Showing posts with label rahsiahati. Show all posts
Showing posts with label rahsiahati. Show all posts

Thursday, July 05, 2012

Rahsia Hati: Paduan mantap Sari Yanti+Sharnaaz Ahmad+Aiman Hakim Ridza by shahroll

Thursday, July 05, 2012


As salam, hello readers...


Malam tadi (rabu malam) satu drama Melayu ditayangkan di TV9. Mata terpaku depan tv sebab ada pelakon Sari Yanti yang comel tu. Terus melekat sampai ke habis cerita. Not bad drama lah cinta+admire. Cinta kolej yang biasa kita tonton.


sumber gambar: Facebook

Menceritakan Emma (lakonan Sari Yanti) yang minat sangat sangat kat mamat di kolej dia belajar (Unisel) tetapi ada halangan sebab Rahim (lakonan Sharnaaz) dah ada yang punya. Punyalah admire kat Rahim, sanggup buat macam-macam untuk dekat dengan lelaki pujaan. Biasalah budak-budak nyer style "bercinta" kot? =p

jejaka idaman malaya

Dirumah pula, Emma berjiran dengan Kas (lakonan Aiman Hakim) dimana Kas telah lama menyimpan rasa cinta di dalam hatinya untuk si Emma (ammboih ayat) tetapi Emma tak sedar akan hal tu. Yang Emma tahu, cuma Rahim.

Dalam misi untuk memikat Rahim, Emma merancang 1 plan tindakan untuk dekat dengan Rahim. Kalau dah admire tu, memang gila punya plan! Sanggup tipu Rahim mengidap "lupa ingatan" setelah dilanggar tak seberapa oleh Rahim semasa nak reverse kereta. Erk?

lakonan bersahaja...

Dengan cara sedemikian, dapatlah Emma dekat dengan Rahim setelah Rahim membawanya balik ke rumah. Nasib baik Rahim duduk dengan kakaknya. Si Emma ingat Rahim sudah berkahwin, tetapi jangkaanya meleset. Peluang masih ada! Siap masak kat rumah Rahim tu! pergh! Cinta mati lah.

Sampai lah satu hari, masa Emma dan Rahim pergi ke supermarket untuk beli barang dapur, terserempak dengan Kas dan emaknya. Then, sampai ke sudah Emma ni "menipu" yang dia ni hilang ingatan. 

Di ringkaskan, setelah kantoi dengan Kas (masa tu Kas curi-curi dengar) Kas bawak diri ke Penang sebab tak  dapat terima situasi tersebut. Tapi last-last, Kas jugak dapat si Emma setelah Emma membaca buku (diary) Kas yang mana dalamnya ada gambar-gambar dia dan Kas. Tambah lagi, ayat-ayat cinta+jiwang karat yang aku tak lalu nak tulis kat post ni. HAHA!

Santai drama ni, love it. Good job korang bertiga =)

enjoy!