Showing posts with label akasia. Show all posts
Showing posts with label akasia. Show all posts

Sunday, October 04, 2015

OST Hello Mr. Perfect: Sorry Sorry Sayangku by Nomad

Sunday, October 04, 2015



As salam, hello readers...

Slot Akasia now dah tayangkan drama adaptasi dari novel popular, Hello Mr. Perfect yang di lakonkan oleh heronya, Fattah Amin dan pelakon wanita baru, Nur Ruhainies. Apa yang aku suka dengan drama ni, selain dari plot adaptasi, produksi A.Aida Production dengan berani membawa muka baru dalam industri hiburan.

Ini baik untuk kepelbagaian muka-muka yang dah selalu sangat kita nampak dan lihat. Thumbs up!

Hello Mr.Perfect

Fattah Amin pun dah semakin best dan OK berlakon. Tak macam memula dia berlakon dalam slot Akasia juga, Playboy itu suami aku (PISA). Bangkit dari kesilapan dan teguran lalu, menghasilkan apa yang ada sekarang. Great Fattah!

Dan untuk heroin, Nur Ruhainies selamat maju jaya diucapkan dalam industri. Memiliki wajah mirip Nora Danish, tidak salah kalau aku katakan, kalau kena dengan cara, boleh pergi jauh. Wajah dah ada, lakonan pun boleh tahan. Good luck k?

Jom layan OST dari Nomad, Sorry Sorry Sayangku


Hello hello Mr Perfect
Siapakah kau? Cantikkah kau?
Perfect-kah mu untuk menjadi kekasihku
Namun ku tidak pernah mengalah
Tetap juga mahu bersama dengan aku
Akhirnya aku mula sedar
Yang aku mula menyintai mu
Tetapi disaat itu kau telah pergi

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku,
Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku 
I Hate You
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku 
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Maafkanlah aku sayang
Aku mengaku selalu curang
Selalu menyakiti hatimu
Selalu mencari salahmu
Ku tidak pernah menghargai kasih sayangmu
Namun kini segalanya telah terjawab
Baru ku tahu ku tidak boleh tanpamu
Dan sesungguhnya ku telah jatuh cinta denganmu

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

***
Sorry Sorry Sayangku 
I Love You
Sorry Sorry Sayangku 
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku 
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku 
I hate you
Sorry Sorry Sayangku 
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku 
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Ulang ***

Kembalilah padaku





Monday, May 18, 2015

AKASIA: Dia Isteri Luar Biasa by shahroll

Monday, May 18, 2015



As salam, hello readers...

TAK SABAR! Ok tu je aku nak cakap pasal drama terbaru AKASIA di TV3 ni selepas drama sebelumnya GAGAL menarik perhatian aku untuk menontonnya di kaca tv. Selepas Teman Lelaki Upahan (TLU), aku mampu melupakan sekejap pasal drama Melayu.

Analisa kekuatan drama Dia Isteri Luar Biasa (#DILB)

Fathia Latif: Pelakon yang top dengan lakonan mantap dari drama BENCINTA. Score terbaik dari FL 75%

Shukri Yahya: Hero untuk Asam Pedas Untuk Dia (APUD) semakin diminati oleh peminat wanita diluar sana. Tambahan, muka seiras dengan pelakon dari Filipina. Score terbaik SY 70%

Keith Foo: Hero untuk Ariana Rose. Well, KF tak payah aku nak explain panjang-panjang sebab dia memang pelakon bagus! Score 80%

Siti Elizad: Heroin untuk Teman Lelaki Upahan (TLU) yang sehingga kini, nama dalam TLU iaitu Kyra Lydia masih meniti di bibir peminat. WOW!! Score 90%



sisipan minggu pertama #DILB


sumber: Mstar online


Sinopsis:

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Lakonan Nur Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London. 


Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?



Official OST: Potret by Akim & Majistret



Happy watching!