Showing posts with label harimau muda. Show all posts
Showing posts with label harimau muda. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Jersey Malaysia+Subway by shahroll

Monday, November 28, 2011


As salam, hello readers...


Masih dalam berkeadaan cuti hari ni ye? Patutlah Klang pon clear je traffik. Kalau lalu di Tengku Kelana (menghala bandar Klang) kat situ sure jammed! Semalam berjalan dengan family, lancar je perjalanan. Ramai balik ke kampung halaman masing-masing, tekaan aku lah =D


Mana yang bekerja, selamat bekerja.


Ok, last week masa pertembungan Malaysia Vs Indonesia aku sempat membeli belah di salah sebuah kedai sukan yang mempunyai banyak cawangan di serata tempat. Tak yah cakap lah kedai apa, dalam gambar korang sure pernah pergi punya.



Al-Ikhsan sport store...

Pada awalnya aku datang cuma nak tengok-tengok apa yang ada kat dalam kedai ni. Dan, hajat nak beli jersey Malaysia ada juga. Tapi agak sikit kecewa bila jersey Kuning+Hitam tu cuma ada size L. Aku boleh pakai L, cuma nanti perot nampak sikit fit la.

Memang ngam-ngam soi~ tapi x selesa bila nak beraksi (sorak je pon~)

So, setelah membelek-belek jersey kaler biru, aku rasa cam best terus beli. Ori katanya. Ok fine, sekali seumur hidup beli barang ori untuk kepuasan sendiri, ok what? huhu...






simpan baik punya dalam almari pas pakai hari tu.. HAHA

Dah beli barang harganya agak boleh tahan, kedai tu ada bagi gift la tuk menghargai pelanggan yang lebur duit kat kedai depa nuh. Aku amek beg 4 segi tu, ala cam beg mat rempit tu le,

Aku tak pakai pon..~

Last sekali, aku pi makan dekat.....

enjoy!

HARIMAU MUDA (2) BAHRAIN (3) : Tahniah Bahrain! by shahroll

Monday, November 28, 2011


As salam, hello readers...


Balik je kat rumah, dapat menonton siaran TV1 untuk separuh masa kedua Malaysia menentang Bahrain. Dengan pendahuluan 1-0, dah disemarakkan lagi dengan penambahan gol kedua Malaysia, aku mampu senyum kelat bila mana Bahrain dalam minit ke 81, "menikam" Malaysia dengan rakus sebanyak 3 gol!


Nasib? Tiada rezki Malaysia? Taktikal Malaysia lemah?


Korang sendiri tentukan. Aku cakap lelebih, kena lazer ngan penyokong "tegar" pulak. Sudahnya, hakikat Bahrain yang mana rank bolasepak dia dengan Malaysia jauh lebih rendah kalau nak dibandingkan.


HARIMAU MUDA masih penat?


Nazmi bermain dengan cemerlang malam ini. Begitu juga dengan penjaga gol kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat.


Apa pun, Harimau jangan mudah putus asa ok? tingkatkan usaha lagi!


enjoy!

Tuesday, November 22, 2011

BERITA TERKINI : Muka Depan paper Kosmo! HARIMAU MUDA BAHAM GARUDA MUDA!! by shahroll

Tuesday, November 22, 2011



KUALA LUMPUR –Skuad Harimau Muda berjaya membuktikan kehebatan apabila membaham laskar Garuda pada final bola sepak Sukan SEA sekaligus menghadiahkan pingat emas kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.
Disifatkan sebagai ibu segala pingat emas, ia memperlihatkan pasukan Malaysia bermain sepenuh jiwa dan raga untuk negara di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Meskipun dihujani dengan pelbagai provokasi dari penyokong-penyokong serta media tuan rumah, skuad Harimau Muda bimbingan jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, tetap gagah untuk berjuang sehingga ke saat akhir perlawanan yang penuh mendebarkan.
Bermula dengan jaringan awal pada minit ke-5 oleh pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, stadium Bung Karno yang dibanjiri lebih 100,000 orang penyokong fanatik negara jiran gamat berpesta meraikan gol tersebut.
Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 20 minit kemudiaannya, pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar, bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.
Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA itu menjadi semakin sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertali arus mengatur serangan demi serangan.
Meskipun ditekan dengan permainan kasar dan ‘tackle’ keras yang dilakukan pemain Indonesia, Harimau Muda tetap konsisten dengan mempamerkan gerakan-gerakan merbahaya yang mencemaskan pintu gol lawan.
Namun, kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat.
read more: HERE
enjoy!

Monday, November 21, 2011

Jersey baru untuk menyokong HARIMAU MUDA malam ini!! by shahroll

Monday, November 21, 2011


As salam, hello readers...


Ada lagi beberapa jam untuk sampai ke jam 8.30 malam ini. Acara apa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia dan juga Indonesia? Tak lain dan tak bukan, ia berkaitan dengan bolasepak dimana malam ini, Malaysia (Harimau Muda) akan menentang habis-habisan terhadap Indonesia (Garuda Muda)


Skuad bawah 23 tahun ini sama-sama mempamerkan aksi yang hebat sewaktu di dalam kumpulan lagi. Malaysia yang bertemu sekali lagi dengan skuad Indonesia nampaknya memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk melawan Garuda Muda yang corak permainannya agak pantas.


siapa Raja Asia Tenggara?
Harimau atau Garuda?

Untuk acara final juga, aku rasa tak rugi untuk berbelanja sedikit untuk membeli jersey skuad Malaysia yang Original! hehe. Selama ni pakai yang cetak rompak la eh? boleh la dikatakan begitu. Now NO MORE!!

Lunch tadi aku sempat rayau-rayau kat store Al-Ikhsan cawangan Shah Alam. Pada awalnya aku nak beli yang Hitam+Kuning, but size XL tak ada pulak! Terpaksa ambil yang Biru punya.
Its ok lah. Cun jugak!! hehehe~

Aku bertanya kepada awek yang jadi promoter kat situ, yang hitam+kuning tu bila stok baru nak sampai. Serius lawa dowh! Ok, fine aku bukan nak mengorat pon! hee~ dia kata minggu depan! Ok lah, aku beli yang biru ni dulu, yang kuning minggu depan (khas untuk support Malaysia ke Olympic)

Harga untuk jersey yang aku beli di store Al-Ikhsan RM199. Dan korang dapat free gift berupa beg atau payung atau botol air yang exclusive. Aku pilih beg lah sebab beg dia lawa.

Kemana kita malam ni? Aku dengan kawan-kawan menyokong skuad Malaysia di RESTOREN HAKEM SEKSYEN 7 SHAH ALAM yang berdepan dengan restoren Pak Li. Hakem kat sini (Shah Alam) ada banyak tempat, tu yang kena mention Pak Li tu.

Ok guys! Minta pada Allah supaya U23 Malaysia mencapai kemenangan untuk bolasepak pada malam ini! 

enjoy!