As salam, hello readers...
Semalam bersama dengan blogger Nienashah pergi ke stesen RTM Senawang untuk menyaksikan Pentas Pilih Kasih 3 untuk minggu pertama. Aku sampai ke sana tepat masuk waktu solat Maghrib. Perjalanan dari Klang ke Senawang mengambil masa selama 2 jam 30 minit (lalu ikut Banting+ tol Pajam)
Masuk ke dalam auditorium Tunku Puan Chik pada jam 8.30 malam dan ditempatkan di deretan seat media. Aku tak pasti salah tempat duduk atau tidak tapi yang pastinya yang jemput masuk tu suruh duduk kat situ. Nyaman!
Artis PK3 (Lelaki)
Artis PK3 (wanita)
Sesi dimulai dengan "Monolog" dimana setiap artis diberi beberapa minit untuk mempersembahkan lakonan mereka. Latar belakang yang sama iaitu keadaan di Lapangan Terbang.
Hiera Hassan
Ai Iqmal
MONOLOG
Ai Iqmal – Selamat Tinggal
Jalius Jaibin – Siapa
Hakim Yazid – Tunggu
Heri Aszmo – Tertinggal
Fareth Agang – Sesat
Nizen Ayob – Parah
Yizee Ariff – Tak Sabar
Airil Reffa – Lambaian
Aada Zara – Baru Balik
Naqia Nasution – Salah Gate
Hiera Hasan – Memori Indah
Miza Azura – Syukur
Sura Sojangi – Hasrat
Theera Alias – Bawa Bertenang
Marina Jose – Hilang
Reen Rahim - Hati
Setelah artis PK3 bermonolog, tiba masanya untuk sesi "Drama". Drama yang diarahkan oleh Erma Fatima membawa tajuk Konspirasi Cinta. Seronok juga drama yang dipertontonkan, macam tengok drama Melayu petang-petang.
Reen Rahim
Masuk ke segment "Teater" memperlihatkan kebolehan mereka 16 artis ni berlakon di atas pentas. Tajuk untuk teater adalah "Maulud di Andasuka". Kesemua artis telah memberikan yang terbaik, tetapi masih ada kekurangan dari segi pembawakan karekter, kurang menjiwai watak yang diberikan dan tune suara yang sama. Masih ada waktu untuk bangkit. Ayuh artis PK3!!
Teater: Maulud di Andasuka
Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada senarai 16 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199.
enjoy!
4 comments:
mantop2... penonton public ramaikah?
Kak Ayu:
Huhuhu~ thanks! Penonton boleh tahan ramai.. Cam penyokong Ai Iqmal, Miza, Theera Alias mmg conquer auditorium.. huhuhu~
ahai! ado potensi jd cam mawi ah...juara sms...hihhiihi
Juara SMS n juara penonton juga.. hahhaa~
Post a Comment