Showing posts with label zizan raja lawak. Show all posts
Showing posts with label zizan raja lawak. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

(review) Drama "Nama Aku Beng" lakonan Zizan Razak dan Izara Aisyah mantap! by shahroll

Saturday, December 28, 2013



As salam, hello readers...

Beberapa hari lepas (26 Dec) aku menonton sebuah drama lakonan Zizan Razak (lead actor) bersama dengan Izara Aishah (lead actress) bertajuk "Nama Aku Beng". Aku agak teruja mahu menonton kerana Astro dok hari-hari promote/iklan drama tu dalam channel mereka.

Ditambah dengan kecomelan Izara, aku pasti tak mahu lepaskan peluang menontonnya di kaca TV.

Aku tak tahu siapa yang mengarah drama ini awalnya, sampailah aku membaca kredit akhir di penghujung. No wonder, satu naskah yang mantap dari sentuhan Ghaz Abu Bakar (pembikin musik video terbabooww!)

Ok, drama tersebut membawa cerita seorang wanita (Izara) yang jatuh cinta kepada Benjamin (lakonan Ku Haris) iaitu kawan se-apartment mereka diami. Benjamin hanya tahu, Izara menyukai Johan (lakonan: pelakon tak femes) dan tak tahu yang sebenarnya Izara menyintai Ben.

Zizan Razak muncul setelah dia pindah ke apartment tu. Dan masa itu juga, Ben dah mati disebabkan terjatuh di lif. Bermulanya di saat itu, Ben seperti tak tahu yang dia sudah mati sebenarnya hanya Zizan boleh nampak Ben.

Dari situ pengembangan cerita berlaku dicampur dengan elemen flashback sebab melibatkan watak "mati" tapi masih dalam storyline. Simple but significant.

*Elemen roh (mistik) digarap baik oleh penulis skrip agar tak nampak plastik dan mengarut*

Di akhir cerita, Zizan berkahwin dengan Izara. Little bit typical, but apa lagi ending yang kita boleh harapkan? setuju? 

Gambar bertudung memang comey Izara...

Abey Ganu kito... hok aloh! haha... mantap!

video promo

enjoy!


Wednesday, January 04, 2012

Mana aku pergi Malam Tahun Baru? by shahroll

Wednesday, January 04, 2012


As salam, hello readers...


Tergerak pulak nak update pasal malam new year. Nak ikutkan malas. Bila ade penyakit "M" ni memang payah nak buat kerja. Lagi-agi kerja yang tak dapat duit (update blog) =p


*sambil dengar lagu Aishiteru*


Malam new year aku sambut di Dataran Merdeka Shah Alam. Kawan lama aku di PLKN (Aqbar) turut serta. Jangkaan pengunjung yang bakal hadir aku boleh agak ramai bila ada kawan di FB update seawal jam 4 petang sudah pack! FUIIYO!


Kenapa ramai sangat eh? Pe yang best sangat?


Tak lain tak bukan sebab ada selebriti MEGA yang menjayakan event countdown ni. Siapa?


Zizan Raja Lawak dan juga Ustaz Azhar Idrus (UAI).


Zizan kata HIDUNG sama ngan Ustaz.. hehehe~

Penyebab utama aku datang hadir bersama-sama pengunjung yang lain disebabkan penangan atau aura UAI yang dah lama aku lihat dalam Youtube. Memang market terbaik UAI dalam Youtube. Bukan calang-calang orang yang mampu memberi ceramah agama tanpa merasa bosan, lagi-lagi yang duduk dengar tu ORANG MUDA!


Aku tak sempat turut serta solat Jemaah Isyak.. =(

Memang tak silap tempat aku malam tu. Dianggarkan hadirin yang datang seramai 80 ribu orang. BANYAK TU! Walaupun dalam majlis itu tidak ada nyayian konsert ke ape, namun tetap meriah. Meriah sebab ada sesi UAI menjawab 14 soalan-soalan yang diajukan kepada UAI. Nak tahu soalannya apa? sila tengok di SINI


Paling best, bila ada segmen "Tiru Gaya UAI". Ada dalam 5-6 orang naik pentas, untuk cuba tiru gaya UAI. Memang pecah perot masa selection dibuat. Lagi-lagi yang hostnya si Zizan, bertambah-tambah senak perot tahan gelak!


Lepas tu, UAI mempamerkan bakat main gitar dan Zizan menjadi penyanyi. Jangan salah sangka, UAI tak main lama pun cuma seketika dan ketika itu aku mendengar "sempoi lah Ustaz" "Rock lah Ustaz" "Terbaek dari ladang Ustaz" dan macam-macam lagi yang diluahkan oleh pemuda-pemuda yang berada dihadapan UAI. Hebat penangan Ustaz =)


Masuk jam 11.55 malam, Zikir Asmahul-Husna diputarkan. Memuji-muji 99 nama Allah dalam menyambut 2012. Dan, tepat jam 12.00, UAI membacakan doa sempena masuknya tahun baru.


Aminn..


Aku ada compile gambar-gambar yang aku ambil tempoh hari. Semoga mendapat gambaran keadaan disana dan mood masa itu. =)




Assalamualaikum...

Sunday, March 07, 2010

Raja Lawak-4.... HAMPEH!! by shahroll

Sunday, March 07, 2010



Salam to all...



Aku baru habis melihat  Raja Lawak tadi.. dan dalam pemerhatian aku, yang paling dominan dikalangan juri adalah ALEX dna juga IDLAN.. mengapa keputusan group KECIK yang menang??? aaa buyers ke? aku cukup tak paham jika mende nie pon di "buyers" oleh pihak tertentu...



Nak kate lawak dorang best sampai pecah perot, tak la jugak.. BIASE je pon.. tapi aku salute pada Alex dimana setiap lawak dia ada mesej yang baik.. tidak merpu.. dan juga tidak meleret... Idlan, pada mulanya aku cukup menyampah sebab aku tak berapa paham apa yang dia nak sampaikan actually, dengan loghat Kedah yang pekat lagi membuat kan kepala aku agak "senak" untuk menerima lawak sebegitu....




Ok lah, cakap banyak pon tak guna, cumanya, kualiti dari segi pemilihan PEMENANG amatlah HAMPEHHH bagi aku, so far not so good.. something happen berlaku sebenarnya.. dan apakah?? aku pon tak taw.. for Alex, keep on your track! lawak ko OK! mmg sempoii!~.. :)



Kepada pengacaranya pulak, Zizan dan Johan mmg serasi! Thanx to Zizan yang cekap gile bagi mic pada group KECIK yang mengalami masalah teknikal pasal mic dorang tu tak berfungsi.... ok lah, harap musim ke 5 nanti, ada pelawak yang setanding pelawak2 yang dulu2... haaaaa... tak sama tapi setaraf!! :) 


yours
SH

Wednesday, January 27, 2010

" LU pikirlah sendiri " by shahroll

Wednesday, January 27, 2010
Salam to all beloved readers /viewers/commentors!! :)


Baru siap segala kerja pada 3.00pagi nie.. kije pe?? haha~ cam bese lah SH akan belek2 FB untuk UP kan my Bengkel Fotograpi yang akan berlangsung pada minggu depan insyaallah jika tiada aral melintang, edit-edit gamba yang akan SH Up kat entry nie jap lagi dan yang penting write-up untuk posting kali nie pon lebih mantop2 lah hendak nyer.. heheh~


Ok, SH nak bagi korang tengok 2 minit nyer montaj okehhh~ jommm..~






Sudah dapat bayang2 pe yang SH nak cerite nieh?? heh~ LU PIKIRLAH SENDIRI.. hahah~ lawok tak?? tak eh?? tak pe, jika tak lawak, u should go to watch THIS FILM!!.. gerenti korang pecah perok dow!!.serius!.. SH telah pergi ke Dewan Sri Budiman di UiTM Shah Alam, actually event nie secara kebetulan SH involve sebab my frendz, Byxura (http://byxura.fotopages.com/) menjadi orang kuat untuk filem nie dan juga merangkap poster designer untuk filem nie jugak.. how cool aite?? heheh~







So, my job untuk malam tu just for snap the pictures, masa tu yang cover ada Qayyum, Lan & SH lah... ada beberapa lagi student dari TEKA ambik gambo.. tak sempat kenal2.. sangat busy aww mlm tu ( cehhss ye ye je..) nak tgu VVVVIP nyer tetamu g kan, so kne alert...Owwhhh!! Siapa ehh pengarah filem nie?? heee~ Fyi, pengarah filem ini adalah lecturer UiTM sendiri iaitu Aminah Rhapor... nak tahu siapakah beliau add di FACEBOOK beliau.. terima kaseeyy~








**SH bersama pengarah filem LU PIKIRLAH SENDIRI de MOVIE






** Bersama rakan photographer : Qayyum



Ok, bercerita pasal artis yang datang pada malam tu adalah MILA AF, PUTERI SARAH LIYANA & beberapa artis yang lain turut memeriahkan suasana pada malam Tayangan Perdana / Amal filem ini. Malam tu MILA membuat persembahan dengan mendendangkan 1 lagu diiringi dengan penari2 yang superb lincah!!.. hadess senak perot owwh tgk doang menari... AGRESSSIFF!! :)





** ONLY @ SH iMAGE.. hehe~ peace MILA!










** Antara aksi MILA semasa perform di pentas utama





** Puteri Sarah Liyana (PSL) in action


Walaupun NABIL tidak dapat menghadirkan diri pada malam itu, namun dengan adanya MILA & PSL tebabowwww la jugak dewan DSB dengan kapasiti 1600 orang memenuhkan tempat!!!.. makk oii! SOLD-OUT babe~ korang tak terangkat ke?? hahah dah dah p booking filem nie kat GSC or TGV k.. hehe~ dan komen2 mereka yang menonton filem ini sangatlah POSITIF!.. bravoOOooO !!





**MC pada malam itu.. HE cool~ yeah!





** Sebahagian dari 1600 orang itu....




** SH in action with crews.. ( im also crew what..??) hahah~



************************OFF CAMERA*************************



Ok, semasa dalam dewan, mane leh shoot gambo, so masa tu job SH bertukar terus dari photographer ke observer a.k.a blogger yang akan meng"review" hasil kerja Tuan Pengarah filem nie... lebih kurang macam pengkritik la.. so kita layannnn~ .....








Stage pertama semasa melayan filem, belum panas2 g fikiran untuk meneliti "out-line" filem nie... SH tak leh tgk secara "in-line" untuk filem nie sebab dah set lam kepala untuk "review" bukan untuk enjoy this filem.. paham eh?? huu~ cam pengkritik hebatt la pulak.. hahha~



oppzz sebelum tu... Sape bikin ini filem?? hehe, meh SH introduce company yang menghasilkan filem yang cute lagi kelako nie.. here we go.....






** SDAF Pictures Sdn Bhd


SH dah buat siasatan terhadap Production House nie... dan jangan risau, just bit research untuk mengetahui betul ke SDAF nie WUJUD?? so. nie lah jawapan nyer : click- SINEMA MALAYSIA ok aah?? sudah percaya kaa??.. heee~ dan untuk membaca BLOG Aminah Rhapor sila click SINI



Ok, bebalik pada topik,cerita nie ada Nabil, Mila & PSL watak utama. Lain-lain pelakon seperti Hisham Ahmad Tajuddin, Liza Othman, Meet Uncle Hussain (MUH), Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Faizal Tahir, Aziz M. Osman, Amy Search, Harun Salim Bachik dan Ummi Nazeera. Cukup lengkap "adunan" ini dengan muka2 baru dan orang yang berpengalaman di dalam filem ini.



Apa yang penting dalam sesebuah filem??.. Yeahhhh!! Runut bunyi or bahase senangnya OST lah eh.. OST untuk filem nie adalah dari band Indie yang FIRST dapat Anugerah Juara lagu iaitu MUH ( Meet Uncle Hussin) dengan lagunya MULA....










Enjoy eh lagunya?? kerenn banget donggg!! hahah~ Ok, nie memang strategi Aminah Rhapor untuk filem ini. Beliau mengatakan ".....Ini memang merupakan salah satu daripada strategi kami, kami berbincang dan sama-sama berfikir bagaimana hendak melakukan filem ini,” kata Aminah pada sidang media yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini. Enam buah lagu yang digubah ialah Mula (MUH feat Azlan), Tandus (MUH), Bulan (Mila) dan tiga lagu nyanyian kumpulan baru L. Danielle iaitu Harapan Palsu, Tak Keseorangan dan Plastik Retorik..... " sumber di SINI



Oraite, dalam cerita nie, Nabil dilihat sebagai anak yang baik,abg yang baik kepada Mila,cuma yang slacknya abg sulong die.. fuuuh~ Then,kerja plak tak menentu sampailah dia dapat kerja yg tetap di salah sebuah company sebagai "pion".. Mila nie pulak, watak die jadi budak sekolah..


Yada yada .. bla..bla.bla.. Ok sambung balek, Nabil ade bertekak dengan Si Puteri Sarah Liyana (PSL) dalam satu insiden yang tidak disengajakan.... insiden ape?? korang nak taw korang pegi tgk itu cerita laaa.. heee~ SH bg bayang2 ja... yang bestnya, setiap babak / scene ada lagu2 yang tepat or kena dengan babak tu... datz cool babe!! :) BravooOoO~ 



Secara OVERALL, cerita nie memang melepasi piawaian SH dengan mengatakan, that`s WORTH IT for paying several RM for this FILM!! hermm susah tu nak SH cakap gini.. hahah~ dari 5 bintang, filem nie mendapat 4 BINTANG ok... syabas for all crews, director,script writer and all lah ye... satu projek filem yang bertepatan dengan tema semasa sekarang. SYABAS! :)


***************************************************************************


Foto yang sempat dirakam sekitar malam itu... cheerz!! :)





** sambil buat kije, sambil tu posing lew.. hahah~ ( credit to Qayyum)










** Dari kiri : Byxura, Puteri Sarah Liyana & SH





** Tuan Pengarah sedang di temubual oleh RTM




** Orang-orang kuat untuk filem ini. THUMBS UP!!





** SEE...~tak menang tangan adik nie nak handle.. heheheh~ PANASsss~





** Sebahagian MERCHANDISE yang boleh dibeli




Pastikan korang free2 kan masa pada 11-02-2010 nie untuk pergi ke panggung wayang menonton filem nie... TAK RUGI dek! see you ol laterss.. wassalam...