Friday, January 31, 2014

5 sebab utama mengapa Ariana Rose menjadi kegilaan ramai? by shahroll




As salam, hello readers...

"The Wedding Breaker" novel yang diadaptasi menerusi drama paling hottest sekali pada jam 7.00 malam-8.00 malam, Ariana Rose. Sejak aku menonton (walaupun kadang-kadang aku miss beberapa episod) aku dapat simpulkan beberapa perkara yang secara peribadi, menjadi daya tarikan untuk sesebuah drama adaptasi.



5 sebab utama;

1) Pelakon utama, Nur Fathia Latiff (Ariana Rose) dan Keith Foo (Tengku Adam) masing-masing cantik dan hensem ditambah pula dengan bakat lakonan yang baik. Keith Foo tidak dapat aku pertikaikan kerana, perjalanan kerjayanya di Indonesia menerusi beberapa sinetron membuatkan dia tidak "kaku" dalam beberapa scene Islam.

2) Ariana Rose diburu oleh beberapa orang jejaka yang bukan hanya Tengku Adam yang mendambakan Ariana tetapi juga Ramzol dan Harris. Secara halus, ketiga-tiga watak lelaki ini dipegang oleh jejaka hensem lagi tampan (why semua nak hensem? yang tak hensem kurang dah ke?)

3) Cerita ini klimaks didahulukan baru slowly down and up. Lepas tu, kita akan melihat situasi berebut si perempuan dan habis. Plot macam ni jarang ada yang mana aku hanya dapat lihat dalam drama ini saja. Good try!

4) Melayu dan kekayaan tak dapat dipisahkan. Walaupun agak klise, tetapi itulah dia "drama". Sekurang-kurangnya nampaklah jugk Melayu itu hartawan, dermawan dan macam-macam WAN lagi. Sama jugak macam sinetron, kaya dan pangkat menjadi taruhan.

5) Dalam drama ini sajalah korang boleh lihat Tengku Adam melutut dan menangis depan Ariana Rose. Ok fine, orang hensem melutut depan orang cantik? Hah! Tetap bagi aku "tak macho". Lagipun, nampak FAKE sangat lah Keith Foo crying tu. Apasal eh?







profile: Keith Foo

enjoy!


No comments: