Friday, July 29, 2011

Team Malaysia VS Team Singapura: Keep it up HARIMAU MALAYA! by shahroll



Salam Jumaat readers,


Entah mana silapnya, skuad Harimau Malaya seakan mengalami "pressure" yang agak tinggi di tempat sendiri berdepan dengan 90 ribu penyokong di stadium dan jutaan lagi yang menyaksikan perlawanan yang boleh dianggap epic. Bermula dengan kesebelasan utama negara, seakan pincang setelah Zakuan ditukar dengan pemain simpanan.


Fuhh~ macam ayat pengulas bola proffesional. Aku akui, ada beberapa part skuad Harimau Malaya kena baiki semula. Paling ketara bahagian pertahanan yang bagi aku memang longgar disitu. Pandangan dari seorang yang "noob" dengan arena bolasepak negara.


Singapura menang agregat 6-4 setelah kedudukan menjadi 1-1 dengan Malaysia. Beza 2 gol sahaja dengan Singapura, namun nasib berpihak kepada skuad Singapura yang mara ke peringkat yang seterusnya. TAHNIAH!


Apa yang rata2 orang bercakap pasal game malam nie?


1) Safee sali main sendirian tanpa ada back-up rakan sepasukan (ni pengulas tv tu cakap)
2) Pemain Malaysia kena kepong kaw-kaw dengan pertahanan Singapura
3) Pertahanan Malaysia yang longgar.
4) Banyak peluang berpihak pada Malaysia, tapi disia-siakan (takde luck kan?)
5) Tampak pemain Malaysia kurang memberi saingan (hanya bertahan, kurang menyerang) memang Singapura menguasai perlawanan.
6) Banyak "babak" jatuh-jatuh, sakit-sakit dan memang aku cakap DRAMA terbaik dalam perlawanan bolasepak!


Diatas hanya cakap-cakap or hearsay saja. No fact! kang ada pulak yang cedok mende ni kata this is FACT! ohooo~ kang sesilap kena saman ngan FAM plak. Bak kata abang bobby (member kelas aku) Defamation? kih3...



Dah 5 pagi. Wanna read book before pergi kerja. Oh, kelas Ekonomi petang nanti... Gyeeahh!!


Enjoy!

No comments: