As salam, hello readers...
Minggu keempat persembahan Pilih Kasih musim ketiga (PK3) yang dipancarkan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan, di TV2, Ahad lalu, menyaksikan penyingkiran Yizee Ariff dari pentas program itu.
Pada minggu lalu kedudukan Yizee bagaikan telur dihujung tanduk kerana dia berada pada kedudukan undian SMS penonton yang tercorot bersama dengan dua lagi artis PK3, iaitu Aada Zara dan Airil Reffa. Namun nasib tidak menyebelahi Aada apabila dia yang terpaksa 'pergi' dulu.
Bagaimanapun, pada minggu keempat sekali kedudukan Yizee berada pada paras bahaya bersama Hiera Hasan dan Nizen Ayob. Ini juga merupakan kali ketiga Yizee berada di kedudukan ‘merbahaya’ setelah 4 minggu bersiaran.
Rosyam Noor terpaksa akur dengan keputusan undian...
Walaupun pengkritik tetap, Fauziah Nawi mengatakan persembahan Yizee ada menunjukkan peningkatan tetapi Rosyam Nor tidak mampu menyelamatkannya kerana Rosyam tidak boleh menafikan kredibiliti yang ada pada Hiera dan Nizen.
Oleh itu, sekali lagi dengan berat hati Rosyam terpaksa menamatkan perjuangan Yizee dalam PK3. Namun Rosyam menamakan Naqia Nasution sebagai calon yang sepatutnya keluar seandainya beliau berada di tiga tangga terbawah. Rosyam juga memberi amaran kepada Naqia dan juga artis-artis lain untuk terus memberikan mutu lakonan yang terbaik pada minggu berikutnya.
Ai Iqmal diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di slot Teater "Apo Kono Eh"
telatah para artis ketika slot teater...
Dengan ketiadaan Aada dan Yizee tinggal 14 lagi artis PK3 yang akan meneruskan saingan pada minggu seterusnya iaitu, Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojangi, Naqia Nasution, Airil Riffa, Hiera Hassan, Nizen Ayob dan Marina Jose.
Sura Sojangi: Slot Monolog
Persembahan monolog ada menunjukkan peningkatan dengan corak persembahan yang pelbagai dan tambahan prop yang menarik perhatian penonton. Persembahan pada malam itu dimulakan dengan nyanyian lagu yang popular pada era 70-an, Si Baju Hijau. PK3 dihoskan oleh Reza Mohamad yang gemar menggelarkan Dr Abu Hassan sebagai 'angry bird'.
Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah Pilih Kasih yang berubah waktu siarannya iaitu pada setiap hari Khamis dan Jumaat jam 2 hingga 3 petang, ZoooM Pilih kasih pada hari Sabtu jam 4.30 hingga 5.30 petang dan tentunya Pentas Pilih Kasih pada hari Ahad jam 9 malam. Kesemuanya di TV2!
ENJOY!
No comments:
Post a Comment