Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Thursday, July 05, 2018

Tepung pedas terbaik dari Tepung Berempah My Lesung

Thursday, July 05, 2018



As salam, hello readers...

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi aku update blog. Walaupun tak sekerap dulu, insyaAllah akan ada update panjang-panjang untuk tatapan korang ok? Alright, hari ni aku nak share dengan korang semua pasal tepung. Tepung??? Ah, serius la??

Tepung Berempah dari My Lesung

Sebenarnya, aku teringin nak buat Chicken Fillet tu sebelum aku terjatuh sakit sebab backpain lagi. Alhamdulillah, selepas beberapa hari berehat, aku dah OK sikit. Sebelum tu nak bangun pun tak boleh! pheww~ Ok, lepas aku balik dari klinik untuk checking progress aku, terus ke Giant Jalan Kebun untuk dapatkan bahan-bahan nak buat ayam goreng.

Tepung Berempah My Lesung ni boleh di dapati di supermarket Giant ye!

Carian di rak Giant, yesss!! jumpa pun... haha!!

2 bahan ni je, cukup dah nak buat chicken fillet aku, hehe!!

Berat tepung ni dalam 250gram yang mana, cukup untuk korang buat satu bekas daging ayam yang aku beli tu. Kalau korang jenis goreng daging ayam ketul-ketul, dalam 8 sampai 10 ketul untuk satu beg tepung tu ye. Cara goreng kena betul, meh aku tunjuk meh....


penyediaan sebelum menggoreng Chicken Fillet

Daging ayam dibasuh-basuh dan diletakkan dalam pinggan macam gambar kat atas ni. Lepas tu, ambil tepung My Lesung dan buat 1 pinggan untuk campur dengan air, satu lagi yang kering. Korang akan salut tepung yang basah dulu lepas tu baru yang kering. 

Tak paham? nanti boleh tengok video eh!

sementara tunggu minyak panas, hehehe...

proses menggoreng, yeayy!~

Aku sedang menyalut daging ayam dengan tepung yang basah dan salut balik dengan tepung yang kering. Lepas tu, baru masuk dalam kuali. Yeayhhh!! Nak tengok hasil kejadian Chicken Fillet aku tak? Jangan terliur ehhh...

Hermmmm~ dapppnyaaaaa.. (sedapnya!!)

Sejujurnya, masa menggoreng bau dia dah naik sedap dah. Lepas tu, pedas-pedas dia takde la menyengat sangat. Just nice orang kata. Rasa herbs sikit sebab ada jintan, nice taste for me!

fuhhh ini macam, buat makan-makan open house pun terbaik juga....


Bagi yang suka bervideo, aku sediakan 1 video untuk korang dna lepas tu, boleh la subscribe channel aku tu ye! haha, tak pun korang sebarkan dalam Facebook taw!! hehehee...


Korang dah teruja nak try Tepung Berempah My Lesung ni, boleh terjah mana-mana Giant yang dekat dengan korang ye. Dan boleh juga lihat senarai Giant tu di Facebook page Tok Mama Kitchen kat sini: https://www.facebook.com/TokMamaKitchenRempahRatus/

Korang ada pilihan samada nak beli secara online di Lazada atau pun di Facebook page dorang ye?


selamat mencuba!!


jemput makan ye.. Bismillah.. krupp kruppp!!




Friday, December 11, 2015

Zarraz Paramedical Malaysia: Revolusi penjagaan kulit muka?

Friday, December 11, 2015



Bila sebut tentang kecantikkan, lebih-lebih lagi penjagaan kulit muka,pasti ramai yang binggung nak pilih mana satu produk yang betul-betul berkualiti dan halal. Biar aku selesaikan masalah korang dengan memperkenalkan satu produk Malaysia iaitu Zarraz Paramedical yang khusus dalam penjagaan kulit.


Siapa mereka?
Mengenali sebuah brand baru, perlu kenal siapa pemilik perniagaan ni kan? Ok, jom aku kenalkan dulu siapakah pemilik perniagaan Zarraz Paramedical.

Zarraz Paramedical merupakan produk penjagaan kulit buatan Malaysia yang dihasilkan 100% menggunakan bahan-bahan alami seperti White Lily, Apple Stem Cell, Freesia, Frangipany, Peppermint dan Rosemary. Produk-produk Zarraz Paramedical terbukti sangat berkesan untuk penjagaan, pencegahan dan rawatan kulit kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi nano dan bahan-bahan alami yang berkualiti tinggi.
Ramai diluar sana yang ingin merawat masalah kulit tetapi malah menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi  bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit. Selain itu masih ramai yang menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak mendapatkan pengiktirafan halal yang sah dan lebih parah lagi mengandungi gelatin babi.
Oleh sebab itu Zarraz Paramedical tampil memberi penyelesaian dengan menawarkan produk penjagaan kulit yang berkualiti, suci, halal dan selamat digunakan. Produk Zarraz Paramedical boleh digunakan tanpa was-was kerana telah diluluskan oleh KKM (Jabatan Kesihatan Malaysia), disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice) dan dikilangkan sepenuhnya di Malaysia.

Owner Zarraz Malaysia

Zarraz Paramedical tampil dengan beberapa line-up produk yang boleh anda lihat di senarai produk Zarraz Malaysia. Terdapat 10 jenis produk iaitu, Calming Cleanser Rose, Calming Cleansing Milk, Firming Cleanser dan berbagai lagi boleh dilihat di senarai produk ya?


Masalah kulit memang satu masalah yang sukar untuk ditangani. Kulit wajah seringkali menjadi mangsa jerawat dan jeragat. Oleh kerana kulit wajah yang kerap terdedah dengan persekitaran berhabuk, toksik dan berdebu menjadikan kulit kita menjadi kusam dan tidak bermaya.

Faktor lain juga turut menyumbang kepada gejala yang tidak sihat kepada kulit wajah.

Jika ada masalah, boleh cuba menggunakan Zarraz Malaysia!

In Shaa Allah, dengan izin-Nya.




Sunday, April 28, 2013

Bagaimana mendapatkan harga ahli untuk produk RAMLY? by shahroll

Sunday, April 28, 2013



As salam, hello readers...

Petang Ahad selalunya aktiviti merehatkan minda, tak pun tidur! Ahad katanya, tapi aku tak rasa nak rest pon. Cukuplah dah rest 2 hari lepas, dah banyak tenaga dalam jari-jemari untuk menaip. HAHA! Ok lah, aku nak ceritakan kat korang pasal kelebihan yang boleh korang dapat bila menjadi ahli RAMLY

Ini bukan MLM

Dalam post entry lamb chop yang aku masak tu, ini adalah sambungannya. Lambat pulak sambungan dia kan?

Kedai RAMLY yang aku pergi terletak di Bandar Botanik berdekatan dengan General Market Klang (GM Klang). Banyak barangan atau produk RAMLY dijual dengan harga yang berpatutan. Ada 3 jenis keahlian boleh korang apply di kedai ni;

syarat-syarat RAMLY...

Aku apply untuk "Ahli Biasa". Baguslah ada kad ahli macam ni. Dapat harga murah. Bukan sikit, tapi banyak jugak! Ada la dalam RM2.00 cam tu sebab aku beli daging lamb tu kalau bukan harga ahli RM19.00, tapi aku bayar cuma RM17.00 sahaja.

RM5.00 untuk seumur hidup


Daging kambing dan kentang aku beli

Kalau korang berminat nak apply kad ni, kunjungi premis dorang yang berdekatan dengan korang lah ye? Nak datang Klang pon ok gak, leh ngeteh ngan aku kat sini. Klang the best!!

enjoy!

Wednesday, January 09, 2013

Iswara Imprezza yang menawan!! by shahroll

Wednesday, January 09, 2013



As salam, hello readers...

Lama tak update blog ni. Ruginya!! habis jatuh menjunam rank Alexa aku, HAHA! Apa de hal kalau jatuh pun, memang blog ada pasang dan surutnya. Aku agak sibuk seminggu dua ni sebab uruskan workshop social media marketing aku pada bulan februari ni. aku buat dari A sampai Z. Senang cerita buat seorang diri (one man show) Haaa... yelah, sape nak jadi staff aku kan? HEHE!

Tapi semuanya sudah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Lupakan sekejap pasal tu, jom aku nak cerita pasal kereta kesayangan aku neh (dah habis bayar Okt 2012) perlu ke aku mention dah habis bayar? OMG!

Kereta aku ni kalau tak, serabai habes! serius. Dah tak macam kereta untuk berjalan-jalan dengan keluarga apatah lagi dengan awek kesayangan? kan? Maka pada hujung 2011, aku dan seluruh ahli keluarga aku sepakat tuk "ubah" warna kereta biar kasi cun sket.

Bengkel di sekitar batu 7, Kuala Langat.

Bahagian bontot jugak aku tunjuk dulu..keh3..

bahagian sisi... mantop!

Bonet depan cabut.. kasi kaler hitam~

Tudddiaaa.. slurppp~ lazat betul kaler ni.. tapi sport-rim spoil la.. 
tak kaler coklat..

Indah dibuai mimpi lah.. wakakka.. SMART!

Sekali dengan bahagian dalam aku cat.. puas hati!

Peringkat awal aku cakap kat tokey kedai untuk cat sahaja tetapi malangnya tak boleh. Bukan tak boleh apa, kereta aku dah masuk ke zon "amat kritikal" dengan lampu depan yang pecah skrunya (ikat pakai dawai? EF!!) Lepas tu body dah banyak berlubang mean kena tampal dan simen balik lah. Tup tap tup tap dalam RM3000 lebih jugak lah habes. Phewww~ gilak!

Kebetulan masa tu agak berduit, so aku dan ahli kongres lain pon turut menyumbang dana terhadap kereta yang sudah berusia hampir 14 tahun ni. Dan, tak sampai pun 2 tahun lagi, kereta yang cun melecun keluar dari oven cat dicemari oleh tangan-tangan jahat dan nakal oleh bebudak yang tak senang tengok kereta yang cantik macam Subaru neh!

Korang yang kaki kereta, duit xde hal punya kan? janji kereta cantik.

Aku tak.


*sambung*


*******************************************

peserta: hanya 35 orang sahaja
bayaran: RM100 (tempahan awal sebelum 31 Jan 2013)
RM150 (tempahan lewat selepas 31 Jan 2013)
Tempat: Bilik Seminar 3, PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam.

Friday, January 04, 2013

(product) Felinna Beauty inch loss lotion: Untuk Kurus?? by shahroll

Friday, January 04, 2013



*sticky post 48 hours. Please scroll down for latest entry, thank you*

As salam, hello readers...

Mungkin kali ini korang akan rasa sikit pelik dengan post entry aku. Kenapa? untuk pertama kalinya aku meng-review produk kecantikkan. Nasib produk ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Nama produk adalah Felinna Beauty Inch Loss Lotion, pernah dengar tak?

Sempat aku snap packaging botol lotion tu untuk tatapan korang, hiks!


Merah Jambu!! sama dengan warna lotion nya dan wangi ok?

Pada awalnya aku semacam tipikal juga dengan produk-produk macam ni. Yelah, dah biasa kot dengar produk tu, produk ni. Tapi hasil nan-hado jugak. Aku dapat lotion ni minggu lepas dari pembekal (Miss Jijie). First impression aku pasal lotion ni, bau dia wangi. Sungguh! sesuai untuk wanita yang suka benda wangi-wangi kan? lelaki pon boleh jugak.

Apa yang best lagi pasal lotion ni?

Lotion inch loss boleh membakar lemak korang/selulit secara berperingkat. Bagus untuk mereka yang tercari-cari produk yang boleh mengurangkan selulit yang ada kat badan korang tu. Ingat ya, bukan just one shoot pakai korang dah nampak hasil sebab tindak-balas terhadap tubuh badan berlainan. Perlu DISIPLIN dalam pemakaiannya. k?

Then, lotion ni tak de kesan minyak. Aku pakai letak kat perut masa tidur dan tak de lah minyak tu melekat di baju kan? Mana yang tidur tak berbaju tu, tak yah risau selimut mahal korang tu berbau minyak, sebab terbukti tiada bau yang melekat.

Aku ada shout produk ni di dalam FB dan Twitter, nak tahu apa respond? baca kat bawah...

klik untuk besarkan imej

Tuesday, December 25, 2012

(video) Samsung Galaxy Camera review by shahroll

Tuesday, December 25, 2012



As salam, hello readers...

Aku pernah menggunakan kamera "point-and-shoot" sejak zaman filem lagi. Dulu kamera filem tak mahal sangat, lebih kurang dalam RM70-RM90 ikut pada brand lah. Kalau brand cantik sikit, mahal sikit lah. Then, guna filem yang ikut ISO yang bersesuaian. Kalau pakai filem ISO 100, untuk outdoor memang cantik, untuk indoor kurang sesuai.

Itu dulu lah.

Sekarang dunia semakin pesat dengan teknologi terkini. Kamera jenis point-and-shoot juga mengalami perubahan yang ketara. Selalunya pengeluar memberikan meningkat-taraf dari segi lens yang digunakan, zoom, ketahanan bateri dan lain-lain spec yang dipertingkatkan untuk menarik perhatian pembeli.

Tapi ada kelainan yang amat drastik dalam Samsung Galaxy Camera, saksikan video dibawah;


Samsung Galaxy Camera

Terbaik ye dak? Aku pun teruja dengan apa yang dipaparkan dalam video tu. Sebagai seorang yang suka ambil gambar dan video+suka berinteraksi dalam dunia maya, aku rasakan gadget ini cukup lengkap!

Dengan zoom sehingga 21x dan menggunakan OS Jelly Bean, setiap rakaman gambar boleh dimuat naik terus dengan kualiti hebat. Kualiti video nya juga tidak mengecewakan.


Aku juga telah membaca pelbagai review berkenaan produk ini. Selalunya dari luar negara lah. Ada juga blog tempatan yang aku baca. Antara yang aku baca adalah di Android Central. Selain itu, Samsung juga mengambil pendekatan pemasaran dengan menggunakan Top Star Instagram yang ramai follower di laman social itu.

Dengan memilih Top Star tersebut, ia melibatkan review dari segenap Europe. Best jugak lah tengok dorang buat "real-review". Boleh tengok laman Tumblr di SINI

AWESOME kan? HAHA, dengan harga jualan RM1899, aku rasakan memang sesuai dengan apa yang camera ini boleh "beri" balik dengan pelaburan sebanyak itu.

enjoy!

Monday, November 19, 2012

Samsung workshop for Samsung Galaxy Note 2 @ Mid Valley by shahroll

Monday, November 19, 2012



As salam, hello readers...

Sebelum aku pergi ke AIM19, aku berkesempatan untuk menghadiri satu perkongsian ilmu bersama in-house trainers dari Samsung Malaysia berkenaan dengan smartphone Samsung Galaxy Note 2. Dalam sesi penerangan yang serba ringkas tapi padat dapatlah aku memahami fungsi-fungsi yang "terlindung" dalam Note 2 ini.

Note 2 yang diberi pinjam.. *kalau dapat FREE kan best?* =p

Bermula dengan fungsi-fungsi "S Pen" dimana terdapat fungsi yang menarik harus anda cuba seperti jika anda ingin memotong gambar dari home screen telefon, anda perlu tekan butang yang ada disisi dan seterusnya pergi ke galeri (just drop it!)

Seterusnya, penggunaan gambarajah dibawah dapat menghantar mesej yang lebih jelas. Lihat turutan satu persatu (dah macam ayat paper SPM daa..)

awal pembukaan penerangan...

boleh membuat note dengan S Pen untuk hand-writing..

Tempat untuk korang curahkan idea, lain sikit dari S Note...

Air View memang best! Good one..

Dengan adanya "pop-up" seperti ini, dapat buat kerja 
sambil menonton video.. NICE!

Tuesday, September 25, 2012

(product review) P1MiFi outdoor testing! by shahroll

Tuesday, September 25, 2012



As salam, hello readers...

Post pertama aku untuk mempamerkan keberkesanan penggunaan P1MiFi ToGo di luar rumah. Sejak aku dapat hotspot ni, memang aku bawak ke hulu ke hilir bersama. Pergi kedai mamak, kedai gunting, pasaraya hatta pasar beli ayam pun aku bawak jugak! (nak Foursquare punya pasal!) =p

Kita mulakan di area Klang, tempat dimana pasaraya terkenal Giant menjadi lokasi pertama aku untuk menguji hotspot P1MiFi.

Lokasi: Giant Supermarket
Masa: 8.30 malam
Signal: VERY GOOD

Untuk yang tinggal di sekitar Klang (spesifik: Bukit Tinggi/Bayu Perdana/Bandar Klang) tak perlu risau dengan signal yang bakal korang dapat. TERBAIK punya. Macam dalam gambar diatas, LED Hijau menandakan nak surf Youtube pun boleh, tiada masalah. Apatah lagi jika korang sekadar melayari Facebook dan Twitter, small matter!

Kita pergi ke lokasi seterusnya, Shah Alam!

Lokasi: Seksyen 17, Shah Alam
Masa: 8.00 pagi
Signal: (Wifi) VERY GOOD

Kali ni aku pergi ke seksyen 17, Shah Alam. Kenapa aku pergi lokasi ini? Sebabnya dia berdekatan dengan sempadan Klang iaitu Padang Jawa (Klang) dan Shah Alam. Disini wifi-nya VERY GOOD but kalau korang cucuk ke PC, signal dia berwarna merah. So, pakai wifi je lah eh? apa pun P1MiFi dicipta untuk GO MOBILE! hehe..

Dan, lokasi terakhir di Pandamaran Jaya (Klang)

Lokasi: Pasar pagi Pandamaran Jaya, Klang
Masa: 7.45 pagi
Signal: VERY GOOD

Time ni aku bangun awal pagi Ahad sebab nak beli ayam. Aku selalu pergi ke pasar basah kat sini sebab harga murah sikit (bapak aku pon cakap cam tu). Then, aku try on hotspot P1MiFi kat sini, dan ternyata tidak mengecewakan aku untuk check email dan balas email dalam inbox Facebook. Mujurlah ada ToGo ni, boleh setelkan kerja-kerja online dimana-mana.

Takat sini dulu, ada lagi tempat yang aku try tapi koneksi tak berapa bagus. Semoga mendapat sesuatu dalam post ini.

enjoy!

Saturday, November 26, 2011

Kamera Olympus VG-110 yang aku beli di Papar, Sabah! by shahroll

Saturday, November 26, 2011

As salam, hello readers...

Segmen kali ni aku nak bercerita pasal kamera. Lama aku tak sentuh bab kamera eh. Review pon dah lama aku tak buat. So kali ni aku berkesempatan nak share ngan korang semua pasal 1 kamera yang aku gunakan semasa tugasan aku di Papar, Sabah.

Pada awalnya, aku sudah ada kamera lain untuk digunakan. Kamera kompak. Namun disebabkan SD card rosak, aku terpaksa membeli SD card yang baru. Tetapi selepas sampai di kedai gambar yang ada disekitar pekan Papar, aku beralih membeli kamera pulak!

Olympus VG-110

Benda pertama yang korang akan rasa, kamera ni ringan. Sedap dipegang dan mudah digunakan. Orang yang pertama kali amik gambar pon dah pandai guna menu-menu yang ada dalam sistem kamera Olympus ni.

memberikan keselesaan kepada pengguna

Harga yang ditawarkan adalah RM399. Tapi aku mintak kurang sikit dengan towkey kedai tu (loghat Sabah bah!) last-last dia bagi RM350. Ok lah tu siap dia kasi SD card 4GB. Aku mintak tripod kecik tu, tapi dah habes pulak katanya.

Ada beberapa mode yang biasa pada kamera ini ada dalam kamera lain. Set Automatik menjadi pilihan aku bila berada diluar (outdoor). Kamera ni jugak menghasilkan video yang berkualiti dari segi visual mahupun audio. Bertepatan lah dengan 12 Megapixel yang ditawarkan.

interface belakang kamera

4x Wide

Maklumat terperinci pasal kamera ni, korang boleh layari di Olympus Website, jika ada hati nak pergi travel bawak kamera kecik! Memang berbaloi dan kerja anda lebih mudah! =D

Layan video yang sempat dirakam menggunakan Oly VG-110


enjoy!

[p/s: Dah baca pasal Olympus PEN-LITE? sila ke SINI untuk membaca dan share ye! =D thanks!]

Thursday, November 24, 2011

Apa yang terbaru di NIKON? by shahroll

Thursday, November 24, 2011


As salam, hello readers...


Bahang Sukan SEA masih belum lagi sejuk ya. Dalam news feed Facebook aku ramai lagi yang memperkatakan soal bolasepak yang mengalahkan pasukan Indonesia. Dan malam tadi, walaupun tewas 2-0 pada pasukan Syria, semangat juang yang ditonjolkan boleh dikatakan pada tahap yang terbaik!


Ok, masa aku tinjau-tinjau laman web kamera (tengah cari kamera baru sebenarnya) ada iklan tepi blog mengiklankan kamera Nikon. So aku just click nak tengok apa yang terbaru daripada Nikon?


Salah satunya Nikon J1.



sumber: Nikon website

Review yang dibuat oleh blogger international:-

The Nikon J1 does, however, have a built-in flash, whereas the V1 doesn't - instead extra illumination must be provided by the new SpeedLight SB-N5, which has a novel shoe-mount.

With a street price of around £549 for a kit that includes the 1 Nikkor 10-30mm f/3.5-5.6 VR lens, the J1 is set to be the more popular of the two cameras - the V1 10-30mm kit retails for around £829.

more: HERE

enjoy! 

Monday, May 02, 2011

[Review Nestle Milo] Sedap ke Milo campur dengan air sejuk? by shahroll

Monday, May 02, 2011


Holla peeps!


Today cuti untuk hari pekerja. Maka dengan itu, aku dan family pergi ke pasaraya Giant membeli barang keperluan untuk sebulan (beli barang dapor der..) Banyak je pasaraya kat sini macam Tesco, Econsave, Jaya Jusco (termasuk eh?) but, pilihan kitorang tetap Giant, "berbelanjalah dimana rakyat Malaysia membeli belah" huhu~ nice tagline!


Dan, aku berbelanja untuk diri aku sendiri. Tak banyak. Sikit je untuk kegunaan sendiri. Aku punya 1 habit tak best. Jalan-jalan ke pasaraya tak de bawak list apa aku nak beli, apa yang best aku angkut. uhuhu~


Dan salah satunya, Milo!


Depan PC je bang aku snap.. ehhe~

Ada iklan dalam tv yang milo baru nie dah keluar. Aku nak try la jugak. For sure, rasa dia sama cam milo yang sedia ada, cuma yang nie pakai air sejuk dari ice-box korang tu. Kepada mak bpak yang nak anaknye sehat2 macam aku, bagi lah minum air milo sejuk neh.

Ok, nie aku ngaku aku saje amek angle nie =_=~

Untuk masa yang terdekat neh, dia bagi gelas PERCUMA. Cantik, tapi diluar expectation aku lah! Kecik bebeno! tapi ok lah, benda FREE (kalau fre, cakap lebih pon tak leh gak..) hahaha~ terima la seadanya... =p

see... cool aite? =D

Nak cuba minum pi beli skang! sementara stok masih ada.. haicceh! huhu~ stay tunez peeps! will update about Foodster Blogging Competition next!

Chaw!

brought to you by: