Wednesday, January 04, 2012

Mana aku pergi Malam Tahun Baru? by shahroll



As salam, hello readers...


Tergerak pulak nak update pasal malam new year. Nak ikutkan malas. Bila ade penyakit "M" ni memang payah nak buat kerja. Lagi-agi kerja yang tak dapat duit (update blog) =p


*sambil dengar lagu Aishiteru*


Malam new year aku sambut di Dataran Merdeka Shah Alam. Kawan lama aku di PLKN (Aqbar) turut serta. Jangkaan pengunjung yang bakal hadir aku boleh agak ramai bila ada kawan di FB update seawal jam 4 petang sudah pack! FUIIYO!


Kenapa ramai sangat eh? Pe yang best sangat?


Tak lain tak bukan sebab ada selebriti MEGA yang menjayakan event countdown ni. Siapa?


Zizan Raja Lawak dan juga Ustaz Azhar Idrus (UAI).


Zizan kata HIDUNG sama ngan Ustaz.. hehehe~

Penyebab utama aku datang hadir bersama-sama pengunjung yang lain disebabkan penangan atau aura UAI yang dah lama aku lihat dalam Youtube. Memang market terbaik UAI dalam Youtube. Bukan calang-calang orang yang mampu memberi ceramah agama tanpa merasa bosan, lagi-lagi yang duduk dengar tu ORANG MUDA!


Aku tak sempat turut serta solat Jemaah Isyak.. =(

Memang tak silap tempat aku malam tu. Dianggarkan hadirin yang datang seramai 80 ribu orang. BANYAK TU! Walaupun dalam majlis itu tidak ada nyayian konsert ke ape, namun tetap meriah. Meriah sebab ada sesi UAI menjawab 14 soalan-soalan yang diajukan kepada UAI. Nak tahu soalannya apa? sila tengok di SINI


Paling best, bila ada segmen "Tiru Gaya UAI". Ada dalam 5-6 orang naik pentas, untuk cuba tiru gaya UAI. Memang pecah perot masa selection dibuat. Lagi-lagi yang hostnya si Zizan, bertambah-tambah senak perot tahan gelak!


Lepas tu, UAI mempamerkan bakat main gitar dan Zizan menjadi penyanyi. Jangan salah sangka, UAI tak main lama pun cuma seketika dan ketika itu aku mendengar "sempoi lah Ustaz" "Rock lah Ustaz" "Terbaek dari ladang Ustaz" dan macam-macam lagi yang diluahkan oleh pemuda-pemuda yang berada dihadapan UAI. Hebat penangan Ustaz =)


Masuk jam 11.55 malam, Zikir Asmahul-Husna diputarkan. Memuji-muji 99 nama Allah dalam menyambut 2012. Dan, tepat jam 12.00, UAI membacakan doa sempena masuknya tahun baru.


Aminn..


Aku ada compile gambar-gambar yang aku ambil tempoh hari. Semoga mendapat gambaran keadaan disana dan mood masa itu. =)




Assalamualaikum...

5 comments:

Lizz said...

even aku tak join tapi aku boleh agak perhimpunan countdown ni bukan suka-suka je Ustaz Azhar buat. ramai jgk yg kutuk2 kata itu ini tapi alahai logik sikit lah mesti ustaz ni nak tarik golongan muda untuk lebih dekat dengan Islam dengan jemput zizan tu ;)

Geng Borak said...

aku countdown depan tv sambil tertidor.. hehehe. kepenatan selepas keje OT tiga minggu,, phewwwww

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Lizz:

Assalamualaikum,
Biarlah 'orang" tu nak berkata apa tentang UAI. Bukan aku tak tahu, banyak yang dengki. Memang tak logik la apa yg 'dorang" tu tulis.

Biasalah tu, bila dah set minda tuk dunia, yg BENAR pon nak spin jadi x betol.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kid:

Assalamualaikum,
Pulak, tertidur kome ye? penat mencari rezki tuk keluarga tu bro. Insyaallah ada bahagian bro kat "sana" =)

titan said...

aku dok rumah aje. layan tv. hehe..