyak main emosi dalaman. Fuh! ini susah weh. Seriusli, aku tak berapa kenal sangat dengan pemilik nama Sherry Ibrahim. Mungkin next project leh dok lepak ngan Effa.

Shah Iskandar dengan watak RIzal nyer alahai, NYAMPAH gila! Dayus! haha.. berkesan lakonan lu bro. Seb baik tak meludah je depan tv tu. (lagi sekali!) hehe. Kali ni, lu memang menyerlah bro. kudos!

Lagu?

Lagu lantunan dari Hyper-Act tak mengecewakan. "Hanya Aku" this is strong song! Tambah dengan vokal Roni, menjadikan lagu ni "berjiwa" dan sesuai dengan drama ni. Syabas!

enjoy!

Sunday, November 11, 2012

(Drama Melayu) Anak Lorong by shahroll

Sunday, November 11, 2012



As salam, hello readers...

Malam tadi sempat menonton drama di slot cerekarama TV3 yang mana lakonannya dibarisi pelakon handalan seperti Rita Rudaini, Syafie Naswip, Fiza,Farhana dan lain-lain. Tajuk cerita diberi judul "Anak Lorong". Apa ceritanya disebalik judul yang diberikan?

Lebih kurang cam ni. Menceritakan dan mempertontonkan kepada kita bagaimana mereka-mereka tergolong dalam golongan yang dihimpit dengan ketidaksempurnaan kasih sayang, kekurangan ajaran agama, kekurangan duit serba-serbi kekurangan lah senang cerita.

Rita dan Fiza dalam cerita ni membawa watak sebagai ibu tunggal yang bekerja di rumah urut, atas sikit daripada "pelaj" (read: pelacur). Menggunakan barangan terlarang (dadah) untuk pelanggan-pelanggan yang melanggan mereka. Satu scene yang klise dalam cerita Melayu sebenarnya bila seorang janda atau single mother mesti kerja begitu? Please kepada pengeluar drama, cari idea lain.

pelakon hebat: Rita Rudaini

Lakonan Syafie Naswip dan Farhana amaze me. Why? Walaupun Syafie lebih tampak matang dari segi lakonan, Farhana yang masih baru dapat "mengejar" apa yang disampaikan oleh Syafie dan Farhana berjaya melakukannya dengan baik. Watak Syafie sebagai abang kepada seorang adik cukup menyedihkan. Bekerja sebagai pembantu gerai di warung tepi jalan untuk menampung perbelanjaan walhal dia masih lagi belajar.

Dengan kesempitan begitu, tawaran menjadi pencuri kasut di masjid-masjid membuatkan Syafie tiada pilihan. Sekadar ingin mencuba "kerja baru" itu yang diketuai oleh Nurul Iman (anak tokey gerai Syafie kerja) menjadikan dia lebih gelap mata dengan hasil pendapatan haramnya itu.

Pelakon mantap: Syafie Naswip

Watak Farhana sebagai anak kepada Rita Rudaini agak mencabar kerana, dia sebagai "reminder" dan "motivator" kepada keruntuhan akhlak-akhlak orang yang berada di sekeliling dengannya. Mana kan tidak, ibu-ibu mereka dah lah bekerja sebagai pelaj, Syafie pula mencuri tekanan yang dipikul amatlah berat. Namun, dengan asakan bertubi-tubi nasihat yang dilontarkan, membuahkan hasil juga akhirnya.

Pelakon pelapis wanita: Eyka Farhana

Tahniah kepada penerbit dan produksi house yang buat cerita ni. Walaupun cerita ini seperti percampuran filem "Anak Halal" dan juga "8 Jam", aku rasakan ia satu naskah yang baik untuk mengajar masyarakat untuk sama-sama membantu anak-anak yang terbiar seperti apa yang digambarkan dalam drama tersebut.

Good job! enjoy...

Thursday, July 05, 2012

Rahsia Hati: Paduan mantap Sari Yanti+Sharnaaz Ahmad+Aiman Hakim Ridza by shahroll

Thursday, July 05, 2012


As salam, hello readers...


Malam tadi (rabu malam) satu drama Melayu ditayangkan di TV9. Mata terpaku depan tv sebab ada pelakon Sari Yanti yang comel tu. Terus melekat sampai ke habis cerita. Not bad drama lah cinta+admire. Cinta kolej yang biasa kita tonton.


sumber gambar: Facebook

Menceritakan Emma (lakonan Sari Yanti) yang minat sangat sangat kat mamat di kolej dia belajar (Unisel) tetapi ada halangan sebab Rahim (lakonan Sharnaaz) dah ada yang punya. Punyalah admire kat Rahim, sanggup buat macam-macam untuk dekat dengan lelaki pujaan. Biasalah budak-budak nyer style "bercinta" kot? =p

jejaka idaman malaya

Dirumah pula, Emma berjiran dengan Kas (lakonan Aiman Hakim) dimana Kas telah lama menyimpan rasa cinta di dalam hatinya untuk si Emma (ammboih ayat) tetapi Emma tak sedar akan hal tu. Yang Emma tahu, cuma Rahim.

Dalam misi untuk memikat Rahim, Emma merancang 1 plan tindakan untuk dekat dengan Rahim. Kalau dah admire tu, memang gila punya plan! Sanggup tipu Rahim mengidap "lupa ingatan" setelah dilanggar tak seberapa oleh Rahim semasa nak reverse kereta. Erk?

lakonan bersahaja...

Dengan cara sedemikian, dapatlah Emma dekat dengan Rahim setelah Rahim membawanya balik ke rumah. Nasib baik Rahim duduk dengan kakaknya. Si Emma ingat Rahim sudah berkahwin, tetapi jangkaanya meleset. Peluang masih ada! Siap masak kat rumah Rahim tu! pergh! Cinta mati lah.

Sampai lah satu hari, masa Emma dan Rahim pergi ke supermarket untuk beli barang dapur, terserempak dengan Kas dan emaknya. Then, sampai ke sudah Emma ni "menipu" yang dia ni hilang ingatan. 

Di ringkaskan, setelah kantoi dengan Kas (masa tu Kas curi-curi dengar) Kas bawak diri ke Penang sebab tak  dapat terima situasi tersebut. Tapi last-last, Kas jugak dapat si Emma setelah Emma membaca buku (diary) Kas yang mana dalamnya ada gambar-gambar dia dan Kas. Tambah lagi, ayat-ayat cinta+jiwang karat yang aku tak lalu nak tulis kat post ni. HAHA!

Santai drama ni, love it. Good job korang bertiga =)

enjoy!

Wednesday, November 09, 2011

Twitter update about Soffiya : Drama Melayu TV3 by shahroll

Wednesday, November 09, 2011

Kenapa nak bawak diri je kena pergi UK? 

Dengar lagu hafiz-masih jelas teringat 

 finally done. harus mncoba ut tdk terjebak ngn .. =__='

"Mungkin di mata orang lain awak tak cukup sempurna, tapi bagi saya, awak lah segala-galanya." 

true!  RT  kan? dia punya ending macam rushing la. tetiba nak tunjuk semua summary

Sedeyhhhhhh laa.... smlm rindu mimpi cerita bersambungg... nnt anak fiona kawen ngan anak sofiya ~ nnt anak hariz buat kacau . huhu

 is trending in malaysia. Shows that malaysian do support the local dramas.

"In other people's eyes you might not perfect but to me , you're my everything" 

Dugaan Allah itu hebat...begitu juga nikmat DIA. saya percaya takdir Allah itu indah ♥ --

Eeee boring la 

Now waiting patiently for my favorite malay drama.. in front of the telly!

 last episode harini. Kalau boleh nak Sofi dengan Ilyas sebab itu true love dia. Tapi mestilah dia pilih Kamal kan sebab itu suami.

Antara titipan-titipan dari penggemar drama Melayu tulen, Soffiya. Actually aku tak lah hardcore sangat tengok drama Melayu, but aku sedar yang semakin lama drama Melayu meningkat naik. Syabas kepada tenaga kerja/ pembikin drama tempatan yang mampu membawa dimensi baru dalam rancangan drama dari Malaysia.

Cuma, aku harap penggunaan lagu-lagu tu biarlah lagu dari Malaysia juga. Dalam Soffiya tak kot.

Apa komen peminat TIZ ZAQYAH? heee.. cer komen cer komen...