Showing posts with label scopus. Show all posts
Showing posts with label scopus. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Aku blogger FULLTIME?? by shahroll

Wednesday, April 21, 2010
Salam to all!


Dah malam rupanya.. sekejap sangat masa sekarang berlalu eh.. sedar tak sedar dah nak masuk bulan 5.. dah dekat nak setengah tahun! Wahhh.. subhanallah.. cepat betol.. sekarang musim bebudak universiti nak exam, aku ucapkan study smart and get result yang best2.. 3.0 pointer tu bio dapat lebih sket.. heheh~




Ok, Apasal tittle tu cam lain jek? aku dah tak jadi photographer lagi kah? ahaha no no.. gilakah aku tak jadi photographer lagi sebab itu adalah my passion ok.. bukan apa, sekarang kat tempat kerja boss suruh aku buat develop 1 blog untuk jabatan.. dan masa awal2 aku masuk Jabatan Sokongan Penyelidikan bulan 8 tahun lepas, dah setup dah blog tu....




My boss target tinggi untuk that blog, yes im trying harder untuk achieve misi my boss dan aku pon mencabar diri aku sendiri gak sebab bukan senang nak develop dan dapatkan hit yang tinggi untuk blog berunsurkan education nie.. tapi aku cuba and keep trying... bersama pegawai 41 aku, En.Sharol Nizam, selalu gak aku brief pasal content ape yang nak dimasukkan ke, pe yg tak patut ape yg ok.. macam2 lah..




So, untuk bulan 6 nie aku kne buat satu modul untuk di present di Pahang.. untuk sekolah menengah di Jengka. Alhamdulillah, my boss percayakan aku untuk bg talk pasal blog nie walaupun aku bukan lah orang yang tepat untuk memberikan talk sedemikian, tapi kerana aku ada sedikit pengetahuan tentang dunia blog, aku cuba sedapa upaya untuk mempersembahkan yang terbaik.. hand-out belum siap lagi.. huehue...









Blog Jabatan aku adalah :http://researchjsp.blogspot.com dan beberapa kali gak templet blog nie ditukar dan yang latest nie aku rasa yang terbaik dan look professional untuk blog education... ( sebab En.Sharol kata NICE!)... haha kire bagus lah kan? :D. Insyaallah, untuk content akan diUpdate selalu oleh pegawai2 RSSD untuk mempelbagaikan maklumat yang ada akan disalurkan pada blog tersebut.




Siapa kata blog tidak memainkan peranan pada masa kini?.. :D wassalam...

Wednesday, December 16, 2009

NAnananana~ Terengganu kita by shahroll

Wednesday, December 16, 2009

Salam to all readers...


Fuahh~ lagu IKLIM.. "Terengganu Kita".. ingat lagi x?? seingat SH, dulu kecik2 suka la layan lagu dari kumpulan nehh yang mana vokalisnya, Saleem memiliki suara yang "rare" dalam industri musik tanahair..( dah macam presiden Karyawan la pulak.. ) haha~ aite, pe nak SH citer nie actually???


1) Minggu nie langsung tak masuk lam ofiz, sebab pergi ke Dungun mengikut my boss, Puan Khasiah dalam road tour nye memberi taklimat/seminar berkenaan SCOPUS dan ISI Thomson. Selepas Penang, destinasi kami ke UiTM Dungun pula untuk memberikan ilmu kepada Prof,Pensyarah2 supaya UiTM lebih maju ke arah bidang RU.



2) Sebelum tu, SH pergi ke sana menaiki kenderaan yang telah ditempah ke sana. Best oo naik Nissan Serena Highwaystar.. keta tu plak baru jek sampai di unit kenderaan dan kami orang yang terawal menggunakan kereta tu.. ahhah~ seat bau kedai gih... huahua~



3) Perjalanan mengambil masa selama 7 jam, siap berenti2 lagi untuk rehat2 and solat. Then bila memasuki jajahan Terengganu, hujan rahmat menyambut kami semua.. fuhh~ lebat seyyhh.. hahaa... musim tengkujuh kan.. walaupun jalan kampung, tapi masih lagi selamat sebab tak de la lubang2 ke pe ke.. safe! tu yang penting..



4) Next,bila dah sampai kat area Chukai, nampak disitu peniaga2 kecil menjual keropok lekor di tepi jalan. Kedai yang kecik menjual pelbagai barangan macam budu,belacan,ikan masin,keropok2... dan sewaktu dengannya lah yang berasaskan hasil laut mereka.. Terengganu+Lekor= Superb!!


5) Untuk lelaki, kami ditempatkan di MayangSari resort yang memiliki kemudahan yang agak baik... ( so-so lah) hahah~ dan untuk wanita di tempatkan di Ulek beach resort.. tak sama sebab pihak organize kata hotel UiTM dah FULL!.. huehu.. ok lah dok kat resort pon.. layannn~sekitar di resort ada penjual2 kecil menjual makanan ringan seperti keropok lekor panas, laksam,pisang goreng.. n macam2 lah..



6) Untuk petang, takde aktiviti lagi.. so SH ngan pegawai g jejalan sekitar depan resort yang terbentang luas lautan dan hembusan angin laut China Selatan yang perghhhhh.. layann~ agak seronok dan teruja gak lah.. :) tengok budak2 mandi, kutip kulit kerang.. main2 pasir.. best!!
tak ketinggalan orang2 yang "hot-hot" dating meluangkan masa bersama orang terchayang di pantai yang cantik..



7) Tu lah sedikit coretan untuk dikongsi..SH akan sambung pada next posting... hehee.. wasalam.. :)





** Peace yo!!