Saturday, December 28, 2013

(review) Drama "Nama Aku Beng" lakonan Zizan Razak dan Izara Aisyah mantap! by shahroll




As salam, hello readers...

Beberapa hari lepas (26 Dec) aku menonton sebuah drama lakonan Zizan Razak (lead actor) bersama dengan Izara Aishah (lead actress) bertajuk "Nama Aku Beng". Aku agak teruja mahu menonton kerana Astro dok hari-hari promote/iklan drama tu dalam channel mereka.

Ditambah dengan kecomelan Izara, aku pasti tak mahu lepaskan peluang menontonnya di kaca TV.

Aku tak tahu siapa yang mengarah drama ini awalnya, sampailah aku membaca kredit akhir di penghujung. No wonder, satu naskah yang mantap dari sentuhan Ghaz Abu Bakar (pembikin musik video terbabooww!)

Ok, drama tersebut membawa cerita seorang wanita (Izara) yang jatuh cinta kepada Benjamin (lakonan Ku Haris) iaitu kawan se-apartment mereka diami. Benjamin hanya tahu, Izara menyukai Johan (lakonan: pelakon tak femes) dan tak tahu yang sebenarnya Izara menyintai Ben.

Zizan Razak muncul setelah dia pindah ke apartment tu. Dan masa itu juga, Ben dah mati disebabkan terjatuh di lif. Bermulanya di saat itu, Ben seperti tak tahu yang dia sudah mati sebenarnya hanya Zizan boleh nampak Ben.

Dari situ pengembangan cerita berlaku dicampur dengan elemen flashback sebab melibatkan watak "mati" tapi masih dalam storyline. Simple but significant.

*Elemen roh (mistik) digarap baik oleh penulis skrip agar tak nampak plastik dan mengarut*

Di akhir cerita, Zizan berkahwin dengan Izara. Little bit typical, but apa lagi ending yang kita boleh harapkan? setuju? 

Gambar bertudung memang comey Izara...

Abey Ganu kito... hok aloh! haha... mantap!

video promo

enjoy!


No comments: