Walaupun persembahannya bertambah baik tetapi Miza Azura terpaksa akur kepada keputusan SMS yang dihantar oleh penonton apabila dia terpaksa pergi meninggalkan pentas Pilih Kasih musim ketiga (PK3) pada minggu kelima.
Lakonannya sebagai Puteri Sendayu dalam persembahan teater Si Bongkok arahan Erma Fatima dipuji pengkritik tetap, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi. Malah penasihat PK3, Umie Aida menyukai lakonan Miza yang bertenaga dan ada jiwa.
Bagaimanapun semua pujian itu tidak dapat membawa Miza ke minggu seterusnya, namun Miza tetap bersyukur kerana selama lima minggu bersama barisan tenaga pengrah PK3 dia belajar pelbagai perkara mengenai dunia lakonan.
Meskipun agak terkilan dengan penyingkiran itu namun Miza gembira kerana sekurang-kurangnya dia sudah membuktikan bakat lakonannya dan Rosyam Noor sendiri yakin Miza boleh pergi jauh dalam bidang seni.
Artis PK3 yang masih bertahan, Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojangi, Hiera Hassan, Naqia Nasution, Nizen Ayob dan Marina Jose
Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah PK pada setiap Khamis dan Jumaat jam 2 petang, ZooOM PK setiap Sabtu jam 4.30 petang dan Pentas PK secara langsung, setiap Ahad, jam 9 malam. Semuanya di TV2.
enjoy!
No comments:
Post a Comment