As salam, hello readers...
Malam tadi sempat menonton drama di slot cerekarama TV3 yang mana lakonannya dibarisi pelakon handalan seperti Rita Rudaini, Syafie Naswip, Fiza,Farhana dan lain-lain. Tajuk cerita diberi judul "Anak Lorong". Apa ceritanya disebalik judul yang diberikan?
Lebih kurang cam ni. Menceritakan dan mempertontonkan kepada kita bagaimana mereka-mereka tergolong dalam golongan yang dihimpit dengan ketidaksempurnaan kasih sayang, kekurangan ajaran agama, kekurangan duit serba-serbi kekurangan lah senang cerita.
Rita dan Fiza dalam cerita ni membawa watak sebagai ibu tunggal yang bekerja di rumah urut, atas sikit daripada "pelaj" (read: pelacur). Menggunakan barangan terlarang (dadah) untuk pelanggan-pelanggan yang melanggan mereka. Satu scene yang klise dalam cerita Melayu sebenarnya bila seorang janda atau single mother mesti kerja begitu? Please kepada pengeluar drama, cari idea lain.
pelakon hebat: Rita Rudaini
Lakonan Syafie Naswip dan Farhana amaze me. Why? Walaupun Syafie lebih tampak matang dari segi lakonan, Farhana yang masih baru dapat "mengejar" apa yang disampaikan oleh Syafie dan Farhana berjaya melakukannya dengan baik. Watak Syafie sebagai abang kepada seorang adik cukup menyedihkan. Bekerja sebagai pembantu gerai di warung tepi jalan untuk menampung perbelanjaan walhal dia masih lagi belajar.
Dengan kesempitan begitu, tawaran menjadi pencuri kasut di masjid-masjid membuatkan Syafie tiada pilihan. Sekadar ingin mencuba "kerja baru" itu yang diketuai oleh Nurul Iman (anak tokey gerai Syafie kerja) menjadikan dia lebih gelap mata dengan hasil pendapatan haramnya itu.
Pelakon mantap: Syafie Naswip
Watak Farhana sebagai anak kepada Rita Rudaini agak mencabar kerana, dia sebagai "reminder" dan "motivator" kepada keruntuhan akhlak-akhlak orang yang berada di sekeliling dengannya. Mana kan tidak, ibu-ibu mereka dah lah bekerja sebagai pelaj, Syafie pula mencuri tekanan yang dipikul amatlah berat. Namun, dengan asakan bertubi-tubi nasihat yang dilontarkan, membuahkan hasil juga akhirnya.
Pelakon pelapis wanita: Eyka Farhana
Tahniah kepada penerbit dan produksi house yang buat cerita ni. Walaupun cerita ini seperti percampuran filem "Anak Halal" dan juga "8 Jam", aku rasakan ia satu naskah yang baik untuk mengajar masyarakat untuk sama-sama membantu anak-anak yang terbiar seperti apa yang digambarkan dalam drama tersebut.
Good job! enjoy...
No comments:
Post a Comment