As salam, hello readers...
Roti merupakan pilihan alternatif bagi mereka yang kesuntukan masa untuk makan makanan yang berat, tidak makan nasi atau memang habit suka makan roti. Dengan kos tidak sampai RM2 ringgit satu peket, dapat menjimatkan untuk bajet makan (macam aku je! huhu)
Roti juga pilihan anak-anak sekolah untuk berbelanja dengan kadar belanja yang ekonomik sebab selalunya belanja sekolah budak sekolah secara puratanya dalam lingkungan RM5 untuk satu hari. Yang lebih dari itu, bonuslah.
Apa "Roti ABS" tu?
Roti ABS tu sebenarnya merujuk kepada tagline roti ini iaitu "Asli,Bersih,Sedap" menawarkan beberapa jenis roti, tetapi dibawah Chapter Klang (kelolaan aku), aku hanya mengambil roti jenis "pizza sosej" sebab jenis itu yang pantas jualannya dan laku keras!
Antara sample yang aku beli masa dengar talk pasal
Roti ABS di Bukit Jelutong, Shah Alam
Harga jualan untuk setiap roti amatlah murah iaitu hanya RM1 setiap pek. Jika korang ada hajat nak bukak perniagaan atau cuba-cuba nak berniaga, aku syorkan boleh jual roti. Kenapa?
#1- Kos rendah. Bila kos rendah, kerugian korang juga rendah
#2- Cari pengalaman berniaga. Bukan semua orang pandai dalam selok-belok perniagaan. Boleh cuba dengan jual roti dulu.
#3- Korang akan mula ringan mulut, mesra dan manis kata-kata. Kalau macam aku dah biasa dengan konsep "manis muka dan kata-kata" ni sebab involve dari ilmu MLM (multi level marketing) 8 tahun lepas
Hari pertama: 100 biji roti pizza sosej
Dapat dari FT Chapter Shah Alam: Dr. Naz
Semalam (Selasa) aku dah dapat bekalan Roti ABS aku sebanyak 100 biji dan pada petang itu jugak, aku boleh habiskan 50 biji roti. Tak sampai malam pun! Apa "jampi" yang aku pakai pikat pekedai runcit?
Tak de jampi apa pun, janji hati kering+muka manis sudah!
Ada balance 50 biji lagi. Aku ingat nak bawa ke tempat kerja esok. Tak jual secara langsung dalam office, kang jadi issue pulak kan. So, buat relex-relex, siapa nak beli dalam bonet kereta aku je lepas pukul 5 petang! HEHE...
My pages untuk Chapter Jajahan KLANG
Kalau korang masih ragu-ragu nak mulakan perniagaan, boleh calling-calling aku tuk lepak minum kat Subaidah, Klang area Bayu Perdana. Consultation FREE aje. Bukan pasal niaga juta-juta punya plan, ini real business untuk korang gain pengalaman dengan perniagaan yang kecil dulu
"Nak yang BESAR, kena tahu yang KECIL" - SH
enjoy!
1 comment:
wah, sha baru terfikir nak mulakan jual roti secara serius. Sebelum ini Sha jual coklat kacang. Dalam ofis sendiri je. Laku giler. Best. Laju.
Sha jual juga kain pasang. Jual kat ofis je. Tudung shawl pun.
Tapi dah habis stok plus syarat baru tak boleh letak apa-apa bawah meja, jadi kat mana Sha nak letak barang niaga. So, ingat nak beli almari lutsinar dulu baru letak barang niaga. Ok tak? Hihi.
Lagi satu, ingat nak jual roti hari Ahad di LRT dan Hari Merdeka ni. Tengah duk survey idea ni. Seronok baca entri ini.
Post a Comment