Showing posts with label Pilih Kasih 3. Show all posts
Showing posts with label Pilih Kasih 3. Show all posts
Wednesday, April 25, 2012
(gambar) sekitar Pilih Kasih 3 akhir @ RTM Senawang by shahroll
Pilih Kasih 3
Wednesday, April 25, 2012
New
Monday, April 09, 2012
Jemputan Blogger: Pilih Kasih minggu terakhir by shahroll
suhan
Monday, April 09, 2012
New
As salam, hello readers...
Aku ada mendapat jemputan dari pihak Suhan Movie Trading untuk menghadiri Pentas Pilih Kasih minggu yang terakhir musim ke 3. Sebanyak 5 seat dah di reserved bawah nama aku, dan right now cuma ada 3 seat sahaja yang kosong!
Details seperti dibawah;
Tarikh: 22 hb April 2012(Ahad)
Tempat: Pusat Penyiaran tuanku Muhammad, Negeri Sembilan
Masa: 8.30 malam
Siapa JUARA PK3 ni??
enjoy!
Tag
movie,
Pilih Kasih 3,
suhan
Saturday, March 10, 2012
Pilih Kasih 3 : Pentas Pilih Kasih minggu ke-6 by shahroll
Pilih Kasih 3
Saturday, March 10, 2012
New
Walaupun persembahannya bertambah baik tetapi Miza Azura terpaksa akur kepada keputusan SMS yang dihantar oleh penonton apabila dia terpaksa pergi meninggalkan pentas Pilih Kasih musim ketiga (PK3) pada minggu kelima.
Lakonannya sebagai Puteri Sendayu dalam persembahan teater Si Bongkok arahan Erma Fatima dipuji pengkritik tetap, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi. Malah penasihat PK3, Umie Aida menyukai lakonan Miza yang bertenaga dan ada jiwa.
Bagaimanapun semua pujian itu tidak dapat membawa Miza ke minggu seterusnya, namun Miza tetap bersyukur kerana selama lima minggu bersama barisan tenaga pengrah PK3 dia belajar pelbagai perkara mengenai dunia lakonan.
Meskipun agak terkilan dengan penyingkiran itu namun Miza gembira kerana sekurang-kurangnya dia sudah membuktikan bakat lakonannya dan Rosyam Noor sendiri yakin Miza boleh pergi jauh dalam bidang seni.
Artis PK3 yang masih bertahan, Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojangi, Hiera Hassan, Naqia Nasution, Nizen Ayob dan Marina Jose
Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah PK pada setiap Khamis dan Jumaat jam 2 petang, ZooOM PK setiap Sabtu jam 4.30 petang dan Pentas PK secara langsung, setiap Ahad, jam 9 malam. Semuanya di TV2.
enjoy!
Saturday, March 03, 2012
Pilih Kasih 3 : Pentas Pilih Kasih minggu ke-4 by shahroll
Pilih Kasih 3
Saturday, March 03, 2012
New
As salam, hello readers...
Minggu keempat persembahan Pilih Kasih musim ketiga (PK3) yang dipancarkan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan, di TV2, Ahad lalu, menyaksikan penyingkiran Yizee Ariff dari pentas program itu.
Pada minggu lalu kedudukan Yizee bagaikan telur dihujung tanduk kerana dia berada pada kedudukan undian SMS penonton yang tercorot bersama dengan dua lagi artis PK3, iaitu Aada Zara dan Airil Reffa. Namun nasib tidak menyebelahi Aada apabila dia yang terpaksa 'pergi' dulu.
Bagaimanapun, pada minggu keempat sekali kedudukan Yizee berada pada paras bahaya bersama Hiera Hasan dan Nizen Ayob. Ini juga merupakan kali ketiga Yizee berada di kedudukan ‘merbahaya’ setelah 4 minggu bersiaran.
Rosyam Noor terpaksa akur dengan keputusan undian...
Walaupun pengkritik tetap, Fauziah Nawi mengatakan persembahan Yizee ada menunjukkan peningkatan tetapi Rosyam Nor tidak mampu menyelamatkannya kerana Rosyam tidak boleh menafikan kredibiliti yang ada pada Hiera dan Nizen.
Oleh itu, sekali lagi dengan berat hati Rosyam terpaksa menamatkan perjuangan Yizee dalam PK3. Namun Rosyam menamakan Naqia Nasution sebagai calon yang sepatutnya keluar seandainya beliau berada di tiga tangga terbawah. Rosyam juga memberi amaran kepada Naqia dan juga artis-artis lain untuk terus memberikan mutu lakonan yang terbaik pada minggu berikutnya.
Ai Iqmal diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di slot Teater "Apo Kono Eh"
telatah para artis ketika slot teater...
Dengan ketiadaan Aada dan Yizee tinggal 14 lagi artis PK3 yang akan meneruskan saingan pada minggu seterusnya iaitu, Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojangi, Naqia Nasution, Airil Riffa, Hiera Hassan, Nizen Ayob dan Marina Jose.
Sura Sojangi: Slot Monolog
Persembahan monolog ada menunjukkan peningkatan dengan corak persembahan yang pelbagai dan tambahan prop yang menarik perhatian penonton. Persembahan pada malam itu dimulakan dengan nyanyian lagu yang popular pada era 70-an, Si Baju Hijau. PK3 dihoskan oleh Reza Mohamad yang gemar menggelarkan Dr Abu Hassan sebagai 'angry bird'.
Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah Pilih Kasih yang berubah waktu siarannya iaitu pada setiap hari Khamis dan Jumaat jam 2 hingga 3 petang, ZoooM Pilih kasih pada hari Sabtu jam 4.30 hingga 5.30 petang dan tentunya Pentas Pilih Kasih pada hari Ahad jam 9 malam. Kesemuanya di TV2!
ENJOY!
Wednesday, February 22, 2012
Penyingkiran Aada Zara di dalam Pilih Kasih minggu ke-3! by shahroll
RTM
Wednesday, February 22, 2012
New
As salam, hello readers...
Minggu ke-3 memperlihatkan Aada Zara menjadi "mangsa" pertama penyingkiran di dalam Pilih Kasih 3. Menurut Rosyam Nor, “Saya memilih Aada atas faktor undian. Dia punya bakat, namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menyingkir satu dari tiga terendah. Saya juga yakin dengan kemampuan Aada Zara dan mendoakan kejayaan beliau di luar sana." Aada Zara si kecil cili padi akur dengan keputusan Rosyam Nor lantas meninggalkan Pentas serta rakan-rakan seperjuangannya. Tiada lagi laungan ‘kecil-kecil cili pagi, hebat kot!”
bottom 3 undian
Debaran akan terus melanda 15 artis Pilih Kasih. Masing-masing perlu berusaha gigih bagi memantapkan persembahan mereka untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Seniwati Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.
Sambutan penonton di Auditorium pada minggu ini juga amat mengalakkan. Pembukaan dimulakan dengan gabungan lagu moden dan dangdut menghangatkan suasana.
Untuk tugasan monolog sekali lagi Naqia Nasution, Airil Reffa, Miza Azura dan Yizee Ariff mendapat kritikan bukan sahaja dari Dr Abu Hasan malah juga dari Seniwati Fauziah Nawi. “lakonan awak ibarat biskut kosong yang tak ada isi dan rasa” antara komen pedas Dr Abu Hasan kepada Airil Reffa. Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian meraka untuk tiga minggu pertama, ia boleh dikata membanggakan. Terdapat peningkatan dari segi penghayatan, penguasaan pentas dan expresi wajah.
Jika minggu lepas, monolog hasil karya Hamzah Tahir mempromosikan TM sebagai penaja utama Pilih Kasih, tetapi lain pula minggu ini. Hamzah Tahir mempromosikan pula Rapid KL iaitu penaja pengangkutan Pilih Kasih musim ini.
Walaupun dikritik teruk sewaktu monolog, namun itu tidak memberi halangan untuk mereka terus beraksi dalam teater Puteri Gunung Sengkuang. Teater komedi ini berjaya menghiburkan penonton dengan pelbagai kemunculan dan penampilan yang tidak disangka-sangka.
Ai Iqmal muncul sebagai monyet manakala Hakim Yazid pula sebagai keldai Putera Kobis lakunan Fareth Agang . Kostum serta props yang menarik ditambah lagi dengan gerak tari yang mantap menghebatkan teater ini.
Bagaimana pula kesinambungan Konspirasi Cinta tanpa Aada Zara?. Nantikan Pentas Pilih Kasih minggu hadapan!
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada 15 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199
enjoy!
Monday, February 20, 2012
(Gambar #4) 4 profile artis pilih kasih 3! by shahroll
Pilih Kasih 3
Monday, February 20, 2012
New
As salam, hello bloggers...
Kejadian yang tak terlintas dalam fikiran berlaku sekitar jam 11 pagi tadi (Ahad). Rumah flat yang aku diami mengalami kecelakaan besar buat pertama kali aku duduk disini (kebakaran) syukurlah api dapat dikawal.
Berita penuh pada malam ni k?
Profile terakhir untuk artis Pilih Kasih 3 dalam posting aku hari ini. Sebelum tu, jangan lupa sertai Blog Contest yang pertama kalinya aku buat untuk meraikan 600 followers dalam blog shahrulhairy.com =D
4 profile artis Pilih Kasih 3;
Reen Rahim
Twitter: @ReenPK3
Facebook: Reen Rahim
Sura Sojangi
Twitter: @SuraSojangi_PK3
Facebook: Sura Sojangi
Theera Alias
Twitter: @TheeraPK3
Facebook: Theera Alias
Yizee Ariff
Twitter: @yizee Arif PK3
Facebook: Yizee Ariff
Peminat PK3 boleh menghantar undian kepada senarai 4 artis kegemaran anda dengan cara mengundi seperti di dalam profile mereka. UNDI jangan tak UNDI!! =D
enjoy!
Thursday, February 16, 2012
(live update) Promo Pilih Kasih 3 @ Pavilion, Kuala Lumpur by shahroll
promote
Thursday, February 16, 2012
New
As salam, hello readers...
Sepatutnya sekarang aku berada di Pavilion untuk melihat artis-artis Pilih Kasih 3 perform kat sana yang dibawakan khas oleh penaja ZELL-V dan juga TM. Walaupun aku tak dapat ke sana, inisiatif aku untuk mencari informasi untuk majlis berkenaan tidak pernah pudar! ecceh!
Tentatif program berkenaan;
Tarikh : 16 Feb 2012
Masa : 8 - 9 malam
Tempat : Pavillion
Artis Pilih Kasih akan membuat persembahan dan akan berada di booth Zell V untuk sesi bersama pelanggan Zell V dan peminat Pilih Kasih 3.
Artis PK3 sedang membuat persembahan
Di awal majlis. Cun seh booth dia! cool ZELL-V
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199.
enjoy!
Tag
Pilih Kasih 3,
promote
Tuesday, February 14, 2012
(Gambar #3) 4 profile artis pilih kasih 3! by shahroll
SHBN
Tuesday, February 14, 2012
New
As salam, hello readers...
Pertemuan malam ini (Isnin) menjadi satu titik tolak SHBN menuju ke arah yang lebih gemilang kehadapan selaku blogging network dalam pasaran sosial media di Malaysia. Pertemuan apa? dengan siapa? itu aku simpan dulu k? sampai masanya aku reveal dalam blog.
Untuk pagi ni, aku nak keluarkan 4 lagi profile artis-artis Pilih Kasih 3, setelah 8 artis telah aku perkenalkan kat korang. Minggu ke-2 Pentas Pilih Kasih hari tu korang tengok tak? Banyak perubahan tak artis-artis PK3 minggu lalu?
Jom layan profile mereka kat bawah;
Marina Jose
Twitter: @MarinaJose_PK3
Facebook: Marina Jose
Miza Azura
Twitter: @Miza_PK3
Facebook: Miza Azura
Naqia Nasution
Twitter: @naqiaPK3
Facebook: Naqia Nasution
Nizen Ayob
Twitter: @nizenPK3
Facebook: Nizen Ayob
Peminat PK3 boleh menghantar undian kepada senarai 4 artis kegemaran anda dengan cara mengundi seperti di dalam profile mereka. UNDI jangan tak UNDI!! =D
enjoy!
Tag
artis Malaysia,
Pilih Kasih 3,
SHBN
Sunday, February 12, 2012
Pengalaman #1: Program rancangan TV secara langsung! by shahroll
Senawang
Sunday, February 12, 2012
New
As salam, hello readers...
Mata masih segar. Mungkin disebabkan terlalu happy dengan keputusan EPL malam tadi dimana Manchester United menewaskan Liverpool. AWESOME ok? keputusan Man United (2) Liverpool (1)
Dengan tak boleh nak tidur (plus aku hentam Nescafe!) memang waktu terbaek lah aku nak posting. Macam bawak kereta slow-slow kat jalanraya. No rushing. just relax! aharkz!
Bila sebut pasal program tv, aku nak share lah dengan korang pengalaman pertama aku pergi membuat liputan mengenai program realiti pilih kasih 3 yang di pentaskan di RTM Senawang.
sebelum nak ke udara (on air live!) di TV2 jam 9 malam (Ahad)
Aku masuk awal. Dalam jam 8.25 malam cam tu. Seat barisan media aku duduk. Kiranya aku mewakili untuk golongan sosial media lah (bukan secara rasmi). Segala peralatan fotograpi aku bawak untuk memastikan aku dapat shoot yang cun-cun! (aku duduk center)
with other blogger, NienaShah!
Tempat duduk yang diberi betul-betul depan table judges. Malam minggu pertama pilih kasih 3 judges dia Fauziah Nawi dan Prof. Dr. Abdul Hassan. Tapi kamera tak shoot muka kitorang kan? ish!
sebelum on-air memang kosong =p
Bila sesi mengkritik, tapi dok gelak-gelak je sebab serius betul muka Prof marah artis-artis pilih kasih. Ada yang macam baldi lah, biskut lemau cam rendam dalam air lah dan macam-macam lagi yang aku pun dah lupa. Tang baldi tu je lah aku ingat. Pedas tak henggat komen! Azabbbbb...
Cuma, ada 1 je "artis" yang Prof tak "berani" nak komen!! heh~
PKUNDI lah saya!! hahaha!!
Korang jangan PKUNDI aku pulak! naya ja.. kalau nak PKUNDI tengok posting-posting aku dekat link atas tu (PK3 list update) ya?
enjoy!
Tag
pengalaman,
Pilih Kasih 3,
RTM,
Senawang
Saturday, February 11, 2012
(Gambar #2) 4 profile artis pilih kasih 3! by shahroll
Pilih Kasih 3
Saturday, February 11, 2012
New
As salam, hello readers...
Hari tu aku dah reveal kan 4 profile artis pilih kasih 3 kan? Now aku nak reveal 4 lagi profile artis untuk musim ke- 3. Dengan adanya "pembongkaran" profile mereka, korang boleh UNDI mereka dengan sebanyak-banyaknya! =D
Ok, jom check out siapa dia?
Hakim Yazid
Twitter: @Hakim Yazid_PK3
Facebook: Hakim Yazid
Heri Aszmo
Twitter: @HERIASZMOPK3
Facebook: Heri Aszmo
Hiera Hasan
Twitter: @HieraHassan_PK3
Facebook: Hiera Hasan
Jalius Jaibin
Twitter: @JaliusPK3
Facebook: Jalius Jaibin
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 4 artis kegemaran anda dengan cara mengundi seperti di dalam profile mereka. Esok untuk Pentas Pilih Kasih 3 bakal ke udara pada jam 9 malam!!
enjoy!
Tuesday, February 07, 2012
(Gambar) 4 profile artis pilih kasih 3! by shahroll
profile PK3
Tuesday, February 07, 2012
New
As salam, hello reader...
Petang ni aku nak bongkar pasal artis pilih kasih 3 dengan menunjukkan "rahsia" mereka. Excited tak? Ahah! bukan gossip eh, belum "tiba masa" nak aku gossip-gossip artis pilih kasih 3. Aku akan post 4 profile dulu (semuanya ada 16) so, check out below lah;
Fareth Agang
Twitter: @FARETHAGANGPK3
Facebook page: Under progress
Aada Zara
Twitter: @AadaZara_Pk3
Facebook page: Aada Zara
Ai Iqmal
Twitter: @Ai_IqmalPK3
Facebook page: Ai Iqmal
Airil Reffa
twitter: @Airil PK3
Facebook page: Airil Reffa
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 4 artis kegemaran anda dengan cara mengundi seperti di dalam profile mereka. Dah ada artis pilihan korang? =D
enjoy!
Tag
Pilih Kasih 3,
profile PK3
Monday, February 06, 2012
Yizee Ariff (Pilih Kasih 3) sokong blog shahroll? Siapa pulak Sofea? by shahroll
SHBN
Monday, February 06, 2012
New
Ni yang nak KEMBANG sket hidung boleh?
Yizee Ariff (artis PK3) aksi semasa rakan lain sedang bermonolog. Dan sempat rakamkan "poster" yang dipegang oleh Yizee. I have no idea siapa Sofea (Sofea Jane kot?) dan bawah tu nama aiii... *mood tak senang duduk* HAHA!!
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199.
enjoy!
Pilih Kasih 3 : Minggu pertama @ RTM Senawang by shahroll
Pilih Kasih 3
Monday, February 06, 2012
New
As salam, hello readers...
Semalam bersama dengan blogger Nienashah pergi ke stesen RTM Senawang untuk menyaksikan Pentas Pilih Kasih 3 untuk minggu pertama. Aku sampai ke sana tepat masuk waktu solat Maghrib. Perjalanan dari Klang ke Senawang mengambil masa selama 2 jam 30 minit (lalu ikut Banting+ tol Pajam)
Masuk ke dalam auditorium Tunku Puan Chik pada jam 8.30 malam dan ditempatkan di deretan seat media. Aku tak pasti salah tempat duduk atau tidak tapi yang pastinya yang jemput masuk tu suruh duduk kat situ. Nyaman!
Artis PK3 (Lelaki)
Artis PK3 (wanita)
Sesi dimulai dengan "Monolog" dimana setiap artis diberi beberapa minit untuk mempersembahkan lakonan mereka. Latar belakang yang sama iaitu keadaan di Lapangan Terbang.
Hiera Hassan
Ai Iqmal
MONOLOG
Ai Iqmal – Selamat Tinggal
Jalius Jaibin – Siapa
Hakim Yazid – Tunggu
Heri Aszmo – Tertinggal
Fareth Agang – Sesat
Nizen Ayob – Parah
Yizee Ariff – Tak Sabar
Airil Reffa – Lambaian
Aada Zara – Baru Balik
Naqia Nasution – Salah Gate
Hiera Hasan – Memori Indah
Miza Azura – Syukur
Sura Sojangi – Hasrat
Theera Alias – Bawa Bertenang
Marina Jose – Hilang
Reen Rahim - Hati
Setelah artis PK3 bermonolog, tiba masanya untuk sesi "Drama". Drama yang diarahkan oleh Erma Fatima membawa tajuk Konspirasi Cinta. Seronok juga drama yang dipertontonkan, macam tengok drama Melayu petang-petang.
Reen Rahim
Masuk ke segment "Teater" memperlihatkan kebolehan mereka 16 artis ni berlakon di atas pentas. Tajuk untuk teater adalah "Maulud di Andasuka". Kesemua artis telah memberikan yang terbaik, tetapi masih ada kekurangan dari segi pembawakan karekter, kurang menjiwai watak yang diberikan dan tune suara yang sama. Masih ada waktu untuk bangkit. Ayuh artis PK3!!
Teater: Maulud di Andasuka
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199.
enjoy!
Tag
minggu 1,
Pilih Kasih 3
Thursday, February 02, 2012
Dimana RTM Senawang? by shahroll
Senawang
Thursday, February 02, 2012
New
Click gambar kat atas...
As salam, hello readers...
Pada hari Ahad ini akan ada Pentas Pilih Kasih di RTM Senawang. Punyalah aku mencari kat mana RTM ni. Aku carik dalam laman web RTM, aku tak jumpa pulak. So, dengan sedikit bantuan Google dan pengamatan dalam twitter, maka inilah hasilnya (kat atas tu)
Dari informasi yang aku dapat, RTM Senawang dekat-dekat dengan Sekolah Dato' Abdul Razak (SEDAR). Aku dapatkan alamat sekolah tu kat SINI
See? RTM dekat atas dan sekolah kat bawahnya
Harap dapat membantu sedikit sebanyak tuk korang. Lebih kurang 45 minit perjalanan untuk pergi ke sana. Orang di Negeri Sembilan tak kan tak turun kot? Aku dari Klang berkobar-kobar nak pergi ke sana, HEHE!
Enjoy!
Tag
Pilih Kasih 3,
RTM,
sedara,
Senawang