Saturday, September 26, 2015

Ada apa dengan Pantai Remis? by shahroll




As salam, hello readers...

Bagi mereka yang duduk sekitar lembah Klang, mesti tahu Pantai Remis ni kan? Pantai ni terletak di kawasan Jeram (Kuala Selangor) merupakan pantai yang kurang popular berbanding dengan pantai-pantai yang ada di Malaysia. Kalau orang Jeram tu, mesti tahu apa yang ada di pantai ni kan?

udang segar dari penjual di Pantai Remis

Aku dan family singgah disini untuk membeli hasil laut yang ada dijual oleh penjual-penjual kat sini. Hari raya haji, tak ramai yang buka gerai. Ada seorang dua yang membuka gerai ikan basah dan masin. Melihatkan yang membuka gerai pun tak ramai, maka aku singgah kedai yang pertama.

Banyak juga hasil-hasil laut yang dijual. Nak kata mahal, tak juga. Kira sedang-sedang lah kiranya. Apa yang aku beli kat sini?

udang, ikan, retak seribu dan kepelbagaian ikan masin

Aku membeli 3 ekor ketam bunga biru sederhana besar, udang 500gram dan sebungkus retak seribu dengan keseluruhan harga RM50. Berbaloi tak rasa-rasanya? Aku tanya kat bapak aku, dia kata "boleh lah"

Udang sekilo kat sini RM46. Itu yang aku beli setengah kilo je. Then ketam tu lebih kurang RM17 dan retak seribu tu sebungus RM10. Kalau berkeluarga dan ada 7 orang, boleh bertahan untuk 2-3 hari. Kalau duduk bujang, boleh la kot tahan seminggu?

Apa pun, aku suka membeli kat kawasan sini. Segar dan harga boleh nego-nego sikit dengan penjual. Penjual pun tak la potong harga murah sangat tapi berpatutan la kalau beli kat tempat lain macam supermarket kan?

enjoy!




No comments: