Showing posts with label skuad harimau menang. Show all posts
Showing posts with label skuad harimau menang. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

BERITA TERKINI : Muka Depan paper Kosmo! HARIMAU MUDA BAHAM GARUDA MUDA!! by shahroll

Tuesday, November 22, 2011



KUALA LUMPUR –Skuad Harimau Muda berjaya membuktikan kehebatan apabila membaham laskar Garuda pada final bola sepak Sukan SEA sekaligus menghadiahkan pingat emas kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.
Disifatkan sebagai ibu segala pingat emas, ia memperlihatkan pasukan Malaysia bermain sepenuh jiwa dan raga untuk negara di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Meskipun dihujani dengan pelbagai provokasi dari penyokong-penyokong serta media tuan rumah, skuad Harimau Muda bimbingan jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, tetap gagah untuk berjuang sehingga ke saat akhir perlawanan yang penuh mendebarkan.
Bermula dengan jaringan awal pada minit ke-5 oleh pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, stadium Bung Karno yang dibanjiri lebih 100,000 orang penyokong fanatik negara jiran gamat berpesta meraikan gol tersebut.
Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 20 minit kemudiaannya, pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar, bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.
Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA itu menjadi semakin sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertali arus mengatur serangan demi serangan.
Meskipun ditekan dengan permainan kasar dan ‘tackle’ keras yang dilakukan pemain Indonesia, Harimau Muda tetap konsisten dengan mempamerkan gerakan-gerakan merbahaya yang mencemaskan pintu gol lawan.
Namun, kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat.
read more: HERE
enjoy!

Friday, November 18, 2011

WE ARE THE CHAMPIONS "HARIMAU MUDA" by shahroll

Friday, November 18, 2011
As salam , hello readers...


Apa boleh diperkatakan lagi, Malaysia MENANG bergaya di Sukan SEA XXVI yang melawan Indonesia lewat petang tadi (Jam 8 malam). Malaysia 1, Indonesia 0


Walaupun secara peribadi, aku rasakan lebih banyak GOL dapat disumbat ke dalam gawang Indonesia, tetapi peluang itu di sia-siakan, bahse sedap sikit, tak de rezki!


Khairul Fahmi sentiasa fokus dan konsisten walaupun mung banyak kontroversi Apek, kawe sokong mung sebab macho betol permainan demo tadi! kemah3..~


Jangan terlalu gumbira, masih ada banyak kerja lagi skuad Harimau Muda, jangan cepat berpuas hati dengan result ni, pertingkatkan lagi prestasi agar Skuad Malaysia menjadi pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia, mudah-mudahan di peringkat antarabangsa juga, Insyaallah =)




Keratan akhbar...



Pejuang Malaysia di arena Bolasepak Negara. SALUTE!!!


enjoy!

Monday, December 27, 2010

Malaysia MENANG 3-0 ke atas Indonesia: Piala Suzuki 2010 by shahroll

Monday, December 27, 2010
As salam to all,


Entry KHAS untuk Skuad Harimau Malaysia yang MENANG di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Fuhh~ menang bergaya katanya! Terbaik buah tangan Rajagopal dan anak-anak buahnya! yeaaahaa! Walaupun Malaysia di "asak" dengan pelbagai "cerita", tetapi MALAYSIA tetap COOL!!!!

I love u MALAYSIA! =D