Showing posts with label review drama. Show all posts
Showing posts with label review drama. Show all posts

Monday, May 18, 2015

AKASIA: Dia Isteri Luar Biasa by shahroll

Monday, May 18, 2015



As salam, hello readers...

TAK SABAR! Ok tu je aku nak cakap pasal drama terbaru AKASIA di TV3 ni selepas drama sebelumnya GAGAL menarik perhatian aku untuk menontonnya di kaca tv. Selepas Teman Lelaki Upahan (TLU), aku mampu melupakan sekejap pasal drama Melayu.

Analisa kekuatan drama Dia Isteri Luar Biasa (#DILB)

Fathia Latif: Pelakon yang top dengan lakonan mantap dari drama BENCINTA. Score terbaik dari FL 75%

Shukri Yahya: Hero untuk Asam Pedas Untuk Dia (APUD) semakin diminati oleh peminat wanita diluar sana. Tambahan, muka seiras dengan pelakon dari Filipina. Score terbaik SY 70%

Keith Foo: Hero untuk Ariana Rose. Well, KF tak payah aku nak explain panjang-panjang sebab dia memang pelakon bagus! Score 80%

Siti Elizad: Heroin untuk Teman Lelaki Upahan (TLU) yang sehingga kini, nama dalam TLU iaitu Kyra Lydia masih meniti di bibir peminat. WOW!! Score 90%



sisipan minggu pertama #DILB


sumber: Mstar online


Sinopsis:

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Lakonan Nur Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London. 


Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?



Official OST: Potret by Akim & Majistret



Happy watching!



Friday, January 31, 2014

5 sebab utama mengapa Ariana Rose menjadi kegilaan ramai? by shahroll

Friday, January 31, 2014



As salam, hello readers...

"The Wedding Breaker" novel yang diadaptasi menerusi drama paling hottest sekali pada jam 7.00 malam-8.00 malam, Ariana Rose. Sejak aku menonton (walaupun kadang-kadang aku miss beberapa episod) aku dapat simpulkan beberapa perkara yang secara peribadi, menjadi daya tarikan untuk sesebuah drama adaptasi.



5 sebab utama;

1) Pelakon utama, Nur Fathia Latiff (Ariana Rose) dan Keith Foo (Tengku Adam) masing-masing cantik dan hensem ditambah pula dengan bakat lakonan yang baik. Keith Foo tidak dapat aku pertikaikan kerana, perjalanan kerjayanya di Indonesia menerusi beberapa sinetron membuatkan dia tidak "kaku" dalam beberapa scene Islam.

2) Ariana Rose diburu oleh beberapa orang jejaka yang bukan hanya Tengku Adam yang mendambakan Ariana tetapi juga Ramzol dan Harris. Secara halus, ketiga-tiga watak lelaki ini dipegang oleh jejaka hensem lagi tampan (why semua nak hensem? yang tak hensem kurang dah ke?)

3) Cerita ini klimaks didahulukan baru slowly down and up. Lepas tu, kita akan melihat situasi berebut si perempuan dan habis. Plot macam ni jarang ada yang mana aku hanya dapat lihat dalam drama ini saja. Good try!

4) Melayu dan kekayaan tak dapat dipisahkan. Walaupun agak klise, tetapi itulah dia "drama". Sekurang-kurangnya nampaklah jugk Melayu itu hartawan, dermawan dan macam-macam WAN lagi. Sama jugak macam sinetron, kaya dan pangkat menjadi taruhan.

5) Dalam drama ini sajalah korang boleh lihat Tengku Adam melutut dan menangis depan Ariana Rose. Ok fine, orang hensem melutut depan orang cantik? Hah! Tetap bagi aku "tak macho". Lagipun, nampak FAKE sangat lah Keith Foo crying tu. Apasal eh?







profile: Keith Foo

enjoy!


Monday, January 20, 2014

Balqis: Slot Festival @ TV3 by shahroll

Monday, January 20, 2014



As salam, hello readers...

Dah tengok drama BALQIS tadi kan? amacam? meleleh tak penangan dari Kak Eirma Fatima tu? seriously, aku baru layan suku drama, dah merasakan drama ni aku akan tonton sampai habis dan ternyata BENAR sampai ke akhir drama aku still terpesona dengan drama yang dihasilkan.

Kak Eirma, you just awesome! (well, u know that!)

antara scene yang "owhh.. susahnya kehidupan di KL!!"

Banyak pengajaran secara sedar tak sedar, dan juga secara langsung atau tidak langsung. Skrip yang lontarkan oleh setiap pelakon mempunyai "kritikan pedas" terhadap isu pelakon mahupun kehidupan kita seharian.

Drama ni "dekat" dengan masyarakat.

Awesome actress. No wonder ada drama khas "Balqis"

Antara dialog-dialog yang SUPERB yang boleh korang relate-kan dengan isu-isu semasa;

Dialog Balqis, "Buat apa jadi pelakon popular, kalau tak pandai berlakon"

Dialog Namron, "Kita buat semua ni bersebab. Kau datang KL ni, ada sebabnya kan? Zaman sekarang zaman bersebab"

Dialog Balqis, "Qish tak minat Mia Sara, Qish nak jadi diri sendiri" - Ok, skrip ni panas ok! haha...

lain-lain ada jugak "smash" something but Im not get it what Eirma wanna to 'told" the penonton. Takut aku salah tafsir pulak! hehe...

By the way, Puteri Balqis just awesome! awesome! and awesome! keep it up the good quality dik non! HEHE...

Sinopsis Balqis;
Balqis merupakan anak kpd Yamin seorang nelayan dan Anis yang membantu suaminya menjual barang terpakai. Meskipun susah, Anis mengutamakan pelajaran dan agama kepada Balqis. 

Satu hari, Yamin mengajak Anis berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengubah kehidupan mereka. Malangnya, setibanya di KL, mereka tiada arah tuju. Suatu hari, ketika tertidur di sebuah bengkel, Balqis terbangun untuk membuang air kecil. 

Tiba2 seorang lelaki Bangladesh menawarkan diri menemani Balqis. Keesokan harinya, Anis terkejut melihat Balqis muncul dengan darah di seluarnya. Mungkinkah Balqis....?

enjoy!

Saturday, December 28, 2013

(review) Drama "Nama Aku Beng" lakonan Zizan Razak dan Izara Aisyah mantap! by shahroll

Saturday, December 28, 2013



As salam, hello readers...

Beberapa hari lepas (26 Dec) aku menonton sebuah drama lakonan Zizan Razak (lead actor) bersama dengan Izara Aishah (lead actress) bertajuk "Nama Aku Beng". Aku agak teruja mahu menonton kerana Astro dok hari-hari promote/iklan drama tu dalam channel mereka.

Ditambah dengan kecomelan Izara, aku pasti tak mahu lepaskan peluang menontonnya di kaca TV.

Aku tak tahu siapa yang mengarah drama ini awalnya, sampailah aku membaca kredit akhir di penghujung. No wonder, satu naskah yang mantap dari sentuhan Ghaz Abu Bakar (pembikin musik video terbabooww!)

Ok, drama tersebut membawa cerita seorang wanita (Izara) yang jatuh cinta kepada Benjamin (lakonan Ku Haris) iaitu kawan se-apartment mereka diami. Benjamin hanya tahu, Izara menyukai Johan (lakonan: pelakon tak femes) dan tak tahu yang sebenarnya Izara menyintai Ben.

Zizan Razak muncul setelah dia pindah ke apartment tu. Dan masa itu juga, Ben dah mati disebabkan terjatuh di lif. Bermulanya di saat itu, Ben seperti tak tahu yang dia sudah mati sebenarnya hanya Zizan boleh nampak Ben.

Dari situ pengembangan cerita berlaku dicampur dengan elemen flashback sebab melibatkan watak "mati" tapi masih dalam storyline. Simple but significant.

*Elemen roh (mistik) digarap baik oleh penulis skrip agar tak nampak plastik dan mengarut*

Di akhir cerita, Zizan berkahwin dengan Izara. Little bit typical, but apa lagi ending yang kita boleh harapkan? setuju? 

Gambar bertudung memang comey Izara...

Abey Ganu kito... hok aloh! haha... mantap!

video promo

enjoy!