As salam, hello readers...
Aku mendapat sumber yang boleh dipercayai berkenaan berita mengatakan Excellent Pictures mendapat peruntukan RM6juta untuk menerbitkan filem-filem yang berkualiti dan kreatif dari syarikatnya, Excellent Pictures.
Banyaknya? Mengapa Excellent Pictures sahaja?
Lanjutkan pembacaan korang dibawah...
Gambar: Google
Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berterima kasih di atas pemberian inisiatif dari peruntukkan RM6 juta dari Dana Insentif Kreatif Negara, yang diterima oleh Excellent Pictures baru-baru ini.
“Inisiatif ini amat diperlukan oleh penerbit (drama atau filem) dalam menghasilkan produk yang lebih kreatif dan mampu menarik minat penonton,” kata Idham yang kini berada di Perlis, mengarah filem terbarunya iaitu Lari.
Tambah Idham lagi, “Dana Kreatif ini memberi kesan langsung kepada peningkatan kualiti penerbitan. Kualiti bukan sahaja dari sudut teknikal, tetapi penceritaan juga pelakon yang bagus. Elemen seperti ini, mampu meningkatkan taraf kebolehpercayaan penonton kepada produk tempatan juga saluran yang menayangkannya.”
Kala ditanya adakah pemberian dana tersebut mampu membuka pasaran lebih luas, Idham mengulas, “Memang benar. Dengan peningkatan kualiti produk, sekaligus akan mengangkat imej produk tempatan untuk di pasarkan di luar. Signifikannya ialah, membuktikan industri kreatif mampu menjana pendapatan buat negara, hasil dari pasaran luar negara.”
Terdahulu, dalam majlis ramah mesra dan penyampaian Dana Kreatif, oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, bertempat di Angkasapuri, Excellent Pictures, merupakan salah sebuah dari 16 syarikat produksi yang menerima sebahagian RM6 juta dana yang diperuntukkan.
Agak-agaknya kalau dah RM6juta dah diberi kepada setiap produksi/syarikat untuk mengeluarkan filem-filem yang dikatakan MAMPU untuk "menyelerakan" selera penonton, korang rasa filem macam mana yang mampu mereka hasilkan?
Seram? Lawak splastik sampah? Hantu Gengster? Cinta Gengster? Klang Bonceng? HAHA! u named it!!
enjoy!
*UPDATED:20/9/2012: 10.02pm*
Al-kisahnya, Excellent Pictures tidak mendapat RM6juta seperti yang ditulis diatas, tetapi hanya sebahagian saja dan dikongsi dengan 16 company lain. Antara email yang masuk dalam inbox aku mengatakan...
*UPDATED:20/9/2012: 10.02pm*
Al-kisahnya, Excellent Pictures tidak mendapat RM6juta seperti yang ditulis diatas, tetapi hanya sebahagian saja dan dikongsi dengan 16 company lain. Antara email yang masuk dalam inbox aku mengatakan...
Jumlah yang diterima bukanlah sebanyak RM6 Juta, tetapi sebahagian dari jumlah tersebut. Selain itu, sebahagian jumlah itu, diterima juga oleh 16 buah syarikat produksi lain.enjoy!
No comments:
Post a Comment